Click click My NuffnangX

Monday, December 31, 2012

Year End entry...

Salam 2013 untuk semua tak kira siapa anda atau di mana saja anda berada yang penting setiap tahun  yang telah/bakal kita lalui mendapat keberkatan Allah S.W.T & diredhaiNya..InsyaAllah

Yang singkat kita labuh-labuhkan yang bukak kita tutup-tutupkan ye?..Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya, mudah-mudahan. Doakan yang terbaik untuk siapa saja pasti anda juga akan didoakan yang baik-baik saja...


As-salam

Friday, October 19, 2012

Cacamarba kata orang Penang naaa

Iklan dulu naaa, ni Moist Choc Cake with Choc Mousse&Choc Ganache topping, orang oder. Alhamdulillah feedback sangat la motivate.....nak oder?

Okay okay, sure ada yang tertanya-tanya apsal minah ni dok meroyan lagai dalam belog ni padahal dah cakap "merajuk" konon kan kan? Well, sebab dan musababnya setelah difikir masak-masak berserta dengan semangat yang silent reader bagi (bujet glemer la tuh...weeee) saya bernekad untuk terus berblog selagi panjang umur ni dan selagi ada masa terluang...InsyaAllah. 

So doa-doakan yang baik-baik untuk saya ya!

Thank You All

Thursday, September 20, 2012

Projek kek saya

Salam sekali lagi

Ini mungkin post-post terakhir saya, mungkin terakhir untuk tahun ini atau mungkin....

Sebelum tu saya nk share sikit hasil kerja tangan saya dalam bisnes kek yang baru saya ceburi ni. Saya masaih "part time baker" yang masih belajar tanpa bantuan sesiapa, belajar melalui You Tube, banyak bertanya pada yang mahir dan banyak jugak Trial & Error. Tapi biasa la kan, bila bab ilmu dunia ni masih ada yang kedekut untuk berkongsi rahsia, malah ada jugak yang minta bayaran jika mahukan ilmu mereka...haiz..manusia. Jadinya sebagai hamba yang kurang mampu macam saya ni maka terpaksa la saya belajar sendiri kerana "Practice Makes Perfect" kan?

Pernah sekali saya masuk kelas, kelas deco kek saja, di mana bayarannya bagi saya agak mahal bagi satu kelas deco kek. Itulah saja kelas yang saja join, dan tak mungkin saya join lagi dek kerna bayarannya sangat mahal. Lain la kalau saya ada sumber-sumber yang dapat membantu, so buat masa ni biarlah saya belajar sendiri. 

Ini antara tempahan yang saya terima baru-baru ni, Alhamdulillah biar tak banyak tapi dah tertulis itu rezeki saya, saya redha & terima seadanya. (AMARAN!!! nak tiru boleh but pleas credit to me ya tapi tolong jangan cilok foto-foto ni tau, tak baik nanti Allah potong tangan)

 Birthday cake: Butterscotch with Buttercream deco
 Wedding Cake: Butterscotch with Snow ice, tema Hijau&Putih

  Wedding Cake: Butterscotch with Fondant, tema Merah&Putih 

  Birthday cake: Butterscotch with Fresh Cream
  Birthday cake: Carrot cake with walnut & raisin, topping: Lemon Cream Cheese

  Choc cuppies with cream cheese

    ChocChips cuppies for Marhaban

 Birthday cake: Eggless Moist Choc Cake with Choc Ganache, for my sis's birthday

 Birthday cake: Moist Choc Cake with Choc Ganache for Duo Celebrations

Ini kek paling special, dibuat khas untuk birthday puteri-puteri saya baru-baru ni
3 Tier Butterscotch with Snow Ice 


 Birthday cake: Orange Buttercake with Fondant, kek ni ada featured in The Star North Region (18 September 2012)

 Red Velvet Cuppies with fresh cream

 Birthday cake: Red Velvet Cake with Lemon Cream Cheese

  Birthday cake: Rainbow Cake with Buttercream

  Birthday cake: Strawberry cheese cake with strawberries & nuts

   Vanilla Muffins



  Birthday cake: Moist Choc Cake with Choc Ganache & chocs

 Moist Choc Cake with Choc Ganache & Strawberries
Selamat menjamu mata yer dan doakan yang terbaik untuk perniagaan kecil saya ni jugak..

(Ampun, tak reti pulak nk tukar kaler background text tu..aisey!)
 
Love
 

Monday, April 30, 2012

Salam

Tuan Blog tengah bizi bees, dengan biznya. Bisnes keknya, Alhamdulillah, rezeki datang tak putus-putus. Dan memandangkan dia masih amatur dalam baking mem"baking" ni so dia agak kelam-kabut nak bahagi masa antara, karier kat ofis, kat rumah dan bisnesnya. Dia memang tengah dok belajaq "Time Management"

So pada yang sudi jenguk-jenguk di blog ni Tuan Blog nak ucap Terima Kasih la sebab sudi singgah ke blog yg tak vouge lagi simple ni..Domo Arigato!

Tuesday, April 3, 2012

Mukabuku@facebook DAN bila free

Salam Alls,

Ini bukan entri tajuk lagu Najwa Latif tu, ini kisah hari-hari senang login FB hari-hari goyang kaki makangajibuta kat ofis aku ni ha. Lani ai free maa, hari-hari ai baca mukabuku tapi ai sangat malas nak update ini belog, bukan la malas sangat tapi lebih pada takdak bahan yang kebaboom selain eksperimen kek ku itu.

Tapi nak tunjuk jugak la projek terbaru aku dan adik aku, baru stat ja projek cuppies dalam bekas hantaran ni.

1st projek kami
untuk Kek/cuppies dalam hantaran, customer boleh request la nak kaler apa pun
(Vanilla muffin with fondant deco, theme colour: Purple)

(Red velvet, 1st attempt yang menjadi sangat sedap)

(Pandan Chiffon, 1st attempt gak ni, hasil rupa tak lawa tapi rasa shedaaap)

Jangan ditanya pasal resepi sebab aku pun kena tengok resepi yang aku dah google tu pastu print. Dalam kepala otak ni macam tak save lak resepi semua tu. Maklum la masih amatur, sikit2 kena bukak buku..ngeh!

Berbalik pada tajuk asal MukaBuku, benda alah ni ada pro & cons dia gak. Pronya sebab ko boleh cari kengkawan lama, sukusakat yang dah lama ilang lari ka. Consnya, bila ko post kat wall ko ada lak yang sentap, dah ko sibuk-sibuk baca pastu ko nak sentap pulak, pastu ko block si tuan punya wall tu. Aku ni dah berkoyan yang block aku, tapi "ado aku kesah?". Ko kepo baca apahal? macam la aku ada mention nama ko yang ko nak sentap kan?

U all tau tak, sepupu aku sendiri pun block aku pasal deni ada la jual corset PB kebaboom konon, so aku ada la share pasal satu blog yang kondem corset tu, tujuan aku nak share bagi orang tau je pun, takdak lak aku sebut nama dia, dua tiga hari pastu aku heran la apsal aku tak nampak post dia, mana tau, ana sudah kena block la sama itu si polan. Nama ja lecturer, ajar students biz management, ayat kat wall hari-hari motivasi diri tup-tup dia yang very narrow minded, dah sah-sah dia makan cili kan?

Tapi takpa la, tu hal dia dengan Allah, kalau betul cara dia dapat duit tu tak betul, satu hari Allah akan tunjuk jugak la...let it be let it be...


Last Sunday, aku kematian seorang makcik, kakak arwah walid aku, tu la kan Kuasa Allah, aku bertemu gak la dengan orang2 yang dah block & boikot aku tu. As aku rasa aku tak buat salah kat depa so aku still sua (orang Utara cakapa "sua" untuk "hulur") tangan n salam depa la. Dari raut muka depa memang nampak termalu-malu gak la salam ngan aku. Aku memang takdak rasa apa-apa la kan coz aku memang tak salah, aku just cakap benda yang betul, depa yang tak leh nak accept tu hal depa la kan?

Tapi still ada lahabau dua tiga ekor yang masih menten ego dengan muka masam depa tak salam umi aku. Tapi aku perasan kan muka depa tiap-tiap kali terjumpa, muka depa makin hitam n memang takdak "Nur" langsung.. (na'uzubillah). KuasaNya tiada siapa yang tahu kan? Mungkin tu jugak salah satu petunjuk dari Allah S.W.T pada orang-orang yang suka sombong, bangga diri dan takbur malah suka menjatuhkan maruah orang lain. Wallahualam...

Alhamdulillah dan Syukur aku padaNya sebab tiap-tiap kali orang jumpa umi aku sure depa puji muka umi aku nampak muda. Mayb sebab umi ni jenis yang baik hati, hati sentiasa bersih, takdak nak buat musuh or even nak cari pasal, walaupun tak kaya macam depa tapi umi jenis yang suka tolong orang tapi ramai pulak yang amek kesempatan, takdak duit ja mai la cari umi. Tapi umi aku ni jenis kalau orang utang dia, dia takkan p cari mintak bayar utang tu balik, ko nak bayar bayar ko tak nak tu antara ko dengan Tuhan la..kalau umi ada kira balik riburaban gak orang dah "chong" duit umi tak masuk yang "chong" lari terus tu..

Next Entri aku nak letak gambar si anak makcik yang "chong" umi aku pastu dia satu famili lari pindah mana ntah, abes barang kemas umi aku dia sapu...


"Semoga Allah Melindungi kami sekeluarga dari hasad dengki dan dendam manusia.....Amin Ya Rabbal A'lamin"



Monday, March 19, 2012

Check it out!

Sila Baca blog ni yer frens...scary tuu!

http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/corset-premium-bloodyfool-buat-jerut.html

Thursday, March 1, 2012

Sangat busy

Salam semua

Tuan rumah sangat bizi mengalahkan menteri, bizi menguruskan macam-macam termasuk la plan untuk masa depan WAHM! Tengah giat melatih tubi buat kek nak bagi cantik so nanti boleh promo besar-besaran..Nak oder?..heheh

so once dah free, tuan rumah akan kembali dengan eksperimen keknya..


Semoga kalian semua happy selalu...
Luvs

Sunday, January 8, 2012

Amani dah sekolah!


hai aunties, hai uncles, saya dah masuk darjah 1

Segala Puji bagi Allah, dan syukur padaNya kerana masih diberi nafas untuk melihat anak-anak membesar dan ke sekolah.

Pada 30 December 2011, si kecik aku Amani dah pun masuk darjah 1, dah besar dah anak umi ni. Bagi aku budak ni macam baby lagi coz dia ni sangat manja, sangat nak menempek ngan aku ja. Tengok la muka macam baby tu. Ramai kawan-kawan kakak dia dok geram tengok dia, selalu kacau dia kat school.

Tahun ni silibus tukar ke KSSR, macam susah jugak, makin terbeban la budak-budak ni. Yang tak best nya, si adik ni tak boleh la nak guna buku kakak dia coz silibus tak sama kan?

Walau macam mana pun, aku bernekad la nak jadi "cikgu tuisyen" budak-budak ni, tiap-tiap malam, paling kurang 1 jam.


Ni la dua puteri kesayangan aku, jadi anak-anak yang baik, pandai, dengar cakap cikgu bila di sekolah tau. Ramai teacher & kawan-kawan tanya "are they both twins?", sama ka? Kat mana yang sama? Aku tengok lain ja pun..yang sama cuma sepusatsepusing binti sama ja la..


Pada anak-anak, umi selalu mendoakan yang terbaik untuk both of you.

Loves,
umi kakak & adik

Jemputree

ni la Jemputree,
(pics credit to penangtuapui.com)

Info pasal Jemputree:
This is a new al fresco restaurant opened in Penang recently, situated off Burmah Road slightly opposite 1926Heritage Hotel and slightly away from Guan Apong. This restaurant features village concept dining under attap huts (pondok atap).
There is even a top tiered attap hut which gives you an elevated view of Burmah Road.
Walking into this restaurant feels like a walk in the kampong where the roofs are covered with dry leaves and vintage toolswhich had found its use for decorative purpose.
The layout and design indeed give you a feeling of going into traditional Malay kampong except for the cement floor and traffic noise outside.
Food quality here is slightly above average, not to say the best but they do serve both oriental and western dishes.
Jemputree!
64, Jalan Chow Thye,
Off Jalan Burmah,
10050 Penang
Tel: 604-228 6607
Fax: 604-229 0607
Email: speak2us@jemputree.com

Opening hours:
Tues-Sat: 12pm -3pm, 5.30pm -2.00am
Sun: 5.00pm – 2.00am

apa yang aku suka sangat order bila ke sana?..jeng jeng..
Ubi Rebus dengan sambal bilis dan kelapa gula, superb nyummy. Sedap tau sambal bilis tu. Kat sana gak ada Cucur Bilis sedap, ni kira appetizer la ala Melayu la.

Selamat Mencuba frens!

kek kasih sayang

Salam semua!

Entry kali ni semata-mata nak share dengan u all kek-kek yang aku buat untuk famili aku, mostly untuk birthday la.

Okay kita start dengan kek untuk darling hubby aku la

ni kek father's day (ok ni memang terlambat sudah..tapi who cares kan?..ngeh)
Moist Choc Cake
(kek ni aku buat pukul 10pm, siap tengah malam before father's day tu la)


ni kek birthday Amani, kek ni bawa ke kindy dia, bagi kawan-kawan dia makan.
Butterscotch with fresh cream
(ni first time aku guna fresh cream, guna piping nozzle, sengetbenget la)

ni kek birthday Aleesa, kek ni bawa ke school dia, bagi kawan-kawan kelas dia makan
Butterscotch with fresh cream
(fresh cream ni aku cepat sangat pukul, so jadi lembik lak..haiz)

ni kek birthday Ummi, aku adik-bradik celeb kat Jemputree, aku buat kecik jer, tu pun tak abes coz semua kenyang makan benda lain...
Butterscotch with fresh cream
(topping ni aku tabur coklat cadbury..hehehe, ni pun main hantam guna stok yang ada kat rumah, coz las minit plan)
ni time celeb tu la


ni kek birthday Ainul, anak buah sulung aku (anak adik aku), pun celeb kat Jemputree
Buttercake with fondant
(ni terlebih rajin, so aku uli fondant, buat simple jer la)

i kek birthday Atif, anak buah abang aku, celeb kat rumah umi jer
Butterscotch with fresh cream
(aku buat ni time aku tengah demam, tapi dah janji kan, kena gak la buat, patut nak letak car racing, tapi tak larat nak p cari, so apa yang senang dapat je la)

Even deco kek-kek aku ni bukan hasil pro tapi aku puas hati bila dapat buat untuk dorang. Kepuasan yang tak ternilai bila tengok muka-muka happy dorang bila dapat kek hasil tangan aku ni. Specially anak-anak aku, dorang dengan bangga bagi tau kawan-kawan "kek ni umi kami buat tau". Priceless! Thank You my dear families!

You all sure tertanya, mana Jemputree ni kan? So, info pasal Jemputree, dalam next entry okay?