Click click My NuffnangX

Tuesday, September 1, 2009

Perginya takkan kembali lagi...

Salam,

entry ni mmg emo sikit coz, tiap2 kali nk raya feelin ni sure singgah dlm hati aku ni...

FYI, aku sudah tidak berbapa since Oktober 2001. Arwah walid meninggal on October 1st, 2001, sebulan b4 1st wedding anniversary aku. Memang dah tertulis masa arwah setakat tu saja, aku redha. Tapi dlm redha tu ada sedikit ralat dlm hati ni.
Arwah stat sakit on July 2001, few weeks lps abang arwah (Arwah Ami Ahmad) meninggal. Arwah walid kena stroke, sebelah kiri. Masa tu aku stay rumah sendiri yg agak jauh la gak.
Masa tgk arwah kt GH, aku xtau nk describe perasaan aku, sebak, sayu n mcm2. Hanya Allah S.W.T yg tau macam mana perasaan aku time tu. Aku jd takut, takut if walid tinggalkan kami. Masa tu mmg arwah dh tak leh cakap langsung, mmg mcm baby, just boleh kuar bunyi2 ja. Kami byk sembang n bg semangat kt dia even kami tau arwah mmg xkan paham due to his condition, tp kami xpeduli tu coz yg penting dia tau kami dekat dgn dia.

Lps 1wk kt GH, arwah discharge, balik rumah. Aku n hubby pindah sementara balik rumah walid coz nk jaga arwah, days by days keadaan arwah ximprove gak. Hari2 ku panjatkan doa utk walid cepat recover.
Mcm2 cara kami try utk cure arwah tp myb dah takdir walid mcm tu...on off masuk ward.
Keadaan walid makin teruk bila tiba2 dia start vomit darah, time tu aku n hubby dok siap2 nk p ofis, memandangkan keadaan dh mcm tu, kami kol ambulans. Arwah dibawa skali lg ke GH, trus ke emergency room. Doc panggil waris walid, aku, hubby n umi masuk n masa tu aku mmg rasa mcm nk pengsan bila tgk doc dh pasang ventilation support dlm mulut walid, dlm hati aku dpt rasa masa walid mmg xlama...aku redha dgn apa yg bakal terjadi. Aku redha coz aku xsanggup tgk keadaan walid yg terlalu menyanyat hati. Aku xmau walid terseksa.
Seminggu arwah dlm keadaan macam tu. Masa tu sedara mara aku dh pesan kt aku, kalau ada apa2 salah, minta maaf cepat kt arwah. Ya, aku buat apa yg dipesan. Dlm linangan air mata yg aku sendiri xtau mcm mana byknya..aku minta ampun, minta maaf, halal makan minum dan segala perbuatan aku kt walid. Aku nampak ada titisan air mata keluar dr mata walid. AKu tahu dia dengar dan paham cuma dia tak boleh nk cakap. Masa tu aku mmg sebak yg amat sgt..aku mula bertambah takut dlm redha...
Lps seminggu, doc kata baik bawa arwah balik rumah coz mmg dh tak dapat nak buat apa2. So kami pun setuju. Tapi arwah tak balik rumah kami, tp terpaksa dihantar ke nurseri atas desakan manusia laen bukan dgn kehendak kami anak2 walid..kami terpaksa akur walaupun berat hati kami.
Tiap hari lepas keja aku p melawat arwah, aku xpernah skip tu. Tp nk dijadikan cerita, minggu yg sama, hubby aku ajak balik kg weekend tu. Berat hati nk balik sebenarnya, tp ntah la aku setuju. So weekend tu, selama 2 hari aku tak dapat melawat arwah. Aku pk xpa la, esok lps keja leh p.
Isnin tu, 1hb Oktober 2001, aku p keja mcm biasa. Tup2 dlm kul 10am, hubby aku kol n inform kt aku org nuseri kol coz keadaan walid dah nazak. Aku suruh hubby aku kol ambulans, dia kata xpa, kita p tgk dulu. So kami pun sampai ke nurseri tu....masa aku sampai, aku tgk walid dh tutup mata, aku ingat dia tido, tapi hubby aku cakap, sebenarnya walid dah arwah masa dia kol aku kt opis, dia tak nak bg tau aku coz takut sumting jd kat aku. Lps tu aku mmg rasa lemah, aku terduduk kt lantai sambil pegang tangan arwah. Aku menagis sepuasnya..Ya Allah, aku sedih, aku pasrah suratan ini.
Sesungguhnya aku ralat sebab arwah pegi tanpa ada anak2 disisinya. AKu tak tahu apa yg arwah mungkin nak seblum dia pergi..aku ralat sgt..
Keadaan wajah arwah memang berseri2.. aku ingat tu.

Sesungguhnya aku amat merindui arwah....
Ya Allah, Engkau tempatkan lah Arwah bersama golongan Ahli Syurga...

Sesungguhnya, aku amat merindui, menyanyangi walid...

Al Fatihah buat Arwah walid...Syed Fuad Alhady

2 comments:

  1. Sayu ... berjumpa dan berpisah tetap datang dan pergi! Hopefully ia menjadikan kita lebih kuat dan tabah!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...& TQ..kenangan yg mengusik jiwa ini xmungkin dpt kita lupakan selagi nyawa dikandung bdan..

    ReplyDelete