Click click My NuffnangX

Thursday, November 12, 2009

LD VENUS UMPAMA HADIAH DARI ISTERI KEPADA SUAMI!



To All my dear female bloggers!

LD VENUS: Wanita atau isteri yang sihat memberikan kehidupan yang bahagia

Produk ini di rumus dengan menggunakan herba asli bermutu tinggi, yang di kenal pasti berkesan untuk memulihkan keadaan uterus serta mengawal fungsi fisiologikal kaum wanita selepas haid. Ramuan utamayna termasuklah Radix Angelicae Sinensies, Radix Codonopsis Pilosulae, Radix Galviae Miltiorrhizae, Herba Partriniae, Herba Leonuri and Radic Astragali Seu Hedysari.  

Keistimewaan : Di rumus melalui teknologi yang maju dengan menggunakan herba asli, tidak mengandungi hormone dan bebas daripada segala kesan sampingan.
Di uji secara klinikal oleh hospital yang terkemuka di China dengan keberkesanannya mencapai 98% atau lebih. 
Di anugerahi Gold Medal oleh National Medicine and HealthCare of China pada tahun 1992.
Cecair minuman di simpan dalam botol rekaan khas yang memenuhi semua ciri-ciri kebersihan dan mudah di bawa.
Cara pengambilan yang termaju dan menjimatkan masa dan senang di makan untuk menyuburkan tubuh dan menyerikan wajah 
Berbau wangi dan sedap di ambil  

Kebaikan : 
Memulihkan serta mencergaskan kaum wanita selepas bersalin, membantu pengecutan otot faraj selepas bersalin dan meningkatkan pengecutan uterin. 
Melegakan sakit haid, menyelaraskan sistem endokrin untuk memulihkan kedatangan haid yang normal serta mengurangkan sakit haid dan keputihan. 
Merawat kedinginan seks dan mencergaskan keinginan fizikal dan meningkatkan nafsu syahwat.
Memulihkan keadaan tisu kulit supaya kelihatan lebih berseri dan cerah, membantu mengurangkan kedutan akibat kehamilan,masalah kulit,bebayang mata, jeragat dan jerawat. Mengurangkan gangguan putus haid (menopause)

Price: RM156.50 (20Botol)

Wednesday, November 4, 2009

9th Anniversary

Alhamdulillah dan Syukur tak terhingga pada Allah S.W.T atas kurniaan, rahmat dan kesempatan ini. 

Hari ni 4 Nov 2009, genap 9 tahun aku dan Darling Hubby kawen. Alhamdulillah. 
Aku bersyukur kerana di kurniakan seorang suami yang baik hati, bertanggunjawap dan menyayangi aku seadanya. Walaupun Darling Hubbyku bukan seorang yg romantik tapi dia ada cara dia sendiri untuk tunjuk kasih sayang dia pada aku. Sembilan tahun kami menjalani hidup sebagai suami isteri memberi aku banyak pengalaman, suka duka, pahit dan manis.
Aku bersyukur kerna kesabaran kami memberi kami satu pengalaman indah dalam kehidupan berumah tangga. Kami juga tidak lari dari salah faham, namun kami tangani dengan rasional. 
Semoga Allah S.W.T memberi kami peluang melayari bahtera perkahwinan ini hingga ke akhir hayat kami....Amin

Syukur juga, kerna kami dikurniakan anak-anak yang comel dan bijak. Mereka lah lambang kasih sayang kami berdua. Hidup kami lengkap dengan kehadiran mereka, our princesses. Syukur.

Pada suamiku, Terima Kasih kerna menjadi suami yang hebat dimataku! Suamiku, seorang insan yang selama ini begitu sabar melayan kerenahku, kekusutanku dan kecerewetanku. Thanx Darling! No words best describe how much I appreciate this, dear Hubby. 

Kalau dikira dari zaman bercinta dulu, hari ni masuk 16 tahun kami kenal. Kami bercinta selama 7 tahun sebelum berkahwin. Kami kenal sedari kami muda remaja, kami gaduh sama-sama, kami mencari kejayaan dalam hidup juga bersama. Alhamdulillah, memang kami ditakdirkan bersama.

Ku akui, aku bukanlah seorang isteri yang sempurna segala galanya, namun aku terus berusaha untuk menjadi seorang  isteri yang hebat di mata suamiku. Aku isteri yang juga seperti orang lain, yang ada perasaan cemburu, takut dan sedih. 
Aku cemburu aka hangin bila ada yang mengada ngada dgn suamiku
Aku takut bila manusia lain datang menganggu hidup kami
Aku sedih bila sesuatu terjadi di depan mataku tapi aku tak mampu buat apa apa
Itu adalah perasaan aku yang aku yakin semua orang juga berperasaan begitu. Kenapa? Kerana kita sebagai isteri begitu menyanyangi suami dan rumahtangga kita.

To my Darling Hubby, I Love You with All my heart! Only death can tear us apart. Harapan aku, semoga ikatan suci ini menjadi kekuatan untuk kami terus bersama.

PadaMu Ya Allah, Engkau Teguhkanlah kesetiaan kami berdua walau di mana saja kami berada, jauhkan kami dari hasad dengki dan khianat manusia dan lindungilah kami dari syaitan yang direjam...Amin

Tuesday, November 3, 2009

My wishlist

hihihi..to all frenz!

hari demi hari, aku punya banyak keinginan, ntah kenapa tapi itulah kenyataannya. Kata orang, setiap keinginan tu mesti di sertakan dengan semangat dan azam untuk mencapainya. Aku? Aku tengah mencari semangat yang hilang itu, aku ada azam tapi belum cukup semangat. Semangat aku on off, ada masa aku begitu bersemangat, ada masa aku tercari-cari semangat itu. Ya, aku admit, aku masih kurang kenyakinan diri. Tapi uols tau tak, ada masa masa tertentu kita jadi manusia yang lemah dek kerna keadaan sekeliling? Aku salah sorang dari mangsa keadaan gak. Tanya la sapa2 pun sure ada yg jawap, pernah kan?

Korang nak tau apa wishlist aku?. uishhh..banyak bangat. Tapi let put first thing first, by priority la.
1) aku nk jadi fulltime housewife, pasal pa? of coz aku nak spend more time dengan anak2 aku, tengok depa membesar, belajar benda baru depan mata aku dan bukan dengar dari orang lain. Aku nak jadi wife yg rajin memasak utk hubby n anak2. Selama ni aku jarang masak atas sebab2 tertentu yg juga sebab keadaan. Aku nak bila hubby n anak2 balik, aku ada depan pintu untuk sambut depa balik.

2) aku nak jadi wife yang sentiasa cantik, sihat untuk Darling Hubby aku, so aku nak make over macam2 kat diri aku ni..tunggu fulus jer

3) aku nak keta baru 4WD, aku suka sgt CRV, dari kecik sampai lani, CRV tetap dihatiku. pasal pa CRV? of coz la sebab itu dah mmg aku suka dari dulu lagi, lebih besar utk anak2 aku nk buat havoc n dah tak payah nak gado2 bila nk travel psl berebut tempat nak tido.

4) aku nak rumah baru, sebab? rumah lani bukan tak selesa, mmg cukup selesa utk kami 4 beranak, tapi environment mcam dah tak best coz xdak jiran n ada pun balik tengah malam, keluar subuh sapie, mcm mana nk berkawan. Aku still minat rumah atas awan coz comey n senang nak menten.

5) aku nak jadi WMAH (working mother at home), nak tau pasal pa? ya la, takkan aku nak dok saja, aku pun nak la ada income sendiri bukan takat tunggu hubby bagi ja. Bak kata ahli politik, "menjana Ekonomi Keluarga". Aku nak jadi isteri dan ibu yang berwawasan yg dapat jadi contoh kat anak2 aku bila depa dewasa nanti. InsyaAllah

tak banyak kan wishlist aku? Memang tak banyak coz aku tak mau jadi manusia tamak. Jangan nanti orang kata, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Aku mesti motivate diri sendiri utk mencapai semua wishlist aku. Doakan untuk aku frenz! Kata orang, kalau ramai yang mendoakan kita plus dengan doa dari diri sendiri InsyaAllah, akan dimakbulkan...Amin

aku mesti berjaya!

Sunday, November 1, 2009

The Third

hihihi everybody!

hari ni aku rasa mcm nak sembang2 pasal bab tambah menambah anak..hehehe..
ntah la, kadang2 aku rasa mcm nak baby lagi, tapi in certain situation, rasa macam cukup2 la 2 tu..mmmm...peningkah aku? may be lor! 50-50 la plak lately, tp kena pk byk2 dulu...

uols tau kan aku ada 2 little princess, they grown up well, Alhamdulillah. Ada yang kata we need a boy too, ada yang kata tak pa xdak boy...sigh. Well, aku tau setiap anak tu ada rezeki masing2, tapi kan for me la, aku tak sure samada fizikal dan mental aku mampu for the third one. Sebab apa? 2 princess aku tu punya la power puff gals, very notti hooooo...letih melayan depa tu, so imagine if aku ada baby lagi, aku pun tak terimagine macam mana tau.

Kalau aku ni fulltime housewife, dok melangut kt rumah, masak makan basuh mengemas tu semua may b aku akan tambah kot..heehee. Kerja aku lani agak tak mengizinkan aku tambah la coz, kerja ni ada deadline, kena peak season, bizi bees semua tu macam mana anak2 aku nanti? Ko bayangkan, anak2 aku lani dok nuseri 9-6pm, if ada baby lagi, dengan si baby tu pun kena pos..ish ish..kesian tau.

Finacially plak, kalau sorang dah rm300, if tiga rm900 wooohooohooo.
mampukah aku? takkan aku nak bagi susah umi jaga anak2 aku tu..no no no.

bagi aku gak, aku suka life aku lani, anak2 semakin besar n dah senang sikit nak handle, sikit ja la kan. Aku pun rasa lebih baik aku fokus kat depa berdua tu so that aku boleh make sure both dapat equal treatment dari aku compare if bertiga rasanya agak susah nak fokus kot...

Itu semua bagi aku, jangan la plak nanti ada yg kata aku ni sengaja menolak rezeki hoccay! AKu buat macam ni utk kebaikan anak2 aku, semuanya bersebab. Aku tak rasa aku mampu for third child la.
Tapi aku tak menolak kalau dah tertulis aku ada 3 anak. Aku kena redha la tu.

Benda ni aku n darling hubby memang ada diskus n dia pun tak kisah 2 atau 3. Thanks Dear! Ya la, benda2 macam ni memang kena diskus betul2, ni suma kan masa depan. Jangan sampai orang kata, buat anak pandai, jaga tak pandai. Huishhhh..xmau aku orang kata macam tu kat aku. Memandangkan kita tak leh nk predict future, so aku rasa first thing first la.

Uols tengok dak Bersamamu? ala yg tv3 tu..uols bayangkan, idup dah susah tapi anak beratuq, tak kesian ka kat budak2 tu, makan pakai tak tentu hala. Makbapak dok sebuk tambah ank. Aku kesian tau kat anak2 depa. Si makbapak tu, dah tau idup macam tu, patut2 la. Kadang2 aku hangin bila tengok si mak ni dok menangis bagai tup2 pewut muncit lagi satu.
Tak kira la miskin ka, kaya ka, kalau rasa tak dapat nak jaga anak elok2 baik pikir sejuta kali before menambah. And again, memang anak tu rezeki tapi kita sebagai makbapak ni kena usaha sendiri utk hidup yang lebih baik dan bukan dengan simpati orang. Ya, may b orang boleh tolong, tapi sampai bila? Orang dah bagi jala, pandai pandai la p menjala, paham kan maksud aku tu? Jangan orang dah bagi jala kita dok nganga tak tau nak guna. Cukup time minta lagi jala, ater sampai bila?
Same goes, Allah dah bagi otak, pandai2 la guna.

So before orang kata aku ni provokatif ka apa ka..better off now, sat aku menambah lagi ada yang tak syok plak. Moral of the story, "Ukur Baju di Badan sendiri". Jangan dah tau badan kecik lagi ada ati nak pakai baju besaq..hehehe

Renung renungkan..