Click click My NuffnangX

Saturday, December 24, 2011

Katakan TAK NAK!

*sticky post* till 24 Dec, scroll down for new entry


"Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!"
(sumber fakta dari infosihat Bahagian Pendidikan Kesihatan)

Selepas membaca fakta tersebut anda boleh bayangkan betapa bahayanya tabiat merokok. Bukan satu atau dua nyawa yang melayang malah 100 juta nyawa, saya ulang 100 JUTA! Ngeri kan?

Sempena kempen "TAK NAK" merokok oleh Kementerian Kesihatan dengan menggunakan Nuffnang sebagai platform menyalurkan kesedaran tersebut untuk kita sebagai Blogger dan juga sebagai pembaca blog,dan sudah tentu menawarkan ganjaran duit free untuk kita para Blogger. Siapa tak nak duit free kan?

Kenapa saya mewakilkan seorang kanak-kanak dalam foto saya? Bagi saya kesan merokok ini bukan saja meragut nyawa manusia malah ia juga mampu meragut keceriaan kanak-kanak atau secara telus masa depan generasi kita, anak-anak kita. Sebagai ibu sudah tentu saya tidak akan membiarkan perkara ini berlaku hanya kerana sikap tidak prihatin individu yang bergelar Perokok! Merokok ini bukan hanya merosakkan diri sendiri malah udara segar yang kita sedut hari ini juga semakin tercemar dengan asap-asap rokok. Kesian kan bila anak-anak kita terpaksa menyedut udara yang tercemar malah juga terpaksa menyedut asap rokok hasil dari kealpaan perokok.

Bak kata bahasa pasar "orang yang hisap rokok tak mati, orang yang sedut asap yang mati dulu". Sampai bila kita harus membiarkan perkara ini berlaku kan?
Dah macam-macam kempen kerajaan dah buat untuk meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya merokok, harga rokok pun dah naik tapi perokok-peroko tegar ni macam endah tak endah dengan bahaya merokok ni, nak tunggu sakit baru nak berhenti? Masa tu memang dah terlambat kan?

Pada Blogger atau pembaca blog yang ada saudara-mara, malah suami sendiri tu, minta la dorang berhenti merokok. Buruk rupa orang yang merokok tu, tambah lagi bila perempuan yang merokok. Anda bukan nampak hebat bila merokok tapi anda sebenarnya memanggil penyakit datang pada anda!


Sekali lagi mari kita ajar anak-anak kita kata "TAK NAK" pada perokok!

Hidup hebat tanpa rokok, hidup sihat tanpa perokok!

Thursday, December 22, 2011

Kongsi bilik tidur, pro & cons

(credit to www.dreamstime.com/royalty-free-stock-photos-kids-bedroom)

Salam &  hello bloggers!

Jom kita diskus pasal "kongsi bilik anak lelaki dan perempuan. Topik ni may be agak sensitif bagi sesetengah parents, for sure ada yang cakap "eleh, ko rumah besau boleh la anak sorang satu bilik, aku ni rumah ciput macam mana, cakap senang la, kondem senang la"...ish ish jangan la sampai macam tu cik kiah, kita nak diskus je pun, kalau terasa nak buat macam mana kan?

Okay okay back to reality. Aku tak boleh nak jadikan aku sebagai contoh sebab anak-anak aku dua-dua girl. Ni nak cakap pasal kawan aku (ampun kawan...). Dia ada sepasang anak, dah kata sepasang maksudnya boy & girl la, si kakak umur 10, si adik umur 7 tahun, tinggal rumah atas awan@apartment. Rumah memang lawa la even comel, rumah tu ada 3 bilik, suppose si adik tu boleh asing bilik la kan? Tapi dia buat something dengan 3rd room tu, so ada 2 bilik je la. Dibaginya si adik ni share bilik dengan si kakak, katil asing-asing la. Tapi kan aku ni musykil la, macam mana si kakak & adik ni nak salin baju semua tu kan? Takkan ko tengok dinding sana aku tengok dinding sini ye dak? Aku ni bukan la nak kepo pikir hal orang tapi as parents aku kesian la kat si kakak tu, umur macam tu suppose ada her own private time for her girly stuffs u know. Aku tak nak la cakap pasal hukum hakam ni coz aku ni pun jahil gak, nanti aku cakap tak ke kena kondem kawkaw. Sebagai mak yang jugak perempuan (ada ka mak pondan?.ngeh3)..dia sepatutnya tahu la kan apa yang seorang perempuan perlukan, PRIVACY ye dak? Cuba bayangkan if anak dia tu dah akil baligh, time time period macam mana la budak tu nanti kan? Budak-budak lani umur 9-10 tahun ada yang dah period (anakku, jangan cepat sangat, umi tak leh terima hakikat yang anak umi dah besar..sob..sob), time tu dia dah ada sifat malu so if adik dia tido sebilik dengan dia macam mana kan?....

Dari segi sosial dan sahsiah atau moral pun tak bagus la coz lani macam-macam kes sumbang mahram, adik pun boleh "makan" kakak, tak takut ke mak dia? Kita patutnya kena berjaga-jaga dalam hal sahsiah diri anak-anak ni, kata orang "PREVENTION IS BETTER THAN CURE" cegah sebelum terkena, jangan dah terhantuk baru nak jaga-jaga kan? Tak banyak sikit at least kita kena ada sifat untuk protect anak-anak dari perkara yang tak diingini dari berlaku. Memang bukan hari ni benda nak jadi tapi esok lusa siapa tau. Budak-budak kan banyak bergaul dengan kawan-kawan, maybe kita tak ajar anak kita benda-benda tak elok tapi kawan-kawan dia macam mana? Sejauh mana kita kenal kawan anak-anak kita? Baik ke dia jahat ke dia, kita tak tau tu.

So pada parents tolonglah asingkan anak lelaki dengan anak perempuan, ajar dorang batas-batas sebagai adik-bradik yang berlainan jantina. Jangan biar dorang beljar dari orang lain, silap langkah lain jadinya.

huh!...puas hati aku dah cakap apa nak cakap even tak boleh nak sound direct kat kawan aku tu at least message pada bloggers dah sampai....bujet ada yang baca la tu

Peace & Luv

Tuesday, December 20, 2011

EL MARINO



EL Marino

 

What is El Marino?
El Marino is a unique formulation combining the award winning Pomegranate Active VIQUA®, using a patented ADS® nano delivery system and Specially blended Hydrolyzed Marine Collagen plus Elastin Peptides Collactive®.


Together this special formulation target the inhabitation collagenase and elastase activity that break down skin collagen and elastin. It helps in accelerate synthesis of new collagen and elastin in our skins thus helping directly replenishing collagen and elastin lost. Collagen and elastin played an important role in ensuring a vibrant, elasticity and healthy looking skins.

What is Collagen and Skin Aging
Collagen and elastin are proteins that form the structure of the skin’s deeper layers, providing skin with appropriate firmness, elasticity and retention of moisture. Up to 70% of our skin tissue are made up of collagen.

Intrinsic aging factors
As we age, collagen production in our body gradually degrade. Scientific research from around the world estimate that a human’s collagen production begins to degrade starting from the age 25. After this vital age, our skin collagen content starts to diminish at the rate of 1.5% per year. By the age of 40, our skin’s natural collagen synthesis would have slows down by at least 30% than when we were 20 years old. This is obvious when skin is injured, its scar heal far more slower.

Gradually, collagen production is outpace by depletion, causing the skin to become dull and dry, losing its firmness and formation of wrinkles. All beautician would have known early sign of aging begins at edge of the eye and hands.

Extrinsic aging factors
On top of that, UV light, environmental pollution, lifestyle stress, unhealthy diet, alcohol and smoking increases the production of free radicals in our body’s cells which trigger the production and activation of harmful enzymes that break down skin structure at a faster pace.

The signs of skin aging caused by collagen deficiency:
• Dry skin
• Dark circles & eye bags
• Dull & uneven skin tone
• Loss of skin elasticity (sagging)
• Fine lines or wrinkles

How do you prevent premature skin aging and restore long lasting youthfulness?
Besides good skin care, we need effective Internal Skin Supplement (nutricosmetics) to not only help replenish lost collagen in our skin, but most importantly to inhibit activity of harmful enzymes that break down collagen and elastin structure in the skin and boost synthesis of collagen faster than its degradation.

El Marino uses the latest advancement in nutricosmetics technology and is specially brought to you by Elken Malaysia. El Marino is an advance food formula that consists of the patented anti-oxidant Viqua, Pomegranate Extract and Collactive, a marine collagen from France.


Product Packaging
Net weight: 7.5g x 30 sachets
Comes in mixed fruit flavor

Consumption recommendation
Dissolve 1 sachet El Marino into 75ml water and stir well. Consume once or twice daily.
Above 30 years of age: 4 sachets per day for the first month. 3 sachets for second month. 2 sachets from thereon. Best taken with empty stomach.

Ingredients
Lemon powder, fructose, maltodextrin, strawberry powder, passion fruit powder, Collactive &tm (collagen & elastin from fish), cranberry powder, pineapple powder, orange powder, Viqua ® (pomegranate extract), red beet powder, citric acid, guar gum, vitamin C.

Active ingredients per serving (7.5g): Collactive ® (collagen and elastin): 0.50g, Viqua ® (pomegranate extract): 0.13g

Friday, December 16, 2011

will update soon..

Tuan belog ni harap dapat update belognya esok..llalalalallalalaa.....nak load foto dulu la...


see you!

Tuesday, December 13, 2011

Nak Cantik?


CORPSDEREVE DX Body Shaper

Look sexy and alluring with a seductive cleavage and a better posture with Corpsdereve DX Body Shaper. Using flexible coil bones, stretchable lace and power net, this body shaper can support and hold breasts in lifted position to shape a slender waist and prevent sagging. The X-line double power net at the back plays the essential role to smoothen back line for a smooth and trim back.

Kalau la korang berminat nak jadi cantik lawa body solid, shout la kat aku kay? aku bagi member price ja pun.

email: chek_pah@yahoo.com

Thank You again



Salam & Hi all

Just nak inform yang tuan belog ni amatla sibuk dengan kerjanya yang berlambak-lambak, tak abes-abes job in out, mana dengan deadline clash...haiz...

Pada yang rajin blogwalking kat belog ni "Domo Arigato". Serius aku sibuk bangat. Pada ujung tahun, cuti sekolah bawak anak-anak jalan-jalan cuti-cuti Malaysia, tapi time ni la kompeni aku ni banyak job, kurang manpower. Nak cuti pun susah, nak MC? lagi la payah, sakit pun kena jadi sihat jugak, kejam kan Nihongo ni? Anak-anak pun dah tak syok bila aku dengan en somi dok kena stay kat opis, ya la kan budak, cuti sekolah ja la yang depa boleh ronda-ronda sana sini. Next year aku kena plan betui-betui la, apply cuti awai-awai..ngeee!

Tapikan sesibuk kami, Alhamdulillah preparation sekolah anak-anak dah ready la, badge pun dah siap jahit, tinggal nak pi beli buku ja pun. 30hb ni si kecik Amani kena register Primary 1, so time tu kot baru beli buku, nak beli awai dah kena amek cuti pulak lagi, mau kena sembur gak aku nanti.

Ni pun curi-curi masa update, aku try nak update guna cik bb tapi cik bb macam tak suka aku ja, wat hal, tak leh nak connect dengan Blogger lak..ish


last but never end...ada masa rajin-rajin la komen ok? Tq

Saturday, December 3, 2011

DAYCARE @ Pusat penjagaan harian




Olla!

well, actually aku ni dalam dilema pasal siapa yang jaga anak-anak aku next year. FYI lani Aleesa babah (umi aku la tu) dia yang jaga time sekolah, pagi-pagi aku dengan en hubby akan hantar dia ke rumah umi, pas sekolah @ pas magrib kami p amek la dia. Tapi setakat dah 2 tahun babah jaga dia, tak pernah tak dak komplen, ada saja la yang tak kena dengan anak aku tu, bagi aku sebagai mak dia, memang rasa tak syok la kalau dah ari-hari orang dok komplen pasal anak kita kan? Hati ibu mana yang tak sakit kalau orang yang jaga anak kita sikit-sikit komplen. Biasa la kan budak-budak memang dah tabiat semulajadi dorang suka main dari serius, tak dengar arahan, ngelat semua tu. Tapi umi aku tu tak mau paham tabiat cucu dia tu.

So yang jadi prob lani is, next year si kecik aku, Amani tu next year masuk Primary 1, sekolah sama dengan si kakak, sekolah petang gak la, so paginya kena antar ke mana-mana la. Tapi dah babah selalu sangat dok komplen, aku jadi tawar ati la nak bagi babah jaga depa. Me and hubby ada diskus jugak pasal daycare ni, hati ni 50-50 nak antar budak-budak ni masuk sana, macam-macam soalan dalam kepala ni ie; budak-budak ni sekolah petang so before p sekolah tu daycare bagi makan ka?, macam mana budak-budak ni nak mandi salin baju semua tu, ada bilik khas ka?. Ish sure korang ingat aku ni lorat lebih-lebih kan? Of course la, anak-anak aku kan pompuan, bukan suka-suka budak-budak tu hantam salin baju semua tu tu. Kena jaga wei. Safety First

Ni dok pikir sampai lani tak jugak nak boleh conclude keputusan kami. Nak kena tanya umi sekali lagi even dah beribu kali umi dok bagi hint macam tak mau dah, tapi aku ni gigih gak nak try lagi.

Aku rasa ada pro & cons gak la bagi anak-anak dok dengan pengasuh or daycare. Aku kesian kat budak-budak tu coz dari baby lagi depa dok nuseri, start sekolah rendah ni la baru nak merasa tok depa jaga tapi tu la tok sendiri pun so so ja....haiz!

Kat Penang ni pun satu hal, daycare Muslim tak dak pun, yang ada nuseri untuk budak-budak umur 1-6@kindy ja. Yang non-muslim punya banyak n senang la nak cari, tapi dah susah bab makan minum pulak. Kalau setakat mandi salin baju p sekolah tu aku still boleh consider la, tapi budak-budak ni kena la makan before p sekolah. Tu yang very the vas prob. Nak aku tapau dalam mangkuk tingkat lunch depa kesian pulak coz by the time nak makan dah sejuk, adoi berbelah bahagi jiwa aku ni. Nak aku berhenti kerja, jenuh pulak en somi aku nak menanggung isi rumah ni...

Aku rasa balik nanti aku nak face to face ngan umi, last CSI. Kalau umi cakap tak mau gak, memang confirm la budak-budak ni kena masuk daycare. Even berat hati ni tapi terpaksa redha la. Dah ketentuan kot. Takpa la anak-anakku, mungkin ada rahmat disebalik ni semua kot...InsyaAllah



anak-anak umi, bukan umi sengaja nak pos adik n kakak masuk daycare tapi adik n kakak tau kan macam mana babah selalu komplen kat umi, sakit telinga sakit hati umi tau. Kesian kat anak-anak umi. Takpa la adik n kakak, biar jauh sikit dari babah, biar jumpa babah seminggu sekali baru babah akan lebih sayang adik n kakak...

Mari tengok kek saya


CHOC MOIST CAKE


Kek birthday untuk Ainul (my niece)..BUTTERCAKE WITH FONDANT





1) Green White tu kek orang oder untuk kawan dia bertunang, BUTTERSCOTCH WITH FONDANT

2) Wedding's cake untuk adik aku 2tier la konon....layer atas Buttercake, layer bawah Butterscotch, lepas kenduri habis licin kek tu, tinggal papan gold ngan pisau ja pun....laku gak

3) VANILLA MUFFINS gebu dan nyummy



p/s, sori caption tak len nak letak kat foto..ish

Wednesday, November 30, 2011

Thank You

Hello semua!

A very short entry

Would like to THANK YOU to whom had viewed my blog, my pure blog. Deep in my heart, I really appreciate it. Was hoping one fine day I have more time to regularly update this blog...one fine day....sigh


Till then....


THANKS AGAIN and AGAIN! Muahhh!

p/s; kinda busy with job's deadline, work stacks on the desk tho....

Wednesday, November 23, 2011

WalimatulUrus

Salam all,

Jangan terkejut dengan tajuk hangat tu yer. bagu suspen ja pun. Sabtu ni adik bongsu kami nk kawen, nikahnya hari Jumaat ni 25 November. Ni kira kenduri last la dalam famili aku, nak kenduri lagi kena tunggu turn anak-anak aku la kot, kalau si kakak aku bujet lagi 16-17 tahun kot, harap si adik tak langkah bendul la..aippp adik!...(over ai tau).

So sebagai kakak aku harap majlis kali ni lebih sempurna la kan, ya la time aku tu ala ala ja dapat buat, maklum la 11 tahun dolu kan? Aku harap sangat if ramai famili dapat attend wedding ni, kenduri orang-orang biasa macam kami ni kadang-kadang bukan semua yang nk attend, agak cliche kan? Tapi memamg tipikal orang kita kot? Tapi setakat yang akau tau, Alhamdulillah ramai gak famili yang plan nak attend. Dari KL, Johor, Singapore semua berbesar hati nak datang so harap kehadiran dorang bertambah Barakah la majlis ni...Amin

Satu yang aku agak ralat is, aku tak leh nak amek cuti awai la, hari nikah tu ja baru aku stat cuti (ngada2 lak aku kan?). Isk2. Aku actually kena buak kek kek dan kek utk berkat nak bagi kat famili ada la dlm 300pcs kek slice, kek hantaran sebijik dan kek kawen @ wedding cake gak. Tapi bila dikira-kira time yang aku ada macam tak sempat lak, tak buat tak boleh la coz tu adik aku sendiri, bongsu@merangkap kenduri lat lak tu. Dalam masa yang sama kalau tak buat maka habis la peluang aku nak promo kek-kek aku tu, ni la time untuk aku promote kan? Alah, dalam seribu yang datang tu takkan takdak yang tanya pasal kek tu kan? Tak banyak sikit sure ada gak tu, so if aku tak buat, maka punah la harapan aku nak buat promosi "Mari Beli Kek SAYA"!!..heheh

Tapi kan tadi ada sedara dari Johor yang dah oder Butterscoth kat aku, dia nak makan hari dia sampai tu..Syukur, kira rezeki gak tu.

Start malam ni aku akan very the busy, target malam ni nak buat 4 bijik kek. By esok lagi 4 bijik, cukup kot untuk 300 slice tu (harap-harap la). Aku ni kan amatur so tak reti la nak agak, isk, jangan tak cukup sudah nayo den, mana nak buat kek hantaran untuk Jumaat tu lagi, kek pengantin lagi..haiz.
Confident level kena tinggi jangan hangin level pun tinggi sudah, aku ni bukan leh percaya sangat, tensi ja dengan kanak-kanak ribena tu pun leh kena tempias..kejam ai..muaahahahaha

Okay okay aku ni bukan leh stat sat g mula la nak meraban.

so conclusion nya....tarik napas panjang-panjang, reheat oven and start baking diam-diam!

p/s: wedding cake tu kalau cantikmolek aku post la kat sini kay?

Wednesday, November 9, 2011

Apa-apa ajer

Salam semua

Dalam banyak blog yang aku dok blogwalking, aku rasa blog aku ni la paling tak ramai follower (sobsobsob..kesat ayaq mata). Tapi aku tak kisah la, lagipun tujuan wujudnya belog ni pun sebab nak luah perasaan ja pun. At least nanti dah tua leh la aku baca-baca balik, kot ada yang dah lupa dengan ada belog boleh la flashback kisah-kisah dulu kala kan kan?

Bukan aku tak mau upgrade sreen belog ni tapi aku tak ada masa lagi nih. Plan nk create sendiri la, tu yang tak buat-buat lagi. Burukkan belog aku? Ish2...Nanti bila aku dah free aku nak buat gempak punya design, tapi tunggu la dulu ye kawan-kawan.

Aku ni segan nak p promo belog aku kat orang, nanti orang cakap "belog sedu-sedan lagi ada hati nak bagi orang baca"..cis...

Tapi bila tangok belog orang ngan macam mana blogger-blogger hebat leh hidup senang dengan blogging ni, aku teringin la gak, tapi bila pikir belog aku ni apa sangat la, gambar beli tu beli ni pun takdak, brand tu brand ni pun takdak, rumah pun bukan bangalow nak tunjuk kat org macam mana?...tapi rata-rata aku tengok ramai fulltime housewife yang blogging, tapi depa hidup senang laki tanggung, gadget canggih-manggih tak macam aku boleh la kot...


Tapi takpa la, tidak ku sesali hidup ni ...cewah..

so all, nanti aku kaya dapat beli brand tu ni, aku akan makin rajin la kot?


For now, Hidup Mesti Ceria, Masalah Letak Tepi!

Friday, November 4, 2011

4/11/11=11


Salam



Wah tajuk entri macam add maths little einstein lak..

Ok, korang sure pening kan, formula apa lak ni, tiba-tiba aku jadi cikgu maths lak padahal maths karaoke (suruh study tak mau).

Cuba tengok betul-betul, tu kan date arini. Hari ni adalah Wedding Anniversary aku dengan En Darling aku la. Dah 11 tahun kami kawen, Alhamdulillah. Rasa macam baru saja balik dari honeymoon tup-tup dah 11 tahun, ini tidak bermakna kami tua okay? Usia perkahwinan ni memang mematangkan kita kan? Makin lama kawen makin kita saling memahami pasangan masing-masing. Makin banyak jugak onak ranjau yang telah atau akan kita hadapi kan? Tapi yakin la, setiap masalah ada penyelesaiannya.

Alhamdulillah jugak kerana aku ni dikurniakan suami yang begitu penyabar melayan kerenah ntah apa-apa aku ni. Dia jugak sangat ringan tulang, rumah aku tu, hari-hari dia vakum (ko ada?..hehe), bab kerja rumah tu jangan risau nak sakit pinggang buat sorang-sorang coz darling aku tu sangat la rajin, rajin yang kadang-kadang lebih dari aku woorrr...syukur aku.

Jangan lak ada yang cakap "eleh, macam laki dia je yang rajin"), tapi dah tu laki aku, aku puji la, takkan aku nak puji laki orang lak, bukan aku kenai pun..isk.

Actually nama ja enibesari, tapi kitaorang memang takdak plan nak celeb kat mana-mana pun. Kami bukan kaya-raya tiap-tiap occasion nak celeb, cukup sekadar ingat, tu pun dah cukup bagus kan?

Lagipun aku ni ha, ada orang oder kek yang nak amek esok pepagi subuh sapie lagi. Tapi malam ni anak-anak aku kena pos ke rumah umi aku la..ehem..ehem...bagi chance umiabah ok anak-anakku....

Aku tak leh la taip pepanjang, ada keja nak buat ni. Nanti ada yang bambu lak...

Dan Sempena hari Korban ni, Selamat Menjalani Ibadah Korban to all, semoga setiap pengorbanan kita diberkati Allah SWT...Amin

Thursday, November 3, 2011

Cobaan.........

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan padaNya yang Maha Agung & Maha Adil kerana menjadikan aku dan keluarga lebih sabar dan tabah untuk menerima segala ujian dariNya.
Setiap ada yang telah Dia tetapkan pasti ada sebab dan musabab. Lambat atau cepat, hikmah disebalik semua ujian atau dugaan ini pasti ada. Bersabar la umi.

Korang tau kan, arwah ba dah meninggal bulan februari baru ni. Tapi dah tertulis olehNya jodoh umi akan datang jugak. Qada dan Qadar pastinya kan? Makanya, umi bertemu jodohnya sekali lagi bulan lepas. Jodoh yang umi rasa amat sesuai dengannya, so kami sebagai anak-anak terima seadanya jodoh umi itu. Sekurang-kurangnya umi ada teman, ya la kan, kami semua kerja, balik pun dah malam, at least sakit demam umi ada gak teman yang boleh tolong jaga kan? Bukan material yang umi pentingkan tapi sekadar teman yang umi perlukan.

Sebenarnya, perkahwinan ni terpaksa umi rahsiakan dari pengetahuan sedara-mara sebab umi tau, ada yang takkan senang dengan tindakan umi, bagi umi, dari menjadi bahan buah mulut orang lebih baik diam, lagipun bagi umi selama arwah walid tak dak bukan ada siapa-siapa pun sedara yang datang atau kol tanya khabar umi, apa yang depa tau just mengata memfitnah umi. Bagi aku, depa-depa ni memang tak layak untuk tau segalanya kalau setakat nak dijadikan bahan umpat keji depa.

Makanya dirahsiakan la benda ni. Tup-tup takdak hujan, tak dak ribut, angin-angin hasad dengki bertiup ke KL. Orang KL dah tau yang umi kawen lain. Oh My! Sapa lak yang kepo ni? As expected, cousin loyerburuk aku yang empunya angkara, mengunakan kuasa dia sebagai pegua, syariah telah CSI kat Pejabat Agama check betul ka umi aku kawen, makanya tersebar la berita yang depa dok tunggu-tunggu tu ke KL. Korang nak tau, dia la anasir-anasir merangkap kuman yang harus dinyahkan dari dunia ni. Aku tau sebab apa dia lorat sangat hal umi aku padahal selama hari ni dia salam pun tak dengan umi aku yang jugak makcik dia.

26 November ni adik bongsu aku kawen, so ini loyerburuk yang sedari dulu dengki dengan famili aku ni takut kalau sedara-mara yang tak termakan hasutan dia attend wedding ni, so dia perlu la cari berita sensasi bagi orang benci kat kami ni. Deni memang dah sah-sah jadi pewaris arwah umi dia yang walaupun lumpuh sampai akhir hayat dia tapi tetap boleh menyampai fitnah pasal kami, telefon sentiasa tepi dia. Kejap-kejap ada saja berita orang tu orang ni datang tanya..

Kesian kan orang macam tu? Nak bagi orang suka kat dia sanggup buat fitnah kat orang lain..Wallahualam.
Pastu lak guna duit haram hasil menloyer dia beli sepupu tua dia, si kena beli ni, ko cakap la macam mana pun, dia tetap membela loyerburuk tu. Kesian pulak aku tengok dia, dah la umur dah veteran, tapi kn beli dengan sepupu yang setahun jagung tu..ish.

Tapi lepas semalam ada yang kol umi tanya "betul ke nda ton kawen lain?", umi yang tak pernah nak marah-marah terus minta kat Allah diberi petunjuk pada si penyampai ni, doa orang yang teraniaya kan selalu dimakbulkan. Mudah-mudahan sepupu aku ut insaf la coz dia sendiri ada anakbini, pusing-pusing nanti kena gak batang idung sendiri.

Kesimpulannya, lantak la apa orang nak cakap pasal kita coz yang pasti kita tau apa yang kita buat tak salah disisi agama.


Semoga orang tu mendapat hidayah dari apa yang dia dah buat pada kami...Amin

Saturday, October 29, 2011

I'm Back!!! boooboooo chak!


Salam uols!

Wah!!!! Last belog ni update adalah pada 24 Mac 2011...humak ai...lama tu. Macam la tuan punya belog ni p outstation round the world, padahal dekat idng je pun. Ai ni sibuk la sejak dari las update tu la, macam-macam kena handle mana dengan anak-anak exam blablabla....semua bersangkut paut. Tu yang drag sehari ke sehari nak update konon last2 ha kau berbulan baru nak mai sapu sawang.

Eh lupa pulak nak warwarkan yang aku ni dah ada hobi baru, ni pun salah satu sebab belog ni suram. Nak tau apa hobi baru tu? nak tau nak tau? meh rajin-rajinkan diri scroll...






















I LOVE BAKING

Sejak terjebak dengan dunia baking kek ni semangat semakin berkobar-kobar. Asyik nak buat kek je tiap-tiap minggu. Samapai anak-anak aku pun dah tambah size gara-gara umi depa ni ha, asyik paksa anak jada tester...miaaahhaaaaa....ni bukan kejam tp kan orang cakap, budak-budak kan ikhlas tak pandai menipu so kalau tak sedap depa cakap ja tak sedap tapi kalau sedap depa makan tak ingat la pulak.

Sejak terjebak ni jugak la, rezeki aku makin bertambah, orang pun dah stat oder ngan aku, tak banyak sikit sure ada. Alhamdulillah kan? Rezeki yang stat dari suka-suka dah jadi side income aku lak.

Uols tau la kat Penang ni bukan senang nak dapt kek sedap yg Melayu buat, ada pun kureng (ni bukan ayat masuk bakul angkut sendiri ye tuan-tuan & puan-puan)dan lagi satu yang belum tentu status Halal belambak gak la. Sampai bila kita nak makan kek yg kat depan pintu kaca Bakeri tu tempek Halal padahal ntah betul ke idak, ye dak?

So ni kira titik tolak dari sebab-sebab tu la aku try test market buat kek kat Pulau kesayangan aku ni. Tapi yang bestnya, first customer aku bukan Melayu, walaupun dia bukan orang kita tapi dia percaya dengan hasil tangan aku. Katanya "U punya kek lagi sedap dari beli di bakeri". Mak kembang nak.....Syukur Alhamdulillah, siapa sangka tangan kejung macam aku ni mampu buat kek sedap kan? aku pun tak sangka, Mr Hubby lagi la unsakarebel.

Tu la kata orang kalau tak try kita takkan tau keupayaan kita kan? So lani aku tengah gigih try segala macam jenis kek, tu yang masa-masa santai agak terhad selain keja rumah melayan anak-anak dan bapaknyer...

Nanti aku dah bertambah rajin dan bertambah pandai manage time boleh la aku load gamba2 kek yang aku dah buat tu. Ni ha seketul gamba kek tu, nama dia Butterscotch, i kira femes gak. Eh eh terload kat atas lak...hantam sajer. Terliur tak?

So takat ni la entri tergempar ni, ada masa aku update lagi.

Las but not least, Semoga Kalian Semua Happy-Happy selalu..

Saturday, March 19, 2011

masa depan anak-anak

salam sabtu semua bloggers

Tajuk macam serius kan? Memang serius la kan kalau melibatkan anak-anak kita, anak-anak anda.

Macam aku ni, bukanlah lahir dalam periuk emas aka anak orang kaya raya tu atau kawen dengan anak orang berada. Secara tak langsung benda ni mengajar aku untuk lihat ke depan, rancang masa depan yang lebih baik untuk diri sendiri dulu. Sekarang bila dah ada famili sendiri, ada anak sendiri, aku mula pikir apa yang terbaik untuk anak-anak. Ya la kan, time anak-anak still kecik la kita boleh plan untuk dorang, esok-esok dorang dah boleh berdikari, dorang for sure ada plan dorang sendiri, selagi dorang masih dalam tanggungan selagi tu la aku akan make sure dorang dapat apa yang aku rasa terbaik untuk dorang. Bukan nak pampered anak-anak dari segi material tapi cukup sekadar ianya dapat menjadi bekalan masa depan untuk dorang......ILMU DUNIA & AKHIRAT. Bukan emas permata wang berjuta, tu aku tak mampu.

Aku pun bukan la belajar samapi ke U, bukan tak pandai tapi keadaan kewangan pada masa tak mengizinkan aku sambung belajar samapi ke U, ada offer tapi terpaksa ditolak. Tapi tu la kan, ALhamdulillah, aku masih diberi fikiran yang waras untuk berfikir, aku belajar sambil berkerja. Bukan di U tapi kolej. Syukur rasanya.

Tak kisah la kat mana kita belajar janji kita tahu hala tuju hidup kita. Putih yang kita pilih, putih la jadinya. So untuk anak-anak, aku akan terus lead dorang untuk jadi manusia yang berguna di masa depan nanti. Aku rasa as parent kita tak perlu meletakkan target kerjaya anak-anak kita. Biar la dorang sendiri yang pilih. Sebagai contoh, kalau kita terlalu mengharap anak kita jadi pilot sejak anak tu baby lagi, tup-tup bila dia besar dia pilih nak jadi lawyer, for sure hati kita sendiri yang akan tersentap. Kita kena ingat itu masa depan dia, bukan kita, as parent cukup la sekadar mendoakan yang baik-baik untuk dorang, bimbing dorang untuk membuat keputusan dan bukan kita yang buat keputusan untuk dorang. Bawa dorang ke jalan yang lurus, InsyaAllah lurus la jadinya.

Aku rasa kita tak perlu taksub dengan masa depan yang kita sendiri tak nampak, memang kita boleh merancang tapi jangan la sampai perancangan itu melampaui batas norma manusia yang juga hamba NYA. AKu suka quote ni "I've tried my best, let God do the rest"...

So aku harap aku sendiri dapat berfikiran rasional dalam membentuk anak-anak tanpa ada paksaan. Kehidupan dan masa depan dorang biar dorang yang tentukan, yang penting urusan kami suami isteri adalah membimbing mereka ke jalan yang lurus, sediakan mereka dengan ilmu dunia dan akhirat yang aku yakin mampu membawa dorang ke jalan yang diredhai Nya.....InsyaAllah

Urusan kami anak beranak mungkin tak semudah anda kerana kami terpaksa bekerja keras untuk hidup senang, kami sendiri tidak disalut emas permata@buka mata dah senang..banyak yang kami kena usahakan dan mudah-mudahan berkat doa kita sendiri segala urusan kita dipermudahkan.....amin

Tuesday, February 22, 2011

Kembali lagi dengan macam-macam ceritera.

Salam semua!

Sejak tahun baru ni macam2 la yg dh jadi pada kita kan? Macam aku ni, stat anak masuk sekolah memang very the busy bees (bees pun tak bizi macam aku). Januari stat macam biasa tapi Allah Maha Kuasa kan, 8/1/2011, ba@bapa tiri aku jatuh sakit, stat dengan demam terus dapat detect ada kindney and pnuemonia. Kidney satu side memang tak leh guna dah...day by day ummi aku la yg jadi nurse kat wad siang malam tak balik rumah.

Anak aku si kakak tu kan stay dengan umi aku skool time, dah jadi macam ni terpaksa la paksa adik aku tolong jaga, si kakak kena angkut p tempat keja dia la hari-hari, nak buat macam mana kan? Tu la orang cakap nasib@fate.. Aku pun redha la. Nak harap adik beradik tiri jaga bapak depa..hampeh, sekoq pun tak ciri2 anak mithali padahal ba tu bapak kandung depa. And aku adik beradik tak berani la nk cakap apa coz depa tu lebih tua dari kami bertahun-tahun. Ada otak pikir sendiri la ye dak?

Ok ok, pas 2 weeks ba admit, satu-satunya makcik aku kt Penang ni pulak meninggal. Keadaan Ba makin lama makin kritikal, sebak aku tengok dia, dengan ventilator dlm mulut, ba memang tak boleh nak napas sendiri due to lung dia yg dh teruk tu. Aku macam biasa la, rutin harian memang kat hospital ja la, p tengok ba dgn umi. Alhamdulillah sepanjang jadi nurse, umi sihat ja. Risau aku kalau umi sakit, dh nama hospital harus segala macam virus ada kan?

Doc pulak hari-hari dok cakap ba makin teruk, no improvement at all katanya due to age factors la sama kan. Tapi we all redha la if apa-apa terjadi, kalau dah ketentuanNya mcm ni..

Masuk Februari, keadaan makin teruk sangat-sangat, aku pun dapat rasa sumting akan jadi soon. Time ni aku pulak tak sihat, ya la kan p hospital hari-hari. So on 8th Februari, aku MC, demam punya pasal, apalagi keja aku membuta ja la, dalam kul 4 lebih masa tu pas makan ubat, tengah dok tingtong kepala ni, umi kol cakap "Ba dah tak dak", aku jawap "ha". Pas letak fon baru aku jadi normal sikit, terus aku kol umi balik tanya betui-betui.
Memang ba dah meninggal time tu, ngam-ngam masuk asar. Aku redha dan pasrah dengan ketentuan ni. Sedih memang sedih even ba kawen dengan umi baru 4tahun, tapi muka tu la yang kami dok tengok hari-hari. macam tak percaya pun ada, tapi tu la hakikatnya..

Tapi aku still ternampak-nampak muka Ba masa arwah di bawak balik ke rumah, Allah Maha Besar, Ba tersenyum & muka dia nampak macam muda sangat-sangat. Orang baik yang meninggal memang macam tu kan? Amani pun tanya "umi, tok ba dah meninggal tapi pasal pa dia senyum?"...Hanya Dia yang Maha Mengetahui

Genap sebulan sakit ba pergi tinggal kan kami semua..Al-Fatihah

So now, macam-macam yang aku adik beradik kena buat termasuk la support umi. Adik beradik tiri yang lain, sorang pun dah tak kol tanya kabar umi, even sijil mati yang original tu pun umi tak tengok, semua depa pegang n arrange tukar nama segala aset ba tanpa bagi tau umi apa pun..

Its ok, Allah Maha Adil umi cakap, orang tamak selalu ada balasan...


For second time, I've lost a father

Al-Fatihah untuk Arwah Walid & Ba...