Salam my dear!
Semalam, perasaan aku tiba-tiba jadi kacau. Aku terpikir something yang aku rasa "adakah orang lain pun terpikir pasal ni?".
Aku terpikir....macam mana kalau aku yang "pergi" dulu. Macam mana anak-anak aku, suami aku nak teruskan idup dorang tanpa aku? Padahal aku selalu berdoa agar aku diberi kesempatan untuk melihat anak-anak aku membesar dan berjaya di depan mata kami. AKu ingin menikmati semua itu, Aku jadi gelisah dek perasaan itu. Setiap kali selepas anak-anak tido, aku pandang mereka dengan harapan dan doa yang tak putus2 agar aku diberi peluang dan masa yg lama untuk bersama mereka.
Aku punya impian untuk membesarkan mereka sebaik mungkin hasil penat lelah ku sendiri. AKu tak mahu mereka membesar bersama orang lain walau ibu mertuaku..
Tapi macam mana kalau aku tiada lagi...adakah suami aku mampu memikul tanggungjawap menjaga anak-anakku? Menyediakan mereka ke sekolah, tolong mereka buat kerja sekolah, masak dan membasuh?
Bagaimana dengannya, siapa yang nak sediakan baju dan seluar ke pejabat, buatkan kopi dan sarapan untuknya, membelainya semasa tido, mengulit mimpi bersama, berkongsi suka duka?
Macam mana dengan anak-anakku, macam mana mereka nak tido tanpa aku bersama, membelai mereka waktu mereka diulit mimpi indah, mengejutkan aku bila mereka nak ke tandas, menyapu vicks bila mereka kesejukkan?
Adakah ini hanya perasaan aku semata-mata atau aku benar-benar takut?
Ya Allah, padaMu aku memohon, "Berilah hambaMu ini peluang dan kesempatan untuk bersama dengan insan-insan yang amat ku sayangi dan melihat anak-anak membesar dan berjaya bersama kami"..Amin
Ah! Perasaan itu, nyahlah engkau dari sini, biarkan aku mengecapi kebahagiaan ini. Jangan kau ganggu hati aku lagi!
No comments:
Post a Comment