Click click My NuffnangX

Saturday, December 24, 2011

Katakan TAK NAK!

*sticky post* till 24 Dec, scroll down for new entry


"Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!"
(sumber fakta dari infosihat Bahagian Pendidikan Kesihatan)

Selepas membaca fakta tersebut anda boleh bayangkan betapa bahayanya tabiat merokok. Bukan satu atau dua nyawa yang melayang malah 100 juta nyawa, saya ulang 100 JUTA! Ngeri kan?

Sempena kempen "TAK NAK" merokok oleh Kementerian Kesihatan dengan menggunakan Nuffnang sebagai platform menyalurkan kesedaran tersebut untuk kita sebagai Blogger dan juga sebagai pembaca blog,dan sudah tentu menawarkan ganjaran duit free untuk kita para Blogger. Siapa tak nak duit free kan?

Kenapa saya mewakilkan seorang kanak-kanak dalam foto saya? Bagi saya kesan merokok ini bukan saja meragut nyawa manusia malah ia juga mampu meragut keceriaan kanak-kanak atau secara telus masa depan generasi kita, anak-anak kita. Sebagai ibu sudah tentu saya tidak akan membiarkan perkara ini berlaku hanya kerana sikap tidak prihatin individu yang bergelar Perokok! Merokok ini bukan hanya merosakkan diri sendiri malah udara segar yang kita sedut hari ini juga semakin tercemar dengan asap-asap rokok. Kesian kan bila anak-anak kita terpaksa menyedut udara yang tercemar malah juga terpaksa menyedut asap rokok hasil dari kealpaan perokok.

Bak kata bahasa pasar "orang yang hisap rokok tak mati, orang yang sedut asap yang mati dulu". Sampai bila kita harus membiarkan perkara ini berlaku kan?
Dah macam-macam kempen kerajaan dah buat untuk meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya merokok, harga rokok pun dah naik tapi perokok-peroko tegar ni macam endah tak endah dengan bahaya merokok ni, nak tunggu sakit baru nak berhenti? Masa tu memang dah terlambat kan?

Pada Blogger atau pembaca blog yang ada saudara-mara, malah suami sendiri tu, minta la dorang berhenti merokok. Buruk rupa orang yang merokok tu, tambah lagi bila perempuan yang merokok. Anda bukan nampak hebat bila merokok tapi anda sebenarnya memanggil penyakit datang pada anda!


Sekali lagi mari kita ajar anak-anak kita kata "TAK NAK" pada perokok!

Hidup hebat tanpa rokok, hidup sihat tanpa perokok!