Click click My NuffnangX

Thursday, September 24, 2009

Eid Mubarak



Hanya gambar ciput ni jer yg dapat aku publish ari ni......tak byk gambar coz kamera aku kan dh ngokngek...ni pun kamera org laen...

caption for gambar2 ni, yg tema itam2 tu, anak BIL aku, both sebaya anak2 aku, si abang 6yrs, n the adik 4yrs. Ni la geng kacang abad ini. 4 orang dh mcm empatploh ribu py havoc. Ngeri tul2 bebudak ni tau, ganas n PHD kemain lg...sekali skala jumpa pun dok gado ja depa, 2org loghat utara, 2org loghat Ganu pure...toksey toksey manjang...aku bg tosei baru hampa tau...

tp anak2 aku still dlm kategori sopan la compare dgn jante n tino (baca loghat ganu hoccay) tu..kihkihkih..

Sori Bro, ater dh mmg betui pa..

Friday, September 18, 2009

Dah nak raya!

Slm,
Diam tak diam dh nak raya la weh. AKu mcm percaya tak percaya la plak. Esok dh nk balik KK, rumah mentua. Ada suka, ada tak syok gak. Suka of coz sebab raya, tak suka coz, tak cukup bilik daa...ipar duai tigai semua tu dh kepoh2 balik awai2, so dpt la kt depa bilik2 tu semua. Aku & famili lak, ntah la nk landing kt na. Aku dh plan elok2 dh coz ingat si BIL yg baru kawen baru ni balik rmh mentua dia, mana tau dia pon kepo balik KK, ater maka tak cukup bilik la...hish potong line tui la deni. Aku ni dh beranak pinak, takkan nk tido bilik bujang sekangkang kera tu? Pk logik la ppl. Ada ka patut depa leh kata, yg lama kena beralah? Seniority maaa...ater yg si baru tu kepoh2 balik raya salah tempat apa kes?
Kalau ikut salasilah kami yg kawen dolu2 ni, 1st year raya balik rmh blah pompuan, ni menongkah arus namanya...mengong arrr.
Masing2 tahu masing2 nk balik bila, stat la masing2 plan balik awai lg so leh la depa cilok mana2 bilik depa suka. Depa keja sendiri n keja yg 3ari keja 4 ari cuti xpa la balik suka suki bila. Aku n darlingku keja lain yg tak leh nk suka suki ko amek cuti awai2.

Pada uols la kan, patut ka depa kata "yg lama kena beralah"? For me la, takkan dah ada menantu baru menantu lama dibuat bola ye dak? Padahal, menantu yg lama ni la yg dah byk share mcm2, dek pasai menantu baru, yg lama kena hi hi bye2. Ada ka patut kawan kawan? Takkan la balik raya pun kami nk dok otel? Ari tu masa BIL kawen, kami dh kena stay tempat lain, its fine coz their's big day, ini amacam bro? Sudah2 la nk dpt priority, kome tu dh jd pengantin basi n dh tentu berdua, yg deme ni berempat, pk2 la, nk tido celah mana lg? Takkan gua mau tido kt hall kot? Malu weh sat gi baik py posing time tido tu n tiba2 ada plak yg lalu, anchua lor? Dah la FIL aku tu bangun seawal 5am n stat review satu rumah, on lampu sekampung meriah bagai, kesian la anak anak aku.

Aku pun tak tahu apa yg diaorang PHD sgt dgn kami ni? Tak la plak aku kaco depa before ni.

Ni la yg spoiled mood raya aku, nak balik pun 50 50 ja ni..Adusss...Ntah la frenz...nasib nasib..

Esok km sampai, aku nk tgk reaksi depa macam mana n reaksi aku mcm na gak...yg pasti kebenaran harus ditegakkan....cewah..mcm hang jebat hang tuah la pulok..

udah2 la, posa ni, nanti lps raya sambung lak.

Daaa...Selamat Beraya
N berhati hati dijalan raya sambil beraya k?

Wednesday, September 16, 2009

Salam Lebaran




credit to yummyflashy!


Di kesempatan ini, saya ingin memohon sejuta kemaafan atas segala ketelanjuran kata, bicara dan perbuatan yang tidak saya disedari bisa menyinggung perasaan anda semua. . Saya hanya insan biasa yang tak pernah lari dari dugaan dan kesilapan. Doa saya, semoga Syawal yang bakal menjelma ini memberi kita keberkatan, kesihatan yang baik dan kebahagiaan.

Keluargaku, ampun maaf dipinta andai diri ini telah menyinggung perasaan semua. Halalkan segala perbuatan yg tidak disenangi, halalkan juga segala makan minum selama ini.
Jernihkan segala keruh dihati agar kita dapat meraikan Syawal ini dengan sempurna tanpa secalit rasa sakit di hati.
Terima la diri ini seadanya kerna itulah diri ini. Seorang hamba yang tidak tahu menyembunyikan perasaan gembira mahupun amarah juga seorang hamba yang lantang berbicara. Kerna aku bukan manusia yang hipokrit.

Keluargaku, kita tidak dapat membaca masa depan. Namun kiranya lebaran ini lebaran terakhir untuk kita raikan bersama, diri ini berdoa semoga lebaran kali ini dapat memberi kita beribu kenangan dan kebahgiaan yang tidak mungkin dapat kita lupakan.




Salam Aidil Fitri dari ku untuk semua...

Charger kamera ilang la plak..

Ini adalah iklan kemalasan aku..
yg aku ingat last guna kamera tu 14 Ogos baru ni, p konvo BIL. Masa tu aku py la malas nk detach bateri tu dr charger dia. Trus bawa semua n tuko ja dlm keta. Pas tu aku pun lupa mana aku letak charger dgn bateri xra itew....huhuhu...fenin dk flashback n CSI. tak jugak recall. Memori aku dh out of RAM kot..adoi.
Ni nk dkt raya mencanak bagai cacing kepanasan dk cari charger tu. Yg dlm kamera tu plak dh kong kali kong..macam mana nk posing raya ni...aduhhhh spoil la macam ni.
Aku ada byk benda nk load dr kamera tu. Bersawang gambar2 dlm kamera tu. Adakah aku kena beli bateri n charger baru? owhh tidakKKK! mahei tu, bukan leh pakai bateri cap ayam ja. nk kena guna bateri cap raja-raja plak tu. Hish! fenin aku nk meqior!
mlm ni nk kena sambung balik CSI, anatomi suma tu. Kalau tak dapat gak, mmg alamat foto shop la kena p.

Awat la awai awai ari tu aku tak teringat benda ni, ni dh last minit baru dok hegeh. Masalah betui aku ni. Hubby aku lagi la tak amek port, dia lagi la xtau/tak nampak langsung mana aku letak benda tu. Dek kepandaian aku, suma gone with the wind! Aku dah plan nk bg budak2 tu berposing sakan raya ni, pakai baju comey2 konon..maka jadilah angan tak sudah...

Nk kena cari "Little Einstein" ni, "ini masanya la la la, berpikir pikir pikir pikir....

Otakku yang penat....daaaa!

Male Mysteries -- Solved!

Male Mysteries -- Solved!

Shared via AddThis

Tuesday, September 15, 2009

Happy Birthday my darling Aleesa

Slm,

This entry are specially dedicated to my darling princess Aleesa@'kakak'. Today 15/09/09, 9.19am she's turning 6yrs. Alhamdulillah, for giving us this opportunity and health to celebrate this moment. 
To kakak, umi & abah loves u very much till our last breath. We hope u'll grown up as a good person, smart,  respectful human being. May the future be yours. We always pray for both of you kakak & adik.

Love u much!
umi & Abah

Tuesday, September 8, 2009

Happy Birthday Amani aka adik Sayang

pssst..ni foto las year, yg baru xload lagi la
hari ni 8/09/09 jam 1.11pm, birthday si comel Amani, my 2nd princess. Alhamdulillah dh masuk 4years anak umi ni. Syukur jugak coz diberi kesempatan ini untuk lihat dia membesar, pandai dan bijak dlm segala hal...termasuk hal maknenek..
Adik sayang, umi n abah sayang sangat kt adik. Even adik ni aktif tak ingat n selalu buat umi n abah tensi, tapi kami bersyukur coz adik anak yg sihat n cerdas. Adik mmg nakal tp itula adik..what more do we expect from 4yrs ol kid rite? Dh memang sifat kanak-kanak macam tu...normal la kan?
Adik sayang, umi n abah berdoa semoga adik jadi anak yg baik, mendengar kata, bijak, cerah masa depan dan sihat sentiasa.
Walaupun umi n abah kadang2 marah adik, tp adik kena ingat, marah umi n abah utk kebaikan adik jugak. Adik masih kecik utk paham sebab2nya. Tapi umi yakin tak lama lagi adik mesti paham sebab kenapa umi n abah marah kalau adik buat something yg tak baik.
Last but not least, umi n abah terlalu sayangkan anak2 umi n abah.
Semoga hidup kita sekeluarga diberkati dan tenang selalu..Amin
Happy Birthday Amani sayang, Panjang Umur, murah rezeki n rajin belajar.
Luvs...umi & abah

Sunday, September 6, 2009

Selamat Hari Lahir Umi


Salam


Entry hari ni semata utk ummi ku, sebab apa? coz ari ni birthday umi.

Umi ku selayaknya dpt award The Best Mom in the World. Itu bagi kami adik beradik hoccay!. Umi sememangnya sorang umi yg tabah, terlalu baik hati dan tidak pernah berdendam dgn orang. Ko buat la apapun, ko kata la apa pun kt dia, dia tak simpan dalam hati.

Tujuan aku story semua ni utk kita jadikan iktibar dan bukan utk buka pekung didada atau mengaibkan sesiapa.

Aku ingat lagi, masa we ols kecik2 dulu, umi ni bukan menantu favorite, umi selalu dikutuk oleh sang manusia2 yg sakit hati dgn umi. Apa saja umi buat ada saja yg buruk depan depa. Tapi umi tak kisah, tanggungjawap sebagai wife, umi n menantu tetap umi buat dgn ikhlas. Sedari kecik aku pun dh biasa bab2 kena kutuk, pilih kasih sedarah sedaging ni. Dh immune aku ni tau.

Memandangkan kami stay skali dgn arwah hubabah, umi la yg jaga arwah hubabah masa arwah sakit. Umi tak pernah minta balasan pun, tu pun ada yang sakit hati. Umi ni sebaik baik manusia. Aku pun tak tau mcm na umi leh sabar dgn manusia2 itu. Masa tu aku baru 10yrs so tak byk yg aku leh tolong umi, nk backing umi pun tak pandai sgt. Pernah aku try backing umi tp at last aku kena hantam teruk2.

uols bayangkan, selama brapa tahun umi jaga arwah hubabah, makan minum mandi semua tu. last bila arwah dh tenat sgt2 diorg bawa p tempat lain, about 1 week after hubabah arwah. Yg dapat nama? of coz bukan umi. Org yg jaga seminggu tu la yg dpt nama. Umi? Umi teruk kena hina sedangkan masa arwah dgn umi xdak sapa mai jengok. tup2 depa leh tau apa yg jadi konon masa umi jaga hubabah..aku mmg hangin bab ni. Tapi umi kata takpa, Allah Maha Mengetahui & Saksama. Even masa walid arwah pun ada yg boleh kata "walid hampa dh arwah, so ur mom dah tak dak pertalian dgn aku". Aku la saksi percakapan manusia itu. Umi tak tau tu, coz aku mmg tak sanggup nk bagi tau umi. Biarlah benda ni aku rahsiakan kat umi. Cukupla hati umi sakit.

Mmg betui cakap umi, now manusia2 yg selalu mengutuk, menghina kami anak beranak got their pay. Allah mmg bayar cash kan, it just a matter of time ja, soon or later.

Alhamdulillah, even kami tak kaya tp kami tak meminta or minta simpati manusia2 itu. Aku respect umi dgn semangat n ketabahan dia. Hati umi cukup bersih. Tp aku tau till now, still ada yg tak puas hati dgn apa yg umi dapat atau buat. Ntah la manusia, cukup2 la n sedaq2 la, anda tak tahu masa anda. Kot dok tgh kutuk2 org Allah tarik nyawa ka, tak ka naya. So sudah2 la.

Umi aku tak pernah pun kutuk sapa2 even blakang2 tau. Dikalangan kawan2 umi mmg favorite. Umi disenangi org lain yg bukan sedara sendiri. Kesian umi, tp umi tak ambek hati pun. Jumpa kat mana2 pun, kenduri kendara ka umi still tegur manusia2 itu tanpa ada dendam dlm hati. Dari pengalaman, aku tau manusia2 itu masih busuk hati dgn umi. Tp for me as long kami tak kacau hampa, hell la. Dosa hampa bukan kami.

To umi, "Selamat Hari Lahir, Panjang Umur & dimurah kan rezeki sentiasa" kami anak-anak umi sentiasa support & sayang umi hingga ke akhir hayat...Amin

Kepada sesiapa yg telah membaca coretan ni diharap ianya menjadi teladan utk uols. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui & Adil. What u give u'll get back, it just a matter of time"

Luvs my mom

Saturday, September 5, 2009

Im in blues....

Salam semua!

agaknya kan, mood aku ni amat xstabil kot skrg ni. Sat ok sat tara ok. Tiba2 aku leh jd moddy giler, tiba2 gak aku leh jd giler2..huish petanda xbaek tu..
aku ni sebenarnya agak letih kot nak2 bulan puasa ni, Rest mmg tak cukup. Uols bayangkan...bayangkan aku titun kul 12am++, kul 4am bangun prepare sahur, tup tap tup tap makan solat bagai tu semua dh kul 6.15am. Sambung tdo dlm 1hour pas bangun nk p keja, prepare anak2 nk p skool. Plus minus aku tdo 5jam je sehari. Tu yg collapsed tu padahal I need 7-8hrs nap time...huhu..mmg dugaan Ramadhan sabar sabar...
Bila dh tdo tak cukup tu yg mood pun on off chaos. Ni nk update blog ni pun berchenta tau. Aku paksa gak tgn ni type. Dh taip idea plak liao..anchua? Adusss...payah tu aku ni.
Hari ni darling aku p opis ada urgent job plak, tinggai la aku dgn princess2 havoc ni yg dr tadi dok tgk tv n of cos katun, nganga aku pun tgk katun sampai lebam..sambil dk plan apa nk masak ari ni hoccay!
aku pun dah stat bz bees dah kt opis tu, ada urgent job hope before raya setel la, if not harus naya aku tak leh OL..bayangkan..bayangkan lagi hehe 1 language ada 425pages, n aku kena handle 3 languages...Russian, Ethuanian n Romanian..huh! ni la job yg paling ngeri, tiap2 March June September job ni sure kena buat...
psl pa aku kata ngeri? coz client ni banyak songeh yg amat.....feedback yg on off sesuka depa ja...tu la risiko keja dgn mushi mushi haikkkkkk!
before aku lelebih meraban, aku stop dulu la..si adik pun dk mandi. nk kena tgk dia klu tak harus abih shampoo semua tu dia boh air...
daa frenz!

Tuesday, September 1, 2009

Perginya takkan kembali lagi...

Salam,

entry ni mmg emo sikit coz, tiap2 kali nk raya feelin ni sure singgah dlm hati aku ni...

FYI, aku sudah tidak berbapa since Oktober 2001. Arwah walid meninggal on October 1st, 2001, sebulan b4 1st wedding anniversary aku. Memang dah tertulis masa arwah setakat tu saja, aku redha. Tapi dlm redha tu ada sedikit ralat dlm hati ni.
Arwah stat sakit on July 2001, few weeks lps abang arwah (Arwah Ami Ahmad) meninggal. Arwah walid kena stroke, sebelah kiri. Masa tu aku stay rumah sendiri yg agak jauh la gak.
Masa tgk arwah kt GH, aku xtau nk describe perasaan aku, sebak, sayu n mcm2. Hanya Allah S.W.T yg tau macam mana perasaan aku time tu. Aku jd takut, takut if walid tinggalkan kami. Masa tu mmg arwah dh tak leh cakap langsung, mmg mcm baby, just boleh kuar bunyi2 ja. Kami byk sembang n bg semangat kt dia even kami tau arwah mmg xkan paham due to his condition, tp kami xpeduli tu coz yg penting dia tau kami dekat dgn dia.

Lps 1wk kt GH, arwah discharge, balik rumah. Aku n hubby pindah sementara balik rumah walid coz nk jaga arwah, days by days keadaan arwah ximprove gak. Hari2 ku panjatkan doa utk walid cepat recover.
Mcm2 cara kami try utk cure arwah tp myb dah takdir walid mcm tu...on off masuk ward.
Keadaan walid makin teruk bila tiba2 dia start vomit darah, time tu aku n hubby dok siap2 nk p ofis, memandangkan keadaan dh mcm tu, kami kol ambulans. Arwah dibawa skali lg ke GH, trus ke emergency room. Doc panggil waris walid, aku, hubby n umi masuk n masa tu aku mmg rasa mcm nk pengsan bila tgk doc dh pasang ventilation support dlm mulut walid, dlm hati aku dpt rasa masa walid mmg xlama...aku redha dgn apa yg bakal terjadi. Aku redha coz aku xsanggup tgk keadaan walid yg terlalu menyanyat hati. Aku xmau walid terseksa.
Seminggu arwah dlm keadaan macam tu. Masa tu sedara mara aku dh pesan kt aku, kalau ada apa2 salah, minta maaf cepat kt arwah. Ya, aku buat apa yg dipesan. Dlm linangan air mata yg aku sendiri xtau mcm mana byknya..aku minta ampun, minta maaf, halal makan minum dan segala perbuatan aku kt walid. Aku nampak ada titisan air mata keluar dr mata walid. AKu tahu dia dengar dan paham cuma dia tak boleh nk cakap. Masa tu aku mmg sebak yg amat sgt..aku mula bertambah takut dlm redha...
Lps seminggu, doc kata baik bawa arwah balik rumah coz mmg dh tak dapat nak buat apa2. So kami pun setuju. Tapi arwah tak balik rumah kami, tp terpaksa dihantar ke nurseri atas desakan manusia laen bukan dgn kehendak kami anak2 walid..kami terpaksa akur walaupun berat hati kami.
Tiap hari lepas keja aku p melawat arwah, aku xpernah skip tu. Tp nk dijadikan cerita, minggu yg sama, hubby aku ajak balik kg weekend tu. Berat hati nk balik sebenarnya, tp ntah la aku setuju. So weekend tu, selama 2 hari aku tak dapat melawat arwah. Aku pk xpa la, esok lps keja leh p.
Isnin tu, 1hb Oktober 2001, aku p keja mcm biasa. Tup2 dlm kul 10am, hubby aku kol n inform kt aku org nuseri kol coz keadaan walid dah nazak. Aku suruh hubby aku kol ambulans, dia kata xpa, kita p tgk dulu. So kami pun sampai ke nurseri tu....masa aku sampai, aku tgk walid dh tutup mata, aku ingat dia tido, tapi hubby aku cakap, sebenarnya walid dah arwah masa dia kol aku kt opis, dia tak nak bg tau aku coz takut sumting jd kat aku. Lps tu aku mmg rasa lemah, aku terduduk kt lantai sambil pegang tangan arwah. Aku menagis sepuasnya..Ya Allah, aku sedih, aku pasrah suratan ini.
Sesungguhnya aku ralat sebab arwah pegi tanpa ada anak2 disisinya. AKu tak tahu apa yg arwah mungkin nak seblum dia pergi..aku ralat sgt..
Keadaan wajah arwah memang berseri2.. aku ingat tu.

Sesungguhnya aku amat merindui arwah....
Ya Allah, Engkau tempatkan lah Arwah bersama golongan Ahli Syurga...

Sesungguhnya, aku amat merindui, menyanyangi walid...

Al Fatihah buat Arwah walid...Syed Fuad Alhady

Yeah yeah! si kakak dh posa full...

Slm,
ntah2 apa2 tajuk ntry aku ni kan? ni la namanya ntry fenin2 langau!

saja ja nk kecoh2 kt uols, my 1st princess aka si kakak, dh posa full 4 hari tau...Alhamdulillah. Aku very the bangga la coz dia baru nk masuk 6yrs in 2weeks @15hb ni lagi. Eh eleh..sure uols cakap "ala minah ni, anak owang laen 4-5yrs dh stat posa dok kecoh pasai anak dia plak" kan kan kan?
xpa la, itu anak owang laen, mana gua amek port. Ni anak aku, aku port la dlm blog aku ni..xkan aku nk kepoci pasai anak owang laen plak dlm ni..ye dak?
tp kan uols, kadang2 aku cian gak kat dia, ya la, bg aku la, ni bagi aku la, bg uols xtau la kan....umur2 mcm tu mcm x shesuai sgt posa coz depa p skool n ada bebudak laen yg dok hepi hepi makan minum bagai, sure bebudak yg posa ni melopong tengok si budak2 bertanduk tu makan...
ish ish, cian arrr...tp tu la, si kakak ni mmg nk sgt posa, sat g aku xbg dia ingat aku pun bertanduk devil, mau dia havoc kt teacher dia, tak ka malu aku..><
Itu si kakak (^_^)
Yg si adik plak
si adik ketegori "wa xkisah apa lu olang mau cakap", epi go lucky. Lg kita cakap jgn dok makan depan kakak, lg tu la dia dok provoke si kakak dgn makanan dia...siap nk suap lagi tau..ish ish adik, mmg no heart feelin'. Dia hari2 nk kuasa aka posa versi adik (dia xreti sebut posa..jenuh ajar, dia dok sebut gak kuasa)
dia xtau mak dia ada kosa bola naga, cuit ckit kuaq api..
kerenah adik time posa ni mmg mengugat geget kesabaran aku...huh! sabau sabau...
si adik baru nk masuk 4yrs next week, 8hb ni, tu yg jenuh dk melayan dia, ala2 tak paham bahasa sgt..huhuhu..
moral of d story, aku xkesah la mcm mana skalipun anak2 aku py prangai yg penting depa xkacau orang laen, depa kaco aku ja xpa...
perangai2 ni la yg aku dok ingat bila boring2 kt opis, gelak sowang pun ada gak kadang2...pendek&panjang kata I LOVE my Kiddos munchy2
aku ada ntry laen ni, sat if aku ada time aku blog lg..

ohh..how i wish today still holiday

hi hi hi!

bestnya weekend ni, tp diam tak diam ari ni dh kena keja la plak...awatla Merdeka xcuti lelama? bg la xra 1 ari lagi.
Psl pa aku kata bestnya holiday? sebabnya...jeng jeng jeng.....
cuti ni aku betui2 dpt masak, dari sahur sampai berbuka, ALhamdulillah. Tak berbuka kat luar pun tau, 3ari tau..aku bangga bangat nih!
Sabtu aku buat,
1)buah melaka
2)kuah pindang
3)bubur lambuk

Ahad
1)Puding Milo
2)Fetuccine Carbonara

Isnin
1)Makroni sup
p/s:dessert semlm ada lg, so xbuat la..

tp tak semua aku amek gambo, ater, dh berbuka lapau la...dh abih baru teringat..huahuahua

overall, masakan aku kira menjadi la gak, walaupun aku ni memang jarang jarang...kadang kadang ja masak...

apa kata darling aku? ish..deni ego sikit, mana ada nak puji2 ni...padahal dia santap xhingat...hehe

apa yg penting famili aku dapat makan hasil titik peluh ku, hasil air tangan ku ini...no artificial color, flavor n no msg tau. Low sugar n low salt gak..kihkihkih...

ni pewut dh kenyang, tgu time nk solat nih...so gotta go for now..

daaaaaaa

Have a nice weekdays ols