Click click My NuffnangX

Friday, June 4, 2010

Alkisah seorang kawan

Sms yg aku dapat dari sorang kawan ni yang bernama S, time ni aku kt opis lg. S ni bukan BFF aku, we just kawan. FYI, opis aku tak bagi mana2 staf guna handphone, so aku just silent kan hp tp still curi-curi baca n reply gak la..aku kn reply as short as possible la.

Date: 1 Jun 2010
Time: 5.34pm

SMS1
S: Sabtu ni hg krja ke x. Aku nk p umah hg.
aku: sabtu ni aku ada seminar la

SMS2
S: seminar ape? Elken ka? Xpe la aku nk jmpa hg ada hal. Jumpa br senang cakp. Ahad pula ada umah ka? Klu hg sibk lain kali la.
aku: aku bz weken lani, byk benda nk buat

SMS3
S: Ok la x pe la. Org lain pun busy jg. Kwn nk mai umah x kan x bg kot eh..bkn nk p mkn.
Aku: blurr???

apa korang rasakan bila kawan ko mulut xdak insurans cam ni? Dia patutnya respect la time or myb privacy orang. Tak semua leh nak fix time coz kita pun tak tau kan tiba-tiba ada hal lain, kang dah janji tapi time orang nk sampai kita keluar lagi la orang hangin kan? For me, Sunday memang hari untuk aku & famili, time aku bawa anak2 p jalan2. Dah nama aku 5 days working for sure masa aku memang limited la, so if ada time on weekend mmg aku spend dengan famili je. Yup, aku memang xdak pun so called BFF. Pasal pa? Coz most of them suka ambek kesempatan atas kebaikan aku specially bab dorang nk pinjam meminjam ni, aku la tempat dorang. SO now aku lebih aware la bab ni. Dah kena banyak kali kan..

Wat make me lagi hangin is, all tis while aku mana ada hal serius ke pe dengan dia, jumpa pun setahun 2-3 je. Tapi aku suspect minah ni nak pinjam duit la kot. Bila aku kata bizi tu yang dia hangin kot. Salah aku ke? Itu hal dia wat. Dia pun bukan tak dak adik bradik, belambak dah tentu.

Aku ni bukan la kisah sangat if ada yang nak datang rumah aku, tapi ko set la time bila tuan rumah tu betul2 free, bukan ikut time ko je. Minah ni dah tentu tak keja pun, dok rumah jaga anak laki je and for sure dia ada banyak masa for those housechores compare to aku yang just do those during weekend je. Paham2 la kan. Masa masing2 tak sama. Korang tau tak, housechores aku ni stat dari Jumaat malam. (aku sampai rumah pun dah magrib kan) Stat dengan cuci 2 bilik air, sambil basuh baju. Dah setel tu semua, dalam midnite aku stat lak keja melipat baju yang dibasuh dalam minggu tu, agak2 la kan baju untuk 4 orang. Biasa aku memang tido lambat la dalam kul 2-3am la.
Sabtu lak, after prepare breakfast, makan mandi semua tu aku, lepak tengok tv sat pas tu aku stat prepare lunch (if tak makan kt luar la), siap aku kn stat ironing lak, aku kn iron baju 4 orang untuk 1 wk, so uols bayang la kan berapa banyak aku kn iron.

Tat is why, Sunday are my REST & RELAX day dengan famili!

Wednesday, June 2, 2010

what if.....macam mana kalau...

Salam my dear!

Semalam, perasaan aku tiba-tiba jadi kacau. Aku terpikir something yang aku rasa "adakah orang lain pun terpikir pasal ni?".
Aku terpikir....macam mana kalau aku yang "pergi" dulu. Macam mana anak-anak aku, suami aku nak teruskan idup dorang tanpa aku? Padahal aku selalu berdoa agar aku diberi kesempatan untuk melihat anak-anak aku membesar dan berjaya di depan mata kami. AKu ingin menikmati semua itu, Aku jadi gelisah dek perasaan itu. Setiap kali selepas anak-anak tido, aku pandang mereka dengan harapan dan doa yang tak putus2 agar aku diberi peluang dan masa yg lama untuk bersama mereka.
Aku punya impian untuk membesarkan mereka sebaik mungkin hasil penat lelah ku sendiri. AKu tak mahu mereka membesar bersama orang lain walau ibu mertuaku..

Tapi macam mana kalau aku tiada lagi...adakah suami aku mampu memikul tanggungjawap menjaga anak-anakku? Menyediakan mereka ke sekolah, tolong mereka buat kerja sekolah, masak dan membasuh?
Bagaimana dengannya, siapa yang nak sediakan baju dan seluar ke pejabat, buatkan kopi dan sarapan untuknya, membelainya semasa tido, mengulit mimpi bersama, berkongsi suka duka?

Macam mana dengan anak-anakku, macam mana mereka nak tido tanpa aku bersama, membelai mereka waktu mereka diulit mimpi indah, mengejutkan aku bila mereka nak ke tandas, menyapu vicks bila mereka kesejukkan?

Adakah ini hanya perasaan aku semata-mata atau aku benar-benar takut?

Ya Allah, padaMu aku memohon, "Berilah hambaMu ini peluang dan kesempatan untuk bersama dengan insan-insan yang amat ku sayangi dan melihat anak-anak membesar dan berjaya bersama kami"..Amin

Ah! Perasaan itu, nyahlah engkau dari sini, biarkan aku mengecapi kebahagiaan ini. Jangan kau ganggu hati aku lagi!

Tuesday, June 1, 2010

mood nan ado

Salam,

Aku kurang mood nk upadate ini belog buat masa ni la. Tunggu sehari dua lg kot. Kepala tengah serabut, letih bosan skit plus PMS yang bakal tiba....><'. And need to get new lappy too, myb tu leh motivate kot..heheh

chow cincau la...moody moody