Click click My NuffnangX

Wednesday, November 30, 2011

Thank You

Hello semua!

A very short entry

Would like to THANK YOU to whom had viewed my blog, my pure blog. Deep in my heart, I really appreciate it. Was hoping one fine day I have more time to regularly update this blog...one fine day....sigh


Till then....


THANKS AGAIN and AGAIN! Muahhh!

p/s; kinda busy with job's deadline, work stacks on the desk tho....

Wednesday, November 23, 2011

WalimatulUrus

Salam all,

Jangan terkejut dengan tajuk hangat tu yer. bagu suspen ja pun. Sabtu ni adik bongsu kami nk kawen, nikahnya hari Jumaat ni 25 November. Ni kira kenduri last la dalam famili aku, nak kenduri lagi kena tunggu turn anak-anak aku la kot, kalau si kakak aku bujet lagi 16-17 tahun kot, harap si adik tak langkah bendul la..aippp adik!...(over ai tau).

So sebagai kakak aku harap majlis kali ni lebih sempurna la kan, ya la time aku tu ala ala ja dapat buat, maklum la 11 tahun dolu kan? Aku harap sangat if ramai famili dapat attend wedding ni, kenduri orang-orang biasa macam kami ni kadang-kadang bukan semua yang nk attend, agak cliche kan? Tapi memamg tipikal orang kita kot? Tapi setakat yang akau tau, Alhamdulillah ramai gak famili yang plan nak attend. Dari KL, Johor, Singapore semua berbesar hati nak datang so harap kehadiran dorang bertambah Barakah la majlis ni...Amin

Satu yang aku agak ralat is, aku tak leh nak amek cuti awai la, hari nikah tu ja baru aku stat cuti (ngada2 lak aku kan?). Isk2. Aku actually kena buak kek kek dan kek utk berkat nak bagi kat famili ada la dlm 300pcs kek slice, kek hantaran sebijik dan kek kawen @ wedding cake gak. Tapi bila dikira-kira time yang aku ada macam tak sempat lak, tak buat tak boleh la coz tu adik aku sendiri, bongsu@merangkap kenduri lat lak tu. Dalam masa yang sama kalau tak buat maka habis la peluang aku nak promo kek-kek aku tu, ni la time untuk aku promote kan? Alah, dalam seribu yang datang tu takkan takdak yang tanya pasal kek tu kan? Tak banyak sikit sure ada gak tu, so if aku tak buat, maka punah la harapan aku nak buat promosi "Mari Beli Kek SAYA"!!..heheh

Tapi kan tadi ada sedara dari Johor yang dah oder Butterscoth kat aku, dia nak makan hari dia sampai tu..Syukur, kira rezeki gak tu.

Start malam ni aku akan very the busy, target malam ni nak buat 4 bijik kek. By esok lagi 4 bijik, cukup kot untuk 300 slice tu (harap-harap la). Aku ni kan amatur so tak reti la nak agak, isk, jangan tak cukup sudah nayo den, mana nak buat kek hantaran untuk Jumaat tu lagi, kek pengantin lagi..haiz.
Confident level kena tinggi jangan hangin level pun tinggi sudah, aku ni bukan leh percaya sangat, tensi ja dengan kanak-kanak ribena tu pun leh kena tempias..kejam ai..muaahahahaha

Okay okay aku ni bukan leh stat sat g mula la nak meraban.

so conclusion nya....tarik napas panjang-panjang, reheat oven and start baking diam-diam!

p/s: wedding cake tu kalau cantikmolek aku post la kat sini kay?

Wednesday, November 9, 2011

Apa-apa ajer

Salam semua

Dalam banyak blog yang aku dok blogwalking, aku rasa blog aku ni la paling tak ramai follower (sobsobsob..kesat ayaq mata). Tapi aku tak kisah la, lagipun tujuan wujudnya belog ni pun sebab nak luah perasaan ja pun. At least nanti dah tua leh la aku baca-baca balik, kot ada yang dah lupa dengan ada belog boleh la flashback kisah-kisah dulu kala kan kan?

Bukan aku tak mau upgrade sreen belog ni tapi aku tak ada masa lagi nih. Plan nk create sendiri la, tu yang tak buat-buat lagi. Burukkan belog aku? Ish2...Nanti bila aku dah free aku nak buat gempak punya design, tapi tunggu la dulu ye kawan-kawan.

Aku ni segan nak p promo belog aku kat orang, nanti orang cakap "belog sedu-sedan lagi ada hati nak bagi orang baca"..cis...

Tapi bila tangok belog orang ngan macam mana blogger-blogger hebat leh hidup senang dengan blogging ni, aku teringin la gak, tapi bila pikir belog aku ni apa sangat la, gambar beli tu beli ni pun takdak, brand tu brand ni pun takdak, rumah pun bukan bangalow nak tunjuk kat org macam mana?...tapi rata-rata aku tengok ramai fulltime housewife yang blogging, tapi depa hidup senang laki tanggung, gadget canggih-manggih tak macam aku boleh la kot...


Tapi takpa la, tidak ku sesali hidup ni ...cewah..

so all, nanti aku kaya dapat beli brand tu ni, aku akan makin rajin la kot?


For now, Hidup Mesti Ceria, Masalah Letak Tepi!

Friday, November 4, 2011

4/11/11=11


Salam



Wah tajuk entri macam add maths little einstein lak..

Ok, korang sure pening kan, formula apa lak ni, tiba-tiba aku jadi cikgu maths lak padahal maths karaoke (suruh study tak mau).

Cuba tengok betul-betul, tu kan date arini. Hari ni adalah Wedding Anniversary aku dengan En Darling aku la. Dah 11 tahun kami kawen, Alhamdulillah. Rasa macam baru saja balik dari honeymoon tup-tup dah 11 tahun, ini tidak bermakna kami tua okay? Usia perkahwinan ni memang mematangkan kita kan? Makin lama kawen makin kita saling memahami pasangan masing-masing. Makin banyak jugak onak ranjau yang telah atau akan kita hadapi kan? Tapi yakin la, setiap masalah ada penyelesaiannya.

Alhamdulillah jugak kerana aku ni dikurniakan suami yang begitu penyabar melayan kerenah ntah apa-apa aku ni. Dia jugak sangat ringan tulang, rumah aku tu, hari-hari dia vakum (ko ada?..hehe), bab kerja rumah tu jangan risau nak sakit pinggang buat sorang-sorang coz darling aku tu sangat la rajin, rajin yang kadang-kadang lebih dari aku woorrr...syukur aku.

Jangan lak ada yang cakap "eleh, macam laki dia je yang rajin"), tapi dah tu laki aku, aku puji la, takkan aku nak puji laki orang lak, bukan aku kenai pun..isk.

Actually nama ja enibesari, tapi kitaorang memang takdak plan nak celeb kat mana-mana pun. Kami bukan kaya-raya tiap-tiap occasion nak celeb, cukup sekadar ingat, tu pun dah cukup bagus kan?

Lagipun aku ni ha, ada orang oder kek yang nak amek esok pepagi subuh sapie lagi. Tapi malam ni anak-anak aku kena pos ke rumah umi aku la..ehem..ehem...bagi chance umiabah ok anak-anakku....

Aku tak leh la taip pepanjang, ada keja nak buat ni. Nanti ada yang bambu lak...

Dan Sempena hari Korban ni, Selamat Menjalani Ibadah Korban to all, semoga setiap pengorbanan kita diberkati Allah SWT...Amin

Thursday, November 3, 2011

Cobaan.........

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan padaNya yang Maha Agung & Maha Adil kerana menjadikan aku dan keluarga lebih sabar dan tabah untuk menerima segala ujian dariNya.
Setiap ada yang telah Dia tetapkan pasti ada sebab dan musabab. Lambat atau cepat, hikmah disebalik semua ujian atau dugaan ini pasti ada. Bersabar la umi.

Korang tau kan, arwah ba dah meninggal bulan februari baru ni. Tapi dah tertulis olehNya jodoh umi akan datang jugak. Qada dan Qadar pastinya kan? Makanya, umi bertemu jodohnya sekali lagi bulan lepas. Jodoh yang umi rasa amat sesuai dengannya, so kami sebagai anak-anak terima seadanya jodoh umi itu. Sekurang-kurangnya umi ada teman, ya la kan, kami semua kerja, balik pun dah malam, at least sakit demam umi ada gak teman yang boleh tolong jaga kan? Bukan material yang umi pentingkan tapi sekadar teman yang umi perlukan.

Sebenarnya, perkahwinan ni terpaksa umi rahsiakan dari pengetahuan sedara-mara sebab umi tau, ada yang takkan senang dengan tindakan umi, bagi umi, dari menjadi bahan buah mulut orang lebih baik diam, lagipun bagi umi selama arwah walid tak dak bukan ada siapa-siapa pun sedara yang datang atau kol tanya khabar umi, apa yang depa tau just mengata memfitnah umi. Bagi aku, depa-depa ni memang tak layak untuk tau segalanya kalau setakat nak dijadikan bahan umpat keji depa.

Makanya dirahsiakan la benda ni. Tup-tup takdak hujan, tak dak ribut, angin-angin hasad dengki bertiup ke KL. Orang KL dah tau yang umi kawen lain. Oh My! Sapa lak yang kepo ni? As expected, cousin loyerburuk aku yang empunya angkara, mengunakan kuasa dia sebagai pegua, syariah telah CSI kat Pejabat Agama check betul ka umi aku kawen, makanya tersebar la berita yang depa dok tunggu-tunggu tu ke KL. Korang nak tau, dia la anasir-anasir merangkap kuman yang harus dinyahkan dari dunia ni. Aku tau sebab apa dia lorat sangat hal umi aku padahal selama hari ni dia salam pun tak dengan umi aku yang jugak makcik dia.

26 November ni adik bongsu aku kawen, so ini loyerburuk yang sedari dulu dengki dengan famili aku ni takut kalau sedara-mara yang tak termakan hasutan dia attend wedding ni, so dia perlu la cari berita sensasi bagi orang benci kat kami ni. Deni memang dah sah-sah jadi pewaris arwah umi dia yang walaupun lumpuh sampai akhir hayat dia tapi tetap boleh menyampai fitnah pasal kami, telefon sentiasa tepi dia. Kejap-kejap ada saja berita orang tu orang ni datang tanya..

Kesian kan orang macam tu? Nak bagi orang suka kat dia sanggup buat fitnah kat orang lain..Wallahualam.
Pastu lak guna duit haram hasil menloyer dia beli sepupu tua dia, si kena beli ni, ko cakap la macam mana pun, dia tetap membela loyerburuk tu. Kesian pulak aku tengok dia, dah la umur dah veteran, tapi kn beli dengan sepupu yang setahun jagung tu..ish.

Tapi lepas semalam ada yang kol umi tanya "betul ke nda ton kawen lain?", umi yang tak pernah nak marah-marah terus minta kat Allah diberi petunjuk pada si penyampai ni, doa orang yang teraniaya kan selalu dimakbulkan. Mudah-mudahan sepupu aku ut insaf la coz dia sendiri ada anakbini, pusing-pusing nanti kena gak batang idung sendiri.

Kesimpulannya, lantak la apa orang nak cakap pasal kita coz yang pasti kita tau apa yang kita buat tak salah disisi agama.


Semoga orang tu mendapat hidayah dari apa yang dia dah buat pada kami...Amin