Click click My NuffnangX

Thursday, December 23, 2010

menjenguk

Salam semua,

I'm back nk menyapu sawang di belog ni...sori la, busy sangat-sangat sampai tak sempat nak blogkeeping...harap ada masa lagi..

just nak wish semua, Selamat Tahun Baru 2011, Semoga Impian Anda Semua DiRahmatiNya...amin

Thursday, August 19, 2010

interrupted....

keadaan agak terganggu lani...due to lack of sleep n rest. Masa puasa ni aku just dpt tido xsampai 5jam sehari, Tido midnite, Sahur 4.30am, pas subuh tido jap dlm 30min pas tu dh kena siap to work. Letihnya tuhan saja yg tau....so idea pun yilekkk! Nk tukar backround blog ni pun aku malaih! aisey me!

hope nx week leh recover la...

chowchinchow!

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Doa Malaikat Jibrail menjelang Ramadhan; "Ya Allah Tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal berikut;
1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang sekelilingya

Maka Rasulullah pun mengatakan "Amin" sebanyak tiga kali. Dapatkah kita bayangkan yang berdo'a adalah Maliakat dan yang meng-aminkan adalah Rasulullah S.A.W dan para Sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada melakukan kesalahan yang disengajakan atau tidak sengaja pada kalian semua.

Monday, July 12, 2010

kembalinya Aku...entry cacamarba

Salam

Aisey! Belog ni dh bersarang lak...sapa la tuan tanah ni? Bizi mengalahkan VVIP..
Macam ni kisahnya.....aku baru pas abes projek big job kt opis. Projek ni ada deadline tu yang kena betul2 commit, klu tak nahas kitaorang. Bekerja dangan orang Nihongo ni bukan senang, depa workaholic, punctual & "jual Ikan" of coz...sori boss!.. Depa fix nak ari tu ari tu gak kn deliver, putih tetap putih bg depa...ko jgn nk cakap tu itam..nahas ko nnt. Tu la kan memang takdir kot aku keja kt situ, diam tak diam dah 10 tahun pun. Setianya aku kt kompeni ni, dengan aku sorang ja M.E.L.A.Y.U kat situ, bangga pun ada. (psst, xdak ka nk interview aku ni sebagai M tunggal kt situ)
Tu bab keja, dah la kot sikit sikit story.

Ni personal life aku as wife, ummi n normal person..
Alhamdulillah, aku dah dapat setelkan my internal mess. As mentioned before, aku ni manusia biasa, bila stres sangat, letih amat, maka tahap kesentapan pun high level la..dengan anak2 pun leh sentap..apala chekpah oi!
Aku ni kategori yang tak endurance kata orang, bila kena test yang gila-gila, aku tak leh nak handle punya. Start meraban, imagine yang bukan2, feelin2...aih wat malu ja!. Lately aka sebulan 2 ni darling aku bizi amat, life dia banyak kat opis, masuk keja 9am, balik time anakbini diulit mimpi atau sampai ke London Paris New York.
Time nak p amek depa kt rumah Babah depa, depa sure tanya " ari ni abah go to work ka umi?", bila aku jawap "yup", depa sure cakap "alaaaaa...". Boring kot coz kena ngadap mak tarzan ni tiap2 malam..hehehe.

Punya bizi nya darling aku sampai tak cuti2, weekend dengan anakbini dia angkut p opis dia..kata dia "dok rumah nanti anak2 buat onar, umi depa mentarzan lak"...aisey darling, macam tau2 ja..wakahkahkah!
Ko bayangkan dia keja 2 bulan tanpa cuti, tido pun 4-5jam ja sehari, ada sekali tu dia balik kul 7am, balik mandi p keja balik..hohoho....fenin aku tengok dia tak tido. Pekerja contoh darling aku ni. Keja dia pun ada deadline macam aku tapi lagi hebat dari aku, dia lg kena deal K.P.T @ Edu, sekali oder trainer beratus2 untuk semua cawangan, mana nak leh cuti cam ni. Tak leh deliver, soru mis la. Maka atas sifat keprihatinan aku ni, aku pun mem "part Time" kan diri aku kat opis dia. Tak dak gaji pun, cis! boss c.k darling ku itu, dia ingat aku buat charity kt opis dia kot?..LOL><

Tu yang aku tak sempat nak update belog ni. Ater dah weekend pun aku keja gak, mana nk dan, balik nk kena iron baju, kemas rumah bla bla bla semua tu. Aku ni memang ada habit yang suka iron baju untuk seminggu keja n sekolah. Dari baju aku, darling aku & anak2. Bayangkanlah sekali hadap berapa banyak n berapa lama iron tu kena tenyeh. Ni bagi aku habit yang baguih kot. Tu tak masuk kena basuh kasut2 yang bebudak dua orang tu pakai, kasut2 skool ngan kasut2 biasa termasuk selipar, tu pun aku cuci, so tiap2 new week, anak2 aku pakai kasut yg bersih ke rumah babah depa. Tak leh nak ubah dah habit ni, dah sebati sejak ada anak2. Termasuk la 2 toilet yang aku sental tiap2 minggu. Baju kasut kn bersih, tak kira la kasut pakai kat rumah, kasut jalan ka, n kasut skool of coz, semua tu kn bersih tiap2 minggu. Aku bukan tak tau anak2 aku macam mana klu pakai kasut, main redah ja, balik abes bercorak2 kasut depa. Tp ko, aku tetap setia membasuh..hehehe. Ada pro n cons gak habit ni. Pro nya (pro ka?), secara tak lansung anak-anak pun jd pengeli, nampak benda kotor depa mmg geli geleman, macam toilet kotor, depa memang tak lalu nak masuk. Si kakak siap "uuwek" lg, bila terbau yg pelik2 kt toilet. Dah nama budak kadang2 kita tak leh nak aspect time bila depa nak apply benda ni, kadang2 p rumah orang pun depa geli nak guna toilet klu toilet tu so so bab bersih ni.. Tu aku tak ajar la wei! Aku tak la ajar depa untuk buat mcam tu kat rumah orang, tapi depa memang agak sensitif bab2 kebersihan ni. Depa kan masih kanak-kanak, slow slow sure depa tau nk bezakan. Tapi logiknya, tak kira siapa kita aspek kebersihan tu memang penting, nak2 toilet coz kat situ segala jenis maknenek kumankumin ada. Kita tak perlu toilet cantik macam toilet hotel baru nak kena jaga, walau low mcm mana sekali pun deco toilet kita, kebersihan tu tetap penting. Macam orang gak, walau buruk mcm na pun klu pandai jaga, nampak gak vogue!

Cons nya....memakan diri sendiri, nak2 bila time letih amat, tapi since benda dah sebati so kena la buat, letih tak letih, uhukuhuk!. Kalau tak buat rasa tak complete lak weekend aku..adehdeh. Kalau ter'miss' aku rasa mcm kotor sgt rumah aku...haiya perasaanku ni, hover2 lak.

ni macam dah ter off topik dah ni tp tu la, dah nama entry pun cacamarba, sesuai la tu...hahaha.

Sat g plan nk p cari oven baru, nak try baking la, selama ni raya ja sebuk buat kuih tunjuk, so ini tahun Ana mau buat sendiri la...ahlanwahsahlan oven!

Aku dah nk sampai level meraban dah ni, dah la tu. Nanti dah stabil ckit aku sambung la.


Syukran!

Thursday, July 1, 2010

Mood down

Salam,

Aku masih dalam "mood down" mode, so xde idea nk update belog ni. Harap Maklum.
Semoga Allah S.W.T memberi aku kekuatan untuk mengharungi segala dugaanNya..
Aku bukan sorang wanita yang bertuah dalam segala hal, maka sebab itu moodku sentiasa berubah2...

Friday, June 4, 2010

Alkisah seorang kawan

Sms yg aku dapat dari sorang kawan ni yang bernama S, time ni aku kt opis lg. S ni bukan BFF aku, we just kawan. FYI, opis aku tak bagi mana2 staf guna handphone, so aku just silent kan hp tp still curi-curi baca n reply gak la..aku kn reply as short as possible la.

Date: 1 Jun 2010
Time: 5.34pm

SMS1
S: Sabtu ni hg krja ke x. Aku nk p umah hg.
aku: sabtu ni aku ada seminar la

SMS2
S: seminar ape? Elken ka? Xpe la aku nk jmpa hg ada hal. Jumpa br senang cakp. Ahad pula ada umah ka? Klu hg sibk lain kali la.
aku: aku bz weken lani, byk benda nk buat

SMS3
S: Ok la x pe la. Org lain pun busy jg. Kwn nk mai umah x kan x bg kot eh..bkn nk p mkn.
Aku: blurr???

apa korang rasakan bila kawan ko mulut xdak insurans cam ni? Dia patutnya respect la time or myb privacy orang. Tak semua leh nak fix time coz kita pun tak tau kan tiba-tiba ada hal lain, kang dah janji tapi time orang nk sampai kita keluar lagi la orang hangin kan? For me, Sunday memang hari untuk aku & famili, time aku bawa anak2 p jalan2. Dah nama aku 5 days working for sure masa aku memang limited la, so if ada time on weekend mmg aku spend dengan famili je. Yup, aku memang xdak pun so called BFF. Pasal pa? Coz most of them suka ambek kesempatan atas kebaikan aku specially bab dorang nk pinjam meminjam ni, aku la tempat dorang. SO now aku lebih aware la bab ni. Dah kena banyak kali kan..

Wat make me lagi hangin is, all tis while aku mana ada hal serius ke pe dengan dia, jumpa pun setahun 2-3 je. Tapi aku suspect minah ni nak pinjam duit la kot. Bila aku kata bizi tu yang dia hangin kot. Salah aku ke? Itu hal dia wat. Dia pun bukan tak dak adik bradik, belambak dah tentu.

Aku ni bukan la kisah sangat if ada yang nak datang rumah aku, tapi ko set la time bila tuan rumah tu betul2 free, bukan ikut time ko je. Minah ni dah tentu tak keja pun, dok rumah jaga anak laki je and for sure dia ada banyak masa for those housechores compare to aku yang just do those during weekend je. Paham2 la kan. Masa masing2 tak sama. Korang tau tak, housechores aku ni stat dari Jumaat malam. (aku sampai rumah pun dah magrib kan) Stat dengan cuci 2 bilik air, sambil basuh baju. Dah setel tu semua, dalam midnite aku stat lak keja melipat baju yang dibasuh dalam minggu tu, agak2 la kan baju untuk 4 orang. Biasa aku memang tido lambat la dalam kul 2-3am la.
Sabtu lak, after prepare breakfast, makan mandi semua tu aku, lepak tengok tv sat pas tu aku stat prepare lunch (if tak makan kt luar la), siap aku kn stat ironing lak, aku kn iron baju 4 orang untuk 1 wk, so uols bayang la kan berapa banyak aku kn iron.

Tat is why, Sunday are my REST & RELAX day dengan famili!

Wednesday, June 2, 2010

what if.....macam mana kalau...

Salam my dear!

Semalam, perasaan aku tiba-tiba jadi kacau. Aku terpikir something yang aku rasa "adakah orang lain pun terpikir pasal ni?".
Aku terpikir....macam mana kalau aku yang "pergi" dulu. Macam mana anak-anak aku, suami aku nak teruskan idup dorang tanpa aku? Padahal aku selalu berdoa agar aku diberi kesempatan untuk melihat anak-anak aku membesar dan berjaya di depan mata kami. AKu ingin menikmati semua itu, Aku jadi gelisah dek perasaan itu. Setiap kali selepas anak-anak tido, aku pandang mereka dengan harapan dan doa yang tak putus2 agar aku diberi peluang dan masa yg lama untuk bersama mereka.
Aku punya impian untuk membesarkan mereka sebaik mungkin hasil penat lelah ku sendiri. AKu tak mahu mereka membesar bersama orang lain walau ibu mertuaku..

Tapi macam mana kalau aku tiada lagi...adakah suami aku mampu memikul tanggungjawap menjaga anak-anakku? Menyediakan mereka ke sekolah, tolong mereka buat kerja sekolah, masak dan membasuh?
Bagaimana dengannya, siapa yang nak sediakan baju dan seluar ke pejabat, buatkan kopi dan sarapan untuknya, membelainya semasa tido, mengulit mimpi bersama, berkongsi suka duka?

Macam mana dengan anak-anakku, macam mana mereka nak tido tanpa aku bersama, membelai mereka waktu mereka diulit mimpi indah, mengejutkan aku bila mereka nak ke tandas, menyapu vicks bila mereka kesejukkan?

Adakah ini hanya perasaan aku semata-mata atau aku benar-benar takut?

Ya Allah, padaMu aku memohon, "Berilah hambaMu ini peluang dan kesempatan untuk bersama dengan insan-insan yang amat ku sayangi dan melihat anak-anak membesar dan berjaya bersama kami"..Amin

Ah! Perasaan itu, nyahlah engkau dari sini, biarkan aku mengecapi kebahagiaan ini. Jangan kau ganggu hati aku lagi!

Tuesday, June 1, 2010

mood nan ado

Salam,

Aku kurang mood nk upadate ini belog buat masa ni la. Tunggu sehari dua lg kot. Kepala tengah serabut, letih bosan skit plus PMS yang bakal tiba....><'. And need to get new lappy too, myb tu leh motivate kot..heheh

chow cincau la...moody moody

Thursday, May 27, 2010

Request si adik


(sekadar hiasan yek)

oolala.....


Korang perasan tak, this week/last week TV dah stat letak advert pasal Baby Alive? So si adik ni sudah nampak la itu advert. Apalagi, melalak dia minta aku beli kat dia. Aku cakap kt dia, "nanti umi ada banyak duit, umi beli la (dlm ati, ingat umi keja bank negara ka)" arakian dia apalagi, meraung marah semua tu, nak jugak nak jugakkkkk!...adoi ko mendaalah ni bukannya singgit dua, beratus lak tu. Kalau aku keja kt bank negara ka, kilang buat duit ka, boleh la aku rembat seribu dua p beli sepuluh Baby Alive ni...

Tapi aku ada la gak survey2 kat tenet harga bayi idup ni, under consideration la wei, bagi tabung penuh dulu kot..lalalallaa. Sapa la yg mandai reka bendaalah ni ha, macam2 lak si baby ni boleh buat. Budak2 tengok memang leh tirgoda. Aku ni kalau nak beli harus kena sekali angkut 2 bayi idup ni. Takkan si adik je dapat, si kakak yang jugak kategori kanak2 pun kena gak beli. Korang tau la kan anak-anak aku ni beze 2 tahun je so dua-dua tecik lagi n suka nar saing-menyaing, jeles menjeles, gado mengado lagikan terer.

Moral of the story: Tak semua iklan TV tu bermoral.....teeheee

To adik & kakak bukan umi tak mau beli tapi u both kan tak reti jaga menan. Barbie ori yang umi beli ari tu pun lingkup, kepala semua ilang, handbags, kasut si barbie tu pun mana ntah adik n kakak letak. Tu baru RM tak sampai rm50, kalau umi beli yg beratus hinggit ni adik n kakak buat macam tu lagi, umi la yang melalak meraung tengok kes dera bayi idup ni....duit pun terbang...
Sabar ye princess, bila umi dah confident nak beli baru umi beli tau...isk2

Tuesday, May 25, 2010

Rezeki anak-anak

“DAN di antara rahmat pemberian-Nya. Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti) supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki daripada limpah kurnia. Dan juga supaya kamu bersyukur.” (al-Qasas: 73)

salam,

Lama nar aku tak update kan kan? Penyakit M dah melanda la....><

One thing yg aku nak cakap kt sini is, aku bersyukur yang amat sangat atas rezeki yang aku dapat dan akan dapat tak lama lagi, Alhamdulillah. Rezeki anak-anak aku. Banyak mana pun RM yang bakal aku dapat akan ku bujet dan plan betul-betul for future....Syukran. 

Dan sebagai manusia biasa, aku mohon agar Allah S.W.T pelihara aku dari sikap boros dan berlebih-lebihan. Ya la kan, rezeki yang datang tu bukan untuk dibuang cam tu jer. Buat/beli apa yang perlu, first thing first la, mana yang tak patut harus zassssSSS kan ajer, jangan dok hover-hover guna RM tu.


First thing yg come across my mind bila dapat perkhabaran gumbira ni is, S.E.T.E.L.U.T.A.N.G...bebas dari utang maka bebas idup ni. Besar atau kecik utang tu bukan persoalan coz utang tetap utang.

Second of coz for my 2 princess, their education, saving, sakit demam etc.

Third family's savings

Fourth Raya, bukan nak menunjuk-nunjuk tapi nak la prepare awal-awal for them.

tu saja la at tis moment, ni sure ada yg tanya, xde ke utk diri sendiri? Ish2....aku sebenarnya tak tau la apa yg aku nak, handbag? purse? shoes? baju-bajuan? ntah la, so far aku xdak la nak tambah koleksi semua tu..

nanti la kot aku pikir-pikir balik...



"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."


Aku yang bersyukur

Friday, May 14, 2010

Eynda Nak Bagi Hadiah!!

PENGUMUMAN...PENGUMUMAN!!!!Dengar sini wahai rakyat jelata aka bloggers! mari mari jangan malu jgn segan..ini contest banyak senang, buat cerita dapat hadiah..tu pun kalau mr random pilih la...nak join, masuk la ke belog tuan yang empunya tanah ok.)

ni entry aku:

Kenapa aku suka kepo2 kat EYNDA'S DIARY?

Sebab Eynda ni suka merapu macam aku. Tapi dia merapu bukan sebarang merapu......merapu dia ada sebab yang kita semua boleh belajar. Merapu dia pun menarik nak baca coz dia tak kisah pun nak buat ayat2 formal aka poyo ni, so bagi aku macam ni baru relaks nak baca...hati pun senang dan girang baca EYNDA'S DIARY..





Thursday, May 13, 2010

Bahasa Melayu si kakak....

Cinta hati aku

Salam,

Semalam macam biasa la aku kena teman bebudak dua orang tu tido. Depa ni kalau nk tido mesti kena teman dulu, pegang2 tangan & sembang2 dulu baru la nak boomboom..Si adik semalam memang dah ngantuk sangat2, ater dah kul 10pm memang time dia zzzZZZZ. Yang si kakak ni pulak lagi dia tak abes story apa yg jadi kat skool lagi dia tak mau tido.
(sambil baring) Since next week dia nak exam, aku pun cakap kat dia "kakak, nanti exam kakak buat betul2 tau, bagi dapat 100% suma subjek"
Jawap dia: "kakak nak kindergarten lah ummi, kindergarten best, exam tak susah. Skool ni (primary la maksud dia) susah sangat, masa exam kakak 4yrs biji kacang, 5yrs biji kacang n 6yrs pun biji kacang, tu la kakak dapat number 1".
Biji kacang? hahahahaha..aku memang nak gelak time2 tu gak tapi aku simpan dulu gelak tu takut dia sentap lak, naya ja aku..
Pas dah sembang macam2 dia pun selamat sampai ke London...zzzzzZZZZZZ.

AKu apa lagi kelam kabut p crita kat darling aku apa yg si anak dia cakap tadi, "Biji Kacang"...kahkahkahah..apa lagi gelak yang aku simpan tadi pun terlepas gak...Ahhhhh lega rasanya..

Korang tau tak apa maksud "Biji kacang" yg si kakak cakap tu? Ko tahu la kan kita kadang2 nak sebut "senang" kita sebut "kacang" kan? Tu la apa yang dia maksudkan dengan "Biji Kacang"..ngehngehngeh kakak kakak. Adoi la anakku..comey je time aku dengar dia sebut "biji kacang".




Biji kacang pun biji kacang la....janji aku paham

Monday, May 10, 2010

Lets Join!


To all friends n families in Klang Valley, KL...lets join tis event!

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ummi, Ibu, Mama, Mommy...

HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL WONDERFUL MOTHER ON EARTH! 


"Of all the rights of women, the greatest is to be a mother"

Inspirational Quotes on Mothers Day by: Lin Yutang, Chinese writer


A mother is a person who seeing there are only four pieces of pie for five people, promptly announces she never did care for pie. 

Inspirational Quotes on Mothers Day by: Tenneva Jordan


You don't really understand human nature unless you know why a child on a merry-go-round will wave at his parents every time around - and why his parents will always wave back.  ~William D. Tammeus


Thursday, April 15, 2010

cabutan bertuah versi tak ada perasaan

saja ja aku nk try nasib, mana tau ada luck. Korang nk join meh join la. Closing date 2 Mei 2010

Wednesday, April 14, 2010

Intimo, 1st 3-in-1, Anti-Bacterial Sanitary Pad

Salam gorgeous bloggerz!

Semalam aku attend talk at the center la. Elken baru launch satu produk baru yg mmg khas utk kita kaum hawa. Nama produk ni INTIMO, first 3-in-1, Anti-Bacterial Sanitary Pad, memang berbaloi kalau kita guna ni. 

Check below list:
Menggunakan sistem Tri-Teknologi Inovatif yang menjamin Kebersihan Intim Anda & membekalkan Penjagaan Feminin Ekstra:
1. Serat Arang Bambu (Anti-Bakteria, Anti-Kelembapan, Anti-Bau)
2. Esen Bambu (Anti-Jangkitan, Anti-Keradangan, Anti-Kerengsaan)
3. Sebatian 5 Herba Eksklusif (Mencegah kegatalan, mengurangkan ketidakselesaan, melembapkan, menenangkan, kesegaran melegakan)
Polimer Penyerap Kuat (SAP) dari Jepun membekalkan perlindungan kebocoran, peredaran udara dan kebersihan yang unggul untuk perasaan yang lebih kering serta selesa sambil mengawal pembiakan bakteria.


As some of u dah tau, period flow kita lebih kurang 80ml satu hari, ni bg yg normal flow la. Untuk yg overflow, lebih kurang 100ml or more la. So ni aku nk cakap bagi yg normal flow. Dlm satu hari korang tukar pad brapa kali? 2-3 kali kan? Takkan xtukar langsung? Ish..ish..ish, bahaya tau. Pad yg kita dok pakai selama ni kalau kita pakai sehari suntuk memang memudaratkan bahagian sulit kita sebab, lapisan terbawah pad biasa dibuat daripada plastik sintetik yg xde ruang utk udara keluar masuk, kira mcm xleh nafas la bawah tu. Tu yg ada yg tumbuh jerawat la semua tu.

Ni berdasarkan kajian:
"Mengapa wanita lebih mudah dijangkiti bakteria semasa kedatangan haid?"

Berdasarkan keadaan fizikal istimewa seseorang wanita, tuala wanita yg diguna menjadi rakan yg menyenangkan. Tapi jangan guna ia dalam masa yg terlalu lama. Ia harus ditukar setiap 2 jam sekali. Permukaan pertama mungkin tercemar dgn bakteria, dan menurut kajian bakteria bertambah 107 kali setiap mm padu.
Antara penyakit yg sering menyerang wanita semasa haid adalah, demam, rasa gatal pada alat sulit, celah kangkang, paha dan menjejaskan pundi kencing dan jika dibiar boleh berlaku jangkitan kuman pada salur kencing.

Fakta:
1-Risiko wanita dijangkiti penyakit faraj adalah setinggi 83%
2-62% daripadanya adalah disebabkan oleh penggunaan tuala wanita yg rendah kualiti
3-Secara purata, seorang wanita memerlukan 3-6 hari sebulan untuk merawat jangkitan ini
4-Jika seseorang wanita mula mendapat jangkitan faraj pada usia 20 tahun, dia akan menghabiskan masa selama 6 tahun dalam seumur hidupnya untuk mendapatkan rawatan.

So uols bayangkan, berapa banyak duit yg terpaksa kita labur utk merawat penyakit kita ni? 
Dengan teknologi Intimo, kita dapat mencegah masalah ni. Let say brand biasa yg kita pakai dlm 60sen 1pc, satu hari kita kena tukar at least 3pcs kan? Dengan teknologi yg ada pada INTIMO kita cuma perlu pakai 1-2pc sj sehari, kita juga dapat menjamin keselamatan alat sulit kita. Mana uols nak? nk kena bayar bil klinik pasal benda tu  dah gatal2 or nk prevent? Korang nk p klinik check pun dah tentu malu kan? 
 
Semalam aku tgk demo antara brand L, L.O.V.E.M.O.O.N (A.N.I.O.N) n INTIMO, memang byk beza, brand L lg la, lepas letak air 80-100ml, terus kembang n basah sebab tu bila kita overflow terus bocor. Brand  L.O.V.E.M.O.O.N lak, ms 80ml still ok tp bila dh tambh jd 100ml, terus mengembang mcm nk pecah coz ada apa ntah dlm tu yg leh serap air, mcm na klu kita pakai? nk duduk pun takut benda tu pecah, ye dak? INTIMO, lak dh letak air yg sama amaun dgn yg lain, tp still nipis n kering je. Pulak tu, bila ko nk tukar pun kan, ko boleh terus koyak 1st layer n flush je dlm bowl, dh tak payah susah2 nk cuci bagai..dun wori bowl takkan sumbat coz bahan dlm tu leh absorb..

Ni aku dh penat stori kt uols, kalau uols nk try uols cari la aku k. Emel aku kt sini chek_pah@yahoo.com. Nanti aku roger uols balik..

Sekian...pikir2 la

Tuesday, April 13, 2010

Rezeki kami

Firstly, Syukur kehadratNya atas anugerah ini. Syukran Jazilan.

Crown Nite 2010 
Location: Elken Seberang Jaya
Date: 31 March 2010

hah! ni la yg aku ada mentioned dalam entry sport's day kakak tu. Crown Nite, recognition nite for Manager & Sapphire Manager. Aku & darlingku naik pangkat Sapphire Manager (SM), level ni atas skit dari Manager la. Dengan pangkat ni maka bonus point aku pun bertambah la. Alhamdulillah.

Bukan senang nk naik coz kami amek masa almost 1 yr tau. Memang la orang yang tak paham kalau akan cakap "mak ai, lamanay baru nak naik, orang lain 2-3bulan je". Kenapa lambat? Aku pun mcm orang lain gak, mula-mula masuk agak malas dan tak confidence. Semangat on off, tak kental bahasa pasarnya. Jenuh Upline aku dok follow up, tapi aku dok macam tu gak...hehe.

Tp sambil2 melayan semangat tak kental tu, aku still dok iklan sana sini apa yg aku jual. Hasilnya, few months pas tu, ada la sorang Hamba Allah (TQVM, u know who u r kan?) ni order Spirulina kt aku, dia dok nun di Putrajaya dan aku nun di Penang. Start dari tu la aku mcm excited gak buat biz ni. So apalagi, mencanak semangat yg tak kental ni jadi kuss semangat....

Dari situ aku mula dk forward macam2 info kt kaum kerabat, kawan2, kawan kepada kawan. 
Alhamdulillah, ada gak gud response, yg tak gud response pun sama byk la, tp nak buat macam mana kan? Redah ajer....aku jual benda kesihatan, kalau ko tak mau sihat lantak ko la...

Tapi ada sedikit ralat bila aku promote kt famili blah hubby aku, response depa mmg tak membina semangat n tak generate energy langsung. Well fine, as aku mentioned kt ats tu, lantak la. Aku sedih gak la bila time aku promote Water Filter (KEN series) FIL aku leh kata 'tak ape, janji panas aje bila jerang kt dapur pun'. Apa korang rasa kan bila FIL ko sendiri leh cakap macam tu?

tu 1st situation.

ni 2nd situation; aku cakap la kat MIL aku, aku nk ajak BIL aku join buat biz ni. (FYI, BIL dok buat master kt U.S.M lani). Then aku stori la ckit pasal sorang chinese guy ni, start buat biz ni time dok study engineering kt U.S.M gak la, graduate gak. N now dia dh umur 27yr, tp dh jadi millionaire termuda Elken....bla..bla..bla..aku dok cerita kt depa. 
Tup2 MIL aku leh kata "buat apa, dia blajar lg, nnt dh dpt duit sendiri xmau blajar pulak"..come on la, BIL aku dah 24yr bukan 14tahun xleh pikir..ish2. Ni memag very typical Malay punya narrow minded la. N logik tak logik korang pikir tau, BIL aku tu pun ada buat MLM biz yg lain gak, bukan MIL tak tau, tp bila aku nk suruh join aku dia leh cakap mcm tu.

So to conclude those typical 'M' mind n thinking, aku cakap "tu la org kita, suka bagi alasan, tp tengok bangsa lain, depa pikir jauh dan sebab tu la depa boleh berjaya even umur muda dan depa pun boleh grad macam orang lain gak even depa buat side biz time blajar". Maka terkedula MIL. AKu bukan nk kurang ajar tp ak nk dia tau yg apa yg dia cakap tu tak betul dan tak boleh diterima akal. 

Sejak tu those kind of people punya nama aku dah blanko dari prospect list aku. Lg aku approach depa, lagi hilang semangat aku nk berjaya. Tp aku harap one fine day aku akan dapat buka mata depa n aku mesti buktikan kt depa yg aku pun boleh berjaya.

So now, prospek2 aku semua bukan sedara sendiri lagi.  May b itu yg terbaik utk kami.

From now onwards, aku n hubby memang gigih dok mencari customer n prospek baru to join us.

Harap usaha kami ada hasil yg memuaskan..InsyaAllah. Yg penting usaha berterusan kami.

Lastly, siapa kata MLM tak boleh mengubah nasib individu? They are wrong coz aku dah jumpa ramai millionaire tru tis MLM.


"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui betapa aku ingin menjadi insan yang berjaya dalam hidup. 
Berilah aku kesempatan dan peluang untuk membuktikan bahawa aku juga boleh mengubah nasib kami sekeluarga, murahkan lah rezeki kami, bukakan lah pintu rezeki kami dan berkatilah rezeki kami"...Amin


All I need is motivation, spirits to success & right path...


H.o.m.e.s.c.h.o.o.l versi aku..

Slm,

sori sori, dh lama aku tak update n. Adoi la, masa mmg jeles sangat sejak aku ada satu projek baru untuk anak-anak aku........tadaaaaaa....ala-ala H.o.m.e.s.c.h.o.o.l!

So right now aku dok cari more infos bout tis. Tapi kan H.o.m.e.s.c.h.o.o.l aku ni bukanlah fulltime, tp weekend H.o.m.e.s.c.h.o.o.l. Sebab apa aku  plan nk buat ni? Sebab lani aku tengok si kakak n si adik macam dah agak malas nk study bila weekend. So aku kena buat something la. Takkan nk tunggu terhantuk baru nk kelam kabut cari solutions ye dak? Lagipun ni may b cara terbaik utk berjimat kot coz, weekend dah tak payah dok merayap sana sini lg dah...save....jimat...makan pun homemade..sihat lagi. Tp jangan plak uols cakap anak2 aku tak dapat main ke apa tau coz aktiviti peluh tu harus aku letak dlm schedule depa, dun wori wori kawan.

Kt bawah ni aku punya checklist:
1)teaching's module partially done
2)reading material partially done
3)the room n aksesori tambahan partially done, nak kena cari wall paper/deco sikit, white board pun tak gantung lg
lani every weekend ja aku bz p sana sini survey apa2 yg aku leh guna utk projek aku ni.


lg apa ek? aku ada la godek2 info kt http://littlekittle.com (thanks to dear mama fiza for tis). So lps aku study betui2 pasal H.o.m.e.s.c.h.o.o.l baru aku akan start H.o.m.e.s.c.h.o.o.l  aku sendiri. 

Minggu ni plan nak setup sikit lg bilik tu, dah lama aku peram white board yg tak bergantung tu dek kerna handrill di pinjam orang..ni semua angkara darlingku yg baik ati tu la, dapat lak kawan yg suka buat memunya gherta orang....oops!

Tapi kan kat mana la aku nk cari stiker huruf yg besar bagak tu ea? AKu ingat nk buat nama bebudak ni, leh jadi part of wall deco gak (nasib anak 2 klau 5-6 mau penuh dinding tuh..haiz!).
Kat Penang ni mcm susah la nak cari mendaalah ni semua. Ada pun kureng..aku ni kan demanding tu yg payah.

Pas ni bila dah setel bilik tu aku akan rajin2 amek gambar la, lani tak comey lagi nak menunjuk2, kang ada lak yg komplen.

aku yg havoc...

Friday, April 2, 2010

Sport's day si kakak

1April2010;
Location: SKCGL

Sport's day sekolah kakak. Budak primary 1, just ada telematch. Tp rumah merah si kakak kalah sebab, al kisah time budak tu (classmate kakak gak la tu), dia punya la lembap nk mampus. Aku yg tgk ni pun rasa macam nk masuk p angkat dia kuar dr situ, adoi la anak sapa la tu...very t slow kalah kekura. Ko bayangkan, turn budak tu, grup yang lain dh lps 2 orang, macam na tak kalah...nasib2. Si kakak apa lagi, sedih la dia, bergenang air mata coz tak dapat medal..
Even depa ni baru 7yr n ada yg tak sampai 7yr lg, tp bila tengok si kawan ni sadis, depa ramai2 mai pujuk dia sambil usap2 belakang si kakak...aku just tengok dari jauh la coz si kakak ni satu macam sikit, kalau aku p soalsiasat lagi kuat dia melalak. SO baik aku perati dr jauh je..

Si kakak ni mmg glemer kt skool , myb sebab dia friendly, mana-mana dia p ada saja yg dok panggil "aleesa...aleesa"

(Amaran! kualiti gambar tak secanggih kamera DSLR atau yg berpixels2 tu coz aku just guna kamera fon cap ayam je)

haa...kat bawah ni gambar dia dgn BF dia, apa ntah nama amoi ni susah aku nk ingat.

ni BF si kakak

yg ni pulak, sesuai dengan slogan kerajaan; 1MALAYSIA, 3 bangsa bersatu dan mesra tak kira warna apa, kata kakak 2 orang ni BF dia..


ni pulak, aksi gedix 2 princess aku, ko suruh je redi ada saja nk melentuk sana sini


ni kt dlm khemah depa, dh nama budak2 std1, harus xdak yg dok melekat kt dlm tu, bersepah2 depa p review


ada pun gambar budak yg lembap tu, tu ha yg pakai tudung putih tu...budak ni mmg xdak kawan pun, even time makan kt kantin pun dia sesorang "Lone ranger", kesian gak tp dia la penyebab anak aku kalah..hahaha


malam before tu, aku n darlingku ada attend our 1st Crown Nite event. Aku up 1 level lg dalam MLM biz aku tu, Alhamdulillah. Aku dh load foto2 tu tp mana ntah, nanti la aku check balik mana ilang.....tungguuuuu..

nak buat entry pasal biz ni kena feelin sikit baru korang terpukau, mana la tau kot korang pun nk join aku, betui dak?

aku chow dulu la, bebudak 2 ni dah nk start kungfu fighting, nama ja pompuan tp bab2 kuntau ni nombor 1....

Monday, March 29, 2010

pesanan si kakak@aleesa buat abahnya...

korang  leh nampak ke gambar tu? ni si kakak@aleesa yg buat. Masa tu dia dok main online game n ada lak game yg deco2 cake ni. So mula la dia mendeco cake ni. Dah abis semua dia start la taip message tu semua sampai yg second last part "you bring me here and there" baru dia tanya aku cam na nak eja "there". Baru la aku perasan dia deco cake for her daddy (even bukan besday lagipun..heheh). Pas tu dia suruh aku emel kat abah dia, maka dengan gigihnya ake convert ke P.D.F (ringan la sikit file tu..), dah siap emel kelam kabut si budak ni suruh abah dia check mel..heheh...

Abah dia tanya dia, "kalau abah tak bawa kakak here and there, kakak tak sayang abah la ye?"..terus dia senyum2 malu..hahaha..lawakla kakak ni..

tu la orang kata kanak-kanak kan, very transparent yet entertaining...

Monday, February 8, 2010

Dialog si adik dgn jiran sebelah...

Lokasi: Rumahku syurgaku
Waktu: 9pm
Tarikh: 6Feb 2010

Pelakon utama, si amani@adik
Pelakon Tambahan: jiran sebelah 

Masa tu aku n hubby kt dlm rmh la, tgk tv.  FYI, rumah aku ni apartment je, so our main door attach tp ada grill in between la, takat nk mengepo apa org buat boleh la jugak..ngeh3

Alkisah, malam tu jiran aku ni Chinese so nk dekat CNY ni depa sibuk la nak cuci rumah kasi bersih kan. Arakian, si adik ni dah dengar jiran sebelah dok membasuh entrance rumah dia. So dengan keponya adik buka pintu dan terus keluar. 
Dengan politenya dia greet jiran tu.."Hi Aunty" maka bermulanya dailog antara adik dan jiran tersebut.

Adik: Aunty buat apa?
Jiran: cuci rumah..kamu sudah makan?
Adik: dah...

kebetulan si jiran ni pakai short pant..ye la dia kan non muslim, paham paham la kan..

Adik: (sambil memegang seluar tido yg dipakainya).... Aunty xdak seluar panjang ka?
Jiran: (senyum kambeng yang blurr...)

aku n hubby kat dalam dok kehkehkeh dah bila dengar soalan power si adik ni..lepas tu diam sejenak

shrottshreehhh si jiran dok memberus entrance dia...

Adik: aunty boleh ckap cina ka? (ayo adik, kawan tu kan cina...lagi mau tanya)
Jiran: boleh la, pasal apa leh?
Adik: aunty cakap la cina...(kihkih...adaik adik..over tau)
Jiran: ni hao ma?
Adik: apa tu aunty?
Jiran: apa kabar...
Adik: lagi aunty...
Jiran: &**((^%$$#.. (part ni aku pun tak tau nk sebut daa...)
Jiran: tunggu arr..mau masuk dalam sekijap
Adik: aunty aunty aunty..(kena sound dgn aku lak "adikkkkkkk masuk!".)
 
ada part yang aku tak dengar sangat...tapi..part ni paling best. After few minutes, jiran ni pun kuar balik. Kebetulan kt entrance aku ada la babycot yg aku nk let go.

Jiran: ini apa?
Adik: ni baby punya...
Jiran: ooooo..
Adik: aunty ada baby?
Jiran: Belum ada
Adik: bila?
Jiran: tak tau lagi..
Adik: cobaan...

masa ni aku n hubby dah nak pecah perut dok gelak soalan maut tu...waahhhkahkahkah! Adoi la adik, ntah sapa yg ajaq dia dok kepo macam tu..ish ish...

dah penat gelak...
last last hubby aku take over "adikkkkkk masuk cepat kalau tak abah lock door!"

Adik: ok, bye aunty.
Jiran: bye

aduh...bijak sungguh si kenit ni soal ala ala mami jarum..
aku n hubby pun tak sangka dia boleh tanya soalan yg bersambung macam tu...

adik adik...

Monday, January 18, 2010

lamanya menghilang...

Salam semua!

pasal pa aku lama tak update bolg ni? aku bz yang amat lani. Dgn si kakak dh stat primary, byk benda dah berubah dan aku tengah dok adapt la dgn semua ni..sabar ye. Akanku hupdate besar-besaran nant...on fine day.


oops before tu, si kakak dh masuk primary kt Convent Green Lane, skool yg kena reject ari tu, Alhamdulillah dh approved. Dia gak selected for BCSK (Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan) So from std 1 onwards, dia akan blajar mandarin till std 6. Syukran Jazilan!
Dia gak selected jd class's monitor..rezeki berganda..Syukur amat.

So to all my beloved followers...I'll be back again!

N tak lupa to my new followers eynda..thanks!

Thank You so much