Click click My NuffnangX

Wednesday, November 23, 2011

WalimatulUrus

Salam all,

Jangan terkejut dengan tajuk hangat tu yer. bagu suspen ja pun. Sabtu ni adik bongsu kami nk kawen, nikahnya hari Jumaat ni 25 November. Ni kira kenduri last la dalam famili aku, nak kenduri lagi kena tunggu turn anak-anak aku la kot, kalau si kakak aku bujet lagi 16-17 tahun kot, harap si adik tak langkah bendul la..aippp adik!...(over ai tau).

So sebagai kakak aku harap majlis kali ni lebih sempurna la kan, ya la time aku tu ala ala ja dapat buat, maklum la 11 tahun dolu kan? Aku harap sangat if ramai famili dapat attend wedding ni, kenduri orang-orang biasa macam kami ni kadang-kadang bukan semua yang nk attend, agak cliche kan? Tapi memamg tipikal orang kita kot? Tapi setakat yang akau tau, Alhamdulillah ramai gak famili yang plan nak attend. Dari KL, Johor, Singapore semua berbesar hati nak datang so harap kehadiran dorang bertambah Barakah la majlis ni...Amin

Satu yang aku agak ralat is, aku tak leh nak amek cuti awai la, hari nikah tu ja baru aku stat cuti (ngada2 lak aku kan?). Isk2. Aku actually kena buak kek kek dan kek utk berkat nak bagi kat famili ada la dlm 300pcs kek slice, kek hantaran sebijik dan kek kawen @ wedding cake gak. Tapi bila dikira-kira time yang aku ada macam tak sempat lak, tak buat tak boleh la coz tu adik aku sendiri, bongsu@merangkap kenduri lat lak tu. Dalam masa yang sama kalau tak buat maka habis la peluang aku nak promo kek-kek aku tu, ni la time untuk aku promote kan? Alah, dalam seribu yang datang tu takkan takdak yang tanya pasal kek tu kan? Tak banyak sikit sure ada gak tu, so if aku tak buat, maka punah la harapan aku nak buat promosi "Mari Beli Kek SAYA"!!..heheh

Tapi kan tadi ada sedara dari Johor yang dah oder Butterscoth kat aku, dia nak makan hari dia sampai tu..Syukur, kira rezeki gak tu.

Start malam ni aku akan very the busy, target malam ni nak buat 4 bijik kek. By esok lagi 4 bijik, cukup kot untuk 300 slice tu (harap-harap la). Aku ni kan amatur so tak reti la nak agak, isk, jangan tak cukup sudah nayo den, mana nak buat kek hantaran untuk Jumaat tu lagi, kek pengantin lagi..haiz.
Confident level kena tinggi jangan hangin level pun tinggi sudah, aku ni bukan leh percaya sangat, tensi ja dengan kanak-kanak ribena tu pun leh kena tempias..kejam ai..muaahahahaha

Okay okay aku ni bukan leh stat sat g mula la nak meraban.

so conclusion nya....tarik napas panjang-panjang, reheat oven and start baking diam-diam!

p/s: wedding cake tu kalau cantikmolek aku post la kat sini kay?