Click click My NuffnangX

Thursday, November 3, 2011

Cobaan.........

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan padaNya yang Maha Agung & Maha Adil kerana menjadikan aku dan keluarga lebih sabar dan tabah untuk menerima segala ujian dariNya.
Setiap ada yang telah Dia tetapkan pasti ada sebab dan musabab. Lambat atau cepat, hikmah disebalik semua ujian atau dugaan ini pasti ada. Bersabar la umi.

Korang tau kan, arwah ba dah meninggal bulan februari baru ni. Tapi dah tertulis olehNya jodoh umi akan datang jugak. Qada dan Qadar pastinya kan? Makanya, umi bertemu jodohnya sekali lagi bulan lepas. Jodoh yang umi rasa amat sesuai dengannya, so kami sebagai anak-anak terima seadanya jodoh umi itu. Sekurang-kurangnya umi ada teman, ya la kan, kami semua kerja, balik pun dah malam, at least sakit demam umi ada gak teman yang boleh tolong jaga kan? Bukan material yang umi pentingkan tapi sekadar teman yang umi perlukan.

Sebenarnya, perkahwinan ni terpaksa umi rahsiakan dari pengetahuan sedara-mara sebab umi tau, ada yang takkan senang dengan tindakan umi, bagi umi, dari menjadi bahan buah mulut orang lebih baik diam, lagipun bagi umi selama arwah walid tak dak bukan ada siapa-siapa pun sedara yang datang atau kol tanya khabar umi, apa yang depa tau just mengata memfitnah umi. Bagi aku, depa-depa ni memang tak layak untuk tau segalanya kalau setakat nak dijadikan bahan umpat keji depa.

Makanya dirahsiakan la benda ni. Tup-tup takdak hujan, tak dak ribut, angin-angin hasad dengki bertiup ke KL. Orang KL dah tau yang umi kawen lain. Oh My! Sapa lak yang kepo ni? As expected, cousin loyerburuk aku yang empunya angkara, mengunakan kuasa dia sebagai pegua, syariah telah CSI kat Pejabat Agama check betul ka umi aku kawen, makanya tersebar la berita yang depa dok tunggu-tunggu tu ke KL. Korang nak tau, dia la anasir-anasir merangkap kuman yang harus dinyahkan dari dunia ni. Aku tau sebab apa dia lorat sangat hal umi aku padahal selama hari ni dia salam pun tak dengan umi aku yang jugak makcik dia.

26 November ni adik bongsu aku kawen, so ini loyerburuk yang sedari dulu dengki dengan famili aku ni takut kalau sedara-mara yang tak termakan hasutan dia attend wedding ni, so dia perlu la cari berita sensasi bagi orang benci kat kami ni. Deni memang dah sah-sah jadi pewaris arwah umi dia yang walaupun lumpuh sampai akhir hayat dia tapi tetap boleh menyampai fitnah pasal kami, telefon sentiasa tepi dia. Kejap-kejap ada saja berita orang tu orang ni datang tanya..

Kesian kan orang macam tu? Nak bagi orang suka kat dia sanggup buat fitnah kat orang lain..Wallahualam.
Pastu lak guna duit haram hasil menloyer dia beli sepupu tua dia, si kena beli ni, ko cakap la macam mana pun, dia tetap membela loyerburuk tu. Kesian pulak aku tengok dia, dah la umur dah veteran, tapi kn beli dengan sepupu yang setahun jagung tu..ish.

Tapi lepas semalam ada yang kol umi tanya "betul ke nda ton kawen lain?", umi yang tak pernah nak marah-marah terus minta kat Allah diberi petunjuk pada si penyampai ni, doa orang yang teraniaya kan selalu dimakbulkan. Mudah-mudahan sepupu aku ut insaf la coz dia sendiri ada anakbini, pusing-pusing nanti kena gak batang idung sendiri.

Kesimpulannya, lantak la apa orang nak cakap pasal kita coz yang pasti kita tau apa yang kita buat tak salah disisi agama.


Semoga orang tu mendapat hidayah dari apa yang dia dah buat pada kami...Amin

No comments:

Post a Comment