Click click My NuffnangX

Monday, April 30, 2012

Salam

Tuan Blog tengah bizi bees, dengan biznya. Bisnes keknya, Alhamdulillah, rezeki datang tak putus-putus. Dan memandangkan dia masih amatur dalam baking mem"baking" ni so dia agak kelam-kabut nak bahagi masa antara, karier kat ofis, kat rumah dan bisnesnya. Dia memang tengah dok belajaq "Time Management"

So pada yang sudi jenguk-jenguk di blog ni Tuan Blog nak ucap Terima Kasih la sebab sudi singgah ke blog yg tak vouge lagi simple ni..Domo Arigato!

Tuesday, April 3, 2012

Conman aka Penipu aka kaki kelentong


Ni nama si Umaisyah@Shasha dengan husband dia (tak dikenali)
Umur dalam lingkungan 20an-awal 30an
pernah ditangkap dengan pengacara TV3, Mazidul Akmal Sidek kes dalam kelab malam tu...orang cakap minah ni GRO.

Nama mak dia : panggilan Makcik Ros
Umur: ujung 50an
makcik ni pengidap breast cancer, dh buang pun sebelah (kiri kalau tak silap) ntah dah arwah ka tak tau la..

bapak: Abdul Rahim tapi tipu kat orang cakap "Syed Abdul Rahim"
Umur: ujung 50an
katanya asal Kluang

Anak bongsu: Umairah@baby
umur skrg dlm 17yr

Kisah ni jadi tahun 2005-2006, dorang satu famili pindah Penang, dekat rumah umi aku, umi kan peramah, sembang punya sembang jadi rapat, time ni aku baru bersalin amani bulan September 2005. Pastu "Makcik Ros" ni volunteer nak jadi babysitter amani lepas pantang, aku mula tu macam serba salah tapi umi ya ya suruh, so aku pun ok la.

First few months tu ok ja la rutin dia jaga amani, tapi dalam bulan 5-6 2006, time ni aku dah nak pindah rumah baru, so macam-macam kena bayar la kan. Satu hari tu dia datang rumah ngan laki dia, siap story cam ni:

"(sambil tunjuk dokumen apa ntah) pakcik rahim ni dah kena blacklist ngan bank pasal adik dia hutang pas tu pakcik rahim ni jadi penjamin, so lani duit bulan-bulan kena bayar kat bank. Tapi lani acik tengah nak urus penjualan tanah pakcik rahim ni, so kena la bayar duit loyer semua tu, tapi duit tak cukup. Jadi nak la pinjam kat zainah n zairi (aku n hubby la tu) dalam 2k"

Aku; "Apa 2k? tak boleh la "Makcik Ros", kami pun nak pindah nak guna duit jugak"
En Somi: (muka dah macam kesian kat depa)
Aku; "Makcik Ros" balik la dulu nanti saya diskus ngan zairi macam mana
"Makcik Ros": ok la tapi harap sangat la


Lepas dorang balik aku tarbiah la En Somi aku tu..bla bla bla bla dia tahan telinga..
pastu kata sepakat takkan bagi "Makcik Ros" pinjam.

Esok tu aku p rumah umi n sory la pasal semalam tu. Tup-tup umi pun ada story pasal
"Makcik Ros" ni..jeng jeng. Rupanya before dorang kacau aku dorang dah cari umi aku dari mula-mula kenal tu. Stat dengan pinjam sikit, lama-lama jadi bukit.

Bulan-bulan last dorang nak cabut tu rupanya
"Makcik Ros" dah p "kebas barang kemas" umi aku tu, katanya "nak pajak dalam 1500 ja".
Kata umi time
"Makcik Ros" mai minta tu umi macam terpukau, terus bukak bagi kat dia.

Dalam Ogos 2006, aku dah pindah rumah baru n amani pun aku dah antar nuseri jaga pasal
"Makcik Ros" amat mencurigakan. Tapi sambil-sambil tu aku tanya gak la kat umi pasal "Makcik Ros". Kata umi dorang dah pindah lari malam-malam buta, jiran dia nampak. Tapi barang rumah tak angkut.
Lepas soal siasat kat jiran-jiran dia rupanya depa pun kena "chong", sorang tu kena kebas barang kemas 13k. Dan yang terkejutnya aku bila Arwah Jidah aku yang kat SP pun dia p cari nak pinjam duit n siap bawak amani lagi time tu...uuuwaaaa..ngeri. Nasib Allah Pelihara anak aku tu, kalau tak mana ntah dia bawak lari.

Siasat punya siasat rupanya ramai yang dh kena "chong dengan famili
"Makcik Ros".
Umi pun apalagi, p la Bank Rakyat nak check kot-kot ada barang umi tu. Memang sahih ada tapi tau dak, bukan rm1500 yg dia pajak tapi 3k. Terkejut umi.

Dalam bulan September 2006 malam, tup-tup
"Makcik Ros" muncul kat rumah baru aku. Katanya "acik ros dah nak balik Kluang, so datang nak tengok amani jap" (sambil minta nak dukung amani), nasib time tu aku dok dukung amani so aku tak bagi la kat dia, kalau En Somi aku rasa sure dia bagi "Makcik Ros" dukung. Sekali lagi Allah selamatkan Amani. Bayangkan kalau aku bagi dia dukung pastu dia bawak lari n pukau aku ngan En Somi, macam mana?


Tu la last aku jumpa
"Makcik Ros". Jiran yg ken tipu 13k tu ada buat report polis tapi benda takdak black n white so kes tak jalan pun. Jiran tu siap p check no ic "Makcik Ros" n detect dia kat mana, dok Kl lak time tu. Dia p cari sampai KL, tuan rumah tu cakap "Makcik Ros" dah pindah malam2 tak bawak satu barang pun dan hutang sewa pun berbulan tak bayar.


So now
"Makcik Ros" ngan famili dia lari ntah ke mana ntah hidup ntah mati...Wallahualam.
Ntah kat mana lagi dorang dok "chong".

Modus operandi dorang: tunjuk dokumen, nak jual rumah tapi takda duit nak bayar legal fees, kena blacklist pasal hutang bank...

So pada yang tahu or pernah ternampak anak dia tolong emel saya : chek_pah@yahoo.com

TQ

Mukabuku@facebook DAN bila free

Salam Alls,

Ini bukan entri tajuk lagu Najwa Latif tu, ini kisah hari-hari senang login FB hari-hari goyang kaki makangajibuta kat ofis aku ni ha. Lani ai free maa, hari-hari ai baca mukabuku tapi ai sangat malas nak update ini belog, bukan la malas sangat tapi lebih pada takdak bahan yang kebaboom selain eksperimen kek ku itu.

Tapi nak tunjuk jugak la projek terbaru aku dan adik aku, baru stat ja projek cuppies dalam bekas hantaran ni.

1st projek kami
untuk Kek/cuppies dalam hantaran, customer boleh request la nak kaler apa pun
(Vanilla muffin with fondant deco, theme colour: Purple)

(Red velvet, 1st attempt yang menjadi sangat sedap)

(Pandan Chiffon, 1st attempt gak ni, hasil rupa tak lawa tapi rasa shedaaap)

Jangan ditanya pasal resepi sebab aku pun kena tengok resepi yang aku dah google tu pastu print. Dalam kepala otak ni macam tak save lak resepi semua tu. Maklum la masih amatur, sikit2 kena bukak buku..ngeh!

Berbalik pada tajuk asal MukaBuku, benda alah ni ada pro & cons dia gak. Pronya sebab ko boleh cari kengkawan lama, sukusakat yang dah lama ilang lari ka. Consnya, bila ko post kat wall ko ada lak yang sentap, dah ko sibuk-sibuk baca pastu ko nak sentap pulak, pastu ko block si tuan punya wall tu. Aku ni dah berkoyan yang block aku, tapi "ado aku kesah?". Ko kepo baca apahal? macam la aku ada mention nama ko yang ko nak sentap kan?

U all tau tak, sepupu aku sendiri pun block aku pasal deni ada la jual corset PB kebaboom konon, so aku ada la share pasal satu blog yang kondem corset tu, tujuan aku nak share bagi orang tau je pun, takdak lak aku sebut nama dia, dua tiga hari pastu aku heran la apsal aku tak nampak post dia, mana tau, ana sudah kena block la sama itu si polan. Nama ja lecturer, ajar students biz management, ayat kat wall hari-hari motivasi diri tup-tup dia yang very narrow minded, dah sah-sah dia makan cili kan?

Tapi takpa la, tu hal dia dengan Allah, kalau betul cara dia dapat duit tu tak betul, satu hari Allah akan tunjuk jugak la...let it be let it be...


Last Sunday, aku kematian seorang makcik, kakak arwah walid aku, tu la kan Kuasa Allah, aku bertemu gak la dengan orang2 yang dah block & boikot aku tu. As aku rasa aku tak buat salah kat depa so aku still sua (orang Utara cakapa "sua" untuk "hulur") tangan n salam depa la. Dari raut muka depa memang nampak termalu-malu gak la salam ngan aku. Aku memang takdak rasa apa-apa la kan coz aku memang tak salah, aku just cakap benda yang betul, depa yang tak leh nak accept tu hal depa la kan?

Tapi still ada lahabau dua tiga ekor yang masih menten ego dengan muka masam depa tak salam umi aku. Tapi aku perasan kan muka depa tiap-tiap kali terjumpa, muka depa makin hitam n memang takdak "Nur" langsung.. (na'uzubillah). KuasaNya tiada siapa yang tahu kan? Mungkin tu jugak salah satu petunjuk dari Allah S.W.T pada orang-orang yang suka sombong, bangga diri dan takbur malah suka menjatuhkan maruah orang lain. Wallahualam...

Alhamdulillah dan Syukur aku padaNya sebab tiap-tiap kali orang jumpa umi aku sure depa puji muka umi aku nampak muda. Mayb sebab umi ni jenis yang baik hati, hati sentiasa bersih, takdak nak buat musuh or even nak cari pasal, walaupun tak kaya macam depa tapi umi jenis yang suka tolong orang tapi ramai pulak yang amek kesempatan, takdak duit ja mai la cari umi. Tapi umi aku ni jenis kalau orang utang dia, dia takkan p cari mintak bayar utang tu balik, ko nak bayar bayar ko tak nak tu antara ko dengan Tuhan la..kalau umi ada kira balik riburaban gak orang dah "chong" duit umi tak masuk yang "chong" lari terus tu..

Next Entri aku nak letak gambar si anak makcik yang "chong" umi aku pastu dia satu famili lari pindah mana ntah, abes barang kemas umi aku dia sapu...


"Semoga Allah Melindungi kami sekeluarga dari hasad dengki dan dendam manusia.....Amin Ya Rabbal A'lamin"