Click click My NuffnangX

Monday, July 20, 2009

Just to share...first time dapat title "Ummi"

Ada contest dari Ibu ADDINNASA dari anakkuwiraku.blogspot.com. Kalau dapat menang Crabtree and Evelyn Rosewater Soap ni leh le wangi2 kt hubby. 
So ni post for the contest:

Bila time free ni teringat pulak pengalaman deliver anak sulung back to year 2003.
Ikut due doktor bagi patutnya 4 September 2003. So bila dah ujung bulan Ogos tu memang dah tak berani la nak jalan2 sangat dan selalu doa kot2 anak ni nak jadi "Anak Merdeka". Tiap2 mlm dok standby kot2 la sakit nak bersalin. Tunggu punya tunggu baby ni tak jugak keluar. So 4 September tu pergi la checkup n doktor extend date tu lagi 10 hari coz baby tak engage lagi n keadaan dia pun ok lagi tapi doc kata if 13hb tak keluar gak saya kena admit n akan kena induce. Alamak! Takut pulak rasanya. Tunggu la lagi sampai 13hb, memang baby ni tak keluar gak. So doc bagi surat utk admit. Huhu..sedih tau coz nak kena induce. Masuk wad jugak saya 14hb tu. Sebelum tu doc scan n checkup lagi, mmg baby ni tak engage pun. Finally doc cakap kat hubby esok 15hb, pukul 7.30am saya nak kena induce. Ok fine..hubby pun balik rumah jap n ptg tu dia dtg balik tapau makan kt mak buyung ni. Setel makan kul 7.30pm, hubby balik n dia akan dtg balik esok pagi. Katanya pukul 9 esoknya dia dtg coz kata doc induce makan masa nak effect.
Saya tido awal malam tu tapi dek sebab risau nak kn induce esok, mata ni tak boleh lelap. Punya la gelisah sampai tak boleh tido. 
Dlm kul 10.30 malam tu, tiba2 perut ni rasa mcm senak nak memerut, so saya pegi toilet dulu. Byak kali saya mengulang ke toilet, ingat salah makan ke tak pe la. Tup2 sakit ni mcm menjadi2 pulak. Apalagi terus panggil nurse n bagi tahu dia saya rasa mcm tak sedap perut je ni.  Nurse tanya, air ketuban dh pecah ke? Alamak! Mana saya tahu. Yang saya tahu, saya dh byk kali pergi toilet buang air kecik. Nurse tu pun gelabah la n cepat2 bawa saya masuk utk check. Bila dia check katanya baru bukak 1cm n saya kena tunggu di wad je sampai bukak 3cm. 
Masa tu mmg rasa mcm nak hentam nurse tu, dah la sakit kena tunggu kt wad pulak. Adoi la. Mulut ni Alhamdulillah tak lupa nk selawat. Saya tak boleh tido langsung masa tu sampai la pukul 5.30 pagi, nurse check n dah bukak 3cm. Saya terus dibawa ke Labor Room.  Dlm tu pun nurse boleh kata "ni lambat lagi ni, so kena tunggu je la". Tapi nasib ada nurse yg prihatin, di dtg n urut blakang saya yg amat punya sakit dan lenguh. Minat epidural, nurse kata tak bagus for baby. So ok la walaupun sakit ni dah tak tertahan.

Bayangkan, last makan kul 7.30mlm pas tu tak masuk apa2 lagi setelah byk membuang. Mmg letih dan lemah sgt. Tp sebab anak, ku gagahi jua. Dlm kul 8.45pagi 15hb, doc n nurse semua dah start kelam kabut coz baby mmg dh nak keluar, disuruhnya saya push push. Sepenuh tenaga saya guna utk push tp doc kata still tak nampak kepala baby. Takut sedih semua ada tau. So finally, selepas byk kali push baru la kepala baby dh nampak tp memandangkan saya ni size badan kecik, jadinya bahagian bawah tu kena gunting, J shape. Masa tu memang boleh dgr bunyi kena gunting shriaappppp. Tapi tak rasa sakit coz sakit contraction tu lagi sakit amat.
Tepat pukul 9.19am, maka keluar la puteri sulung ku WAN NUR ALEESA. Baby kecik je tapi ssh nak keluar. Masa baby keluar nurse2 sibuk je dok teka berat baby coz kata diorang, baby kecik amat. Baby ku seberat 2.52kg n sihat semua. Alhamdulillah. 
Lama gak saya sakit dari pukul 10.30mlm sampai 9.19pagi, tapi bersyukur kerana semuanya selamat. Yg lawaknya, hubby saya baru dtg ke wad time saya dh nk dekat bersalin. Terngaga dia bila nurse cakap saya dah masuk labor room..hehehe. Mmg dia tak nak masuk pun coz dia takut tgk darah.

Tak pe la janji semua sihat dan selamat. Alhamdulillah.

1 comment: