Click click My NuffnangX

Thursday, July 23, 2009

kenapa anak-anakku berlainan wajah

mak oi kooooo..tajuk suspen tau...gimik je tu...bawak bertenang2 kakak ni suka buat senyum ayu iteww...

ni adik py standard pose, mulut mesti senget.


ramai orang kata anak-anakku muka 2 2 xsama. kaler pun lain...mmmmm...kisahnya mcm ni




alkisah semasa aku pregnant si kakak aku mcm biasa je, tengok orang2 biasa je so sebab tu muka dia mcm melayu. compare to si adik, before ngandung dia, back to year 2004, aku byk nar krisis dgn colleague aku (si amoi). menjadi2 x suka aku kt dia. ada saja la hal dgn dia..hehe. FYI, am working at Japanese company. N am the only yg berbinti, yg lain surname. On July plak aku di hantar ke Japan for 3wks biz trip (mmg lebih trip dr biz..yeeehaaa). Masa tu si kakak baru 10bln, cian kena tinggal dgn opah dia.


Aku suka sgt dgn Japanese, depa mmg polite n humble. for 3wks tu mmg aku dk ngadap depa je la. balik month end tu my first menstrual after 10mth tu sampai. FYI, am bf si kakak till dia 16mth b4 detect 2nd preggy. By Jan 2005, am preggy t 2nd. 2005 gak aku mmg dok xbekenan dgn si amoi tu, ada je la nk gado (pembawa budak kot..ngeh3).


September 8th, 2005 delivered to adik n tadaaaaaaaaa....1st impression "babyku mcm Japanese lor' + kulitnya yg putih tu.


mana2 p sure org tgk si adik tu dgn curious nya dk pk "bapa budak ni chinese/japanese kot"..huhu. anyw, am proud of it coz bukan senang nk dpt mcm tu. Gifted. Alhamdulillah.






Moral of the story, bila time peknen, gado la dgn ricky martin, brat pitt, penelope cruz or miss world.








peace!

Wednesday, July 22, 2009

Eczema

Uols ada anak yg ada eczema tak? Mine yup.  Si kakak tu. My hubby dear asthmatic.
Masa first detect kakak kn eczema time umur dia 5yrs (last year). Masa tu tgk dia dk garu belakang peha dia, ingat sebab peluh or wat. So just basuh la. After a while ada satu dark spot betul2 belakang peha dia, huh takut aku. At first just bawa dia ke klinik biasa, once tunjuk je kaki dia doc tanya, famili ada yg ada asma ke? jeng jeng jeng....yup, her daddy asthmatic. SO doc kata ini eczema, skin alergy, tak berjangkit coz si pengidap saja yg kena org lain pegang x berjangkit hoccay! N the advice, dia tak boleh pakai sabun biasa tp kena guna yg pH5.5 n below je. So doc bg la some cream utk apply kt affected area.
If guna toilet pun kena make sure toilet bowl tu betul bersih before hand. Since dia kena kt belakang peha, tu yg kena make sure toilet bowl bersih.

Eczema ni, lain org lain tempat yg affect. Anak aku tu tak digalakkan pakai skirt or dress sgt tp doc encourage pakai long pants (cotton recommended). Since that, aku tak keruan py dk jaga dia, nak2 bila terpaksa guna public toilet. Aku kn lap n basuh dulu bowl tu (dh mcm toilet cleaner tau..), puas ati baru bg dia guna. 

P mana2 pun aku make sure pH5.5 bath gel n wet tissue sentiasa ada. Bath gel in case nk mandi kt rumah umi aku ke sesapa ke. Wet tissue for the toilet.

After few months benda ni mcm x ok gak. So aku trus diskus dgn hubby for another option, Skin's Specialist. So we took her to Lim Skin's Specialist @ Aboo Siti Lane. N Alhamdulillah, lps dpt cream n the cleaning solution, the area improved. Dh nama specialist, fees pun mmg kebaboom la. Xpa la janji anak aku dh suffer.
Eczema ni memang tak boleh cure tapi kita just boleh maintain je so that it wont get worse. Now, since she still small, am the one who need to take care of it la. Budak 6thn apa la sgt dia pk psl hygiene ni. 
But am always remind her, if we go eat @ mamak's shop you are not allowed to use the toilet. U know la how the condition..huhuhu..x lalu. Takkan aku nk p cuci segala maknenek kt toilet tu. Serius, aku if dh kena masuk toilet yg uweekkk, pas tu mmg aku dh tak boleh makan tau.

So till now kakak mmg tak boleh putus ubat dr specialist tu, tak kalau menggaru la dia. Tiap2 bln mmg kn p amek ubat.

ok ok la, nnt mlm aku sambung lg, byk tau info psl eczema ni.

aik!

 dh kuar la plak list tu...ngeh3

blogging error....

wuaaaaaaa....how come my followers aka member list disappear? I didn't see the list on my blog? ayooooo....what have i done? As far as i remember, i did nothing la...how come leh?

To my followers aka member, I'm so sorry. Am still figure out to solve this matter.
Jahil sungguh aku bab blogging ni. Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.........itu la aku, nk kena blajar lagi.

mlm ni la kau setel

Tuesday, July 21, 2009

terkenang-kenang@rindu

gambar bawah ni, si kenit mata hazel (mmg hazel hoccay) tu nama ainul mardhiah, anak buah sulungku. anak adik aku yg kt pahang nun.....lama tul xjumpa depa ni. Last jumpa bln 12 las yr. Huish! nk dkt sethn xjumpa tau. rindu kt ainul cinoni ni, mcm mana la dia lani. bapa dia cikgu, time cuti skolah je kena kursus, tu yg payah depa nk gerak p mana2. winduuu oi! tp bersyukur lani ada teknologi, sms la, fb la, so xla rasa sgt. anytime leh contact. tp tu la, jumpa live dgn sms or fb x sama tau..huhu. aku ni adikbradik xramai, 4 kerat je.

aku jugak bersyukur coz dpt stay kt pulau ni, dkt dgn umiku, adik bongsuku n abgku tp adik aku tu cian dia, nunnnnn jauh di tempat jin tendang (sori sis...tp mmg betui pun..hehe). jauh tau nk p tmpt dia, dr penang dlm 10jam tau..tu yg dk pk bila nk p sana. lama babas tu.

cian gak bila pk idup cikgu cikgi ni, nk minta transfer pun payah. tp depa ni bgs coz berbakti pd anak bangsa. aku salute cikgu2 yg kn post ulu banat nun, mmg kuat n cekal tul. klu aku mmg gua dh lama lari tau.

mlm ni jiwa ku kaco sikit, letih kot dk pk keja kt ofis yg soon akan menimbun. nk tido mcm ssh plak..adoi la. anak2 ku dh lama sampai london paris new york (tido la tu).
ni sat g nk kena gak pujuk mata2 ku tuk lelap, nayo den nk bgn awai esk..

esk aku add lg entry ni. nk p cr jiwa ku yg ilang nih!

nite

Monday, July 20, 2009

My new wedges

ni gambar 1st round shopping, hubby dear melayan bebudak 2 org ni makan ice cream. si adik tu lps abis je minta lg, dushhhhh...kena sound dgn umminya ni...ingat ummi keja bank negara ke nk membazir jer..ngeh3. dr buang rm puluh2 beli eskrim ni baik la p makan benda lain yg lebih healthy. mlm ni si kakak dh start running nose..haa minum/makan ais byk2 lg, kn dh soksehsokseh.
as promised, ni ha wedges pertama ku, ada lain kaler gak...sodap gak makainya..orang biasa brand pun biasa as long aku tak minta duit orang udah ler..

Just to share...first time dapat title "Ummi"

Ada contest dari Ibu ADDINNASA dari anakkuwiraku.blogspot.com. Kalau dapat menang Crabtree and Evelyn Rosewater Soap ni leh le wangi2 kt hubby. 
So ni post for the contest:

Bila time free ni teringat pulak pengalaman deliver anak sulung back to year 2003.
Ikut due doktor bagi patutnya 4 September 2003. So bila dah ujung bulan Ogos tu memang dah tak berani la nak jalan2 sangat dan selalu doa kot2 anak ni nak jadi "Anak Merdeka". Tiap2 mlm dok standby kot2 la sakit nak bersalin. Tunggu punya tunggu baby ni tak jugak keluar. So 4 September tu pergi la checkup n doktor extend date tu lagi 10 hari coz baby tak engage lagi n keadaan dia pun ok lagi tapi doc kata if 13hb tak keluar gak saya kena admit n akan kena induce. Alamak! Takut pulak rasanya. Tunggu la lagi sampai 13hb, memang baby ni tak keluar gak. So doc bagi surat utk admit. Huhu..sedih tau coz nak kena induce. Masuk wad jugak saya 14hb tu. Sebelum tu doc scan n checkup lagi, mmg baby ni tak engage pun. Finally doc cakap kat hubby esok 15hb, pukul 7.30am saya nak kena induce. Ok fine..hubby pun balik rumah jap n ptg tu dia dtg balik tapau makan kt mak buyung ni. Setel makan kul 7.30pm, hubby balik n dia akan dtg balik esok pagi. Katanya pukul 9 esoknya dia dtg coz kata doc induce makan masa nak effect.
Saya tido awal malam tu tapi dek sebab risau nak kn induce esok, mata ni tak boleh lelap. Punya la gelisah sampai tak boleh tido. 
Dlm kul 10.30 malam tu, tiba2 perut ni rasa mcm senak nak memerut, so saya pegi toilet dulu. Byak kali saya mengulang ke toilet, ingat salah makan ke tak pe la. Tup2 sakit ni mcm menjadi2 pulak. Apalagi terus panggil nurse n bagi tahu dia saya rasa mcm tak sedap perut je ni.  Nurse tanya, air ketuban dh pecah ke? Alamak! Mana saya tahu. Yang saya tahu, saya dh byk kali pergi toilet buang air kecik. Nurse tu pun gelabah la n cepat2 bawa saya masuk utk check. Bila dia check katanya baru bukak 1cm n saya kena tunggu di wad je sampai bukak 3cm. 
Masa tu mmg rasa mcm nak hentam nurse tu, dah la sakit kena tunggu kt wad pulak. Adoi la. Mulut ni Alhamdulillah tak lupa nk selawat. Saya tak boleh tido langsung masa tu sampai la pukul 5.30 pagi, nurse check n dah bukak 3cm. Saya terus dibawa ke Labor Room.  Dlm tu pun nurse boleh kata "ni lambat lagi ni, so kena tunggu je la". Tapi nasib ada nurse yg prihatin, di dtg n urut blakang saya yg amat punya sakit dan lenguh. Minat epidural, nurse kata tak bagus for baby. So ok la walaupun sakit ni dah tak tertahan.

Bayangkan, last makan kul 7.30mlm pas tu tak masuk apa2 lagi setelah byk membuang. Mmg letih dan lemah sgt. Tp sebab anak, ku gagahi jua. Dlm kul 8.45pagi 15hb, doc n nurse semua dah start kelam kabut coz baby mmg dh nak keluar, disuruhnya saya push push. Sepenuh tenaga saya guna utk push tp doc kata still tak nampak kepala baby. Takut sedih semua ada tau. So finally, selepas byk kali push baru la kepala baby dh nampak tp memandangkan saya ni size badan kecik, jadinya bahagian bawah tu kena gunting, J shape. Masa tu memang boleh dgr bunyi kena gunting shriaappppp. Tapi tak rasa sakit coz sakit contraction tu lagi sakit amat.
Tepat pukul 9.19am, maka keluar la puteri sulung ku WAN NUR ALEESA. Baby kecik je tapi ssh nak keluar. Masa baby keluar nurse2 sibuk je dok teka berat baby coz kata diorang, baby kecik amat. Baby ku seberat 2.52kg n sihat semua. Alhamdulillah. 
Lama gak saya sakit dari pukul 10.30mlm sampai 9.19pagi, tapi bersyukur kerana semuanya selamat. Yg lawaknya, hubby saya baru dtg ke wad time saya dh nk dekat bersalin. Terngaga dia bila nurse cakap saya dah masuk labor room..hehehe. Mmg dia tak nak masuk pun coz dia takut tgk darah.

Tak pe la janji semua sihat dan selamat. Alhamdulillah.