Click click My NuffnangX

Tuesday, February 22, 2011

Kembali lagi dengan macam-macam ceritera.

Salam semua!

Sejak tahun baru ni macam2 la yg dh jadi pada kita kan? Macam aku ni, stat anak masuk sekolah memang very the busy bees (bees pun tak bizi macam aku). Januari stat macam biasa tapi Allah Maha Kuasa kan, 8/1/2011, ba@bapa tiri aku jatuh sakit, stat dengan demam terus dapat detect ada kindney and pnuemonia. Kidney satu side memang tak leh guna dah...day by day ummi aku la yg jadi nurse kat wad siang malam tak balik rumah.

Anak aku si kakak tu kan stay dengan umi aku skool time, dah jadi macam ni terpaksa la paksa adik aku tolong jaga, si kakak kena angkut p tempat keja dia la hari-hari, nak buat macam mana kan? Tu la orang cakap nasib@fate.. Aku pun redha la. Nak harap adik beradik tiri jaga bapak depa..hampeh, sekoq pun tak ciri2 anak mithali padahal ba tu bapak kandung depa. And aku adik beradik tak berani la nk cakap apa coz depa tu lebih tua dari kami bertahun-tahun. Ada otak pikir sendiri la ye dak?

Ok ok, pas 2 weeks ba admit, satu-satunya makcik aku kt Penang ni pulak meninggal. Keadaan Ba makin lama makin kritikal, sebak aku tengok dia, dengan ventilator dlm mulut, ba memang tak boleh nak napas sendiri due to lung dia yg dh teruk tu. Aku macam biasa la, rutin harian memang kat hospital ja la, p tengok ba dgn umi. Alhamdulillah sepanjang jadi nurse, umi sihat ja. Risau aku kalau umi sakit, dh nama hospital harus segala macam virus ada kan?

Doc pulak hari-hari dok cakap ba makin teruk, no improvement at all katanya due to age factors la sama kan. Tapi we all redha la if apa-apa terjadi, kalau dah ketentuanNya mcm ni..

Masuk Februari, keadaan makin teruk sangat-sangat, aku pun dapat rasa sumting akan jadi soon. Time ni aku pulak tak sihat, ya la kan p hospital hari-hari. So on 8th Februari, aku MC, demam punya pasal, apalagi keja aku membuta ja la, dalam kul 4 lebih masa tu pas makan ubat, tengah dok tingtong kepala ni, umi kol cakap "Ba dah tak dak", aku jawap "ha". Pas letak fon baru aku jadi normal sikit, terus aku kol umi balik tanya betui-betui.
Memang ba dah meninggal time tu, ngam-ngam masuk asar. Aku redha dan pasrah dengan ketentuan ni. Sedih memang sedih even ba kawen dengan umi baru 4tahun, tapi muka tu la yang kami dok tengok hari-hari. macam tak percaya pun ada, tapi tu la hakikatnya..

Tapi aku still ternampak-nampak muka Ba masa arwah di bawak balik ke rumah, Allah Maha Besar, Ba tersenyum & muka dia nampak macam muda sangat-sangat. Orang baik yang meninggal memang macam tu kan? Amani pun tanya "umi, tok ba dah meninggal tapi pasal pa dia senyum?"...Hanya Dia yang Maha Mengetahui

Genap sebulan sakit ba pergi tinggal kan kami semua..Al-Fatihah

So now, macam-macam yang aku adik beradik kena buat termasuk la support umi. Adik beradik tiri yang lain, sorang pun dah tak kol tanya kabar umi, even sijil mati yang original tu pun umi tak tengok, semua depa pegang n arrange tukar nama segala aset ba tanpa bagi tau umi apa pun..

Its ok, Allah Maha Adil umi cakap, orang tamak selalu ada balasan...


For second time, I've lost a father

Al-Fatihah untuk Arwah Walid & Ba...

Thursday, December 23, 2010

menjenguk

Salam semua,

I'm back nk menyapu sawang di belog ni...sori la, busy sangat-sangat sampai tak sempat nak blogkeeping...harap ada masa lagi..

just nak wish semua, Selamat Tahun Baru 2011, Semoga Impian Anda Semua DiRahmatiNya...amin

Thursday, August 19, 2010

interrupted....

keadaan agak terganggu lani...due to lack of sleep n rest. Masa puasa ni aku just dpt tido xsampai 5jam sehari, Tido midnite, Sahur 4.30am, pas subuh tido jap dlm 30min pas tu dh kena siap to work. Letihnya tuhan saja yg tau....so idea pun yilekkk! Nk tukar backround blog ni pun aku malaih! aisey me!

hope nx week leh recover la...

chowchinchow!

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Doa Malaikat Jibrail menjelang Ramadhan; "Ya Allah Tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal berikut;
1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang sekelilingya

Maka Rasulullah pun mengatakan "Amin" sebanyak tiga kali. Dapatkah kita bayangkan yang berdo'a adalah Maliakat dan yang meng-aminkan adalah Rasulullah S.A.W dan para Sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada melakukan kesalahan yang disengajakan atau tidak sengaja pada kalian semua.

Monday, July 12, 2010

kembalinya Aku...entry cacamarba

Salam

Aisey! Belog ni dh bersarang lak...sapa la tuan tanah ni? Bizi mengalahkan VVIP..
Macam ni kisahnya.....aku baru pas abes projek big job kt opis. Projek ni ada deadline tu yang kena betul2 commit, klu tak nahas kitaorang. Bekerja dangan orang Nihongo ni bukan senang, depa workaholic, punctual & "jual Ikan" of coz...sori boss!.. Depa fix nak ari tu ari tu gak kn deliver, putih tetap putih bg depa...ko jgn nk cakap tu itam..nahas ko nnt. Tu la kan memang takdir kot aku keja kt situ, diam tak diam dah 10 tahun pun. Setianya aku kt kompeni ni, dengan aku sorang ja M.E.L.A.Y.U kat situ, bangga pun ada. (psst, xdak ka nk interview aku ni sebagai M tunggal kt situ)
Tu bab keja, dah la kot sikit sikit story.

Ni personal life aku as wife, ummi n normal person..
Alhamdulillah, aku dah dapat setelkan my internal mess. As mentioned before, aku ni manusia biasa, bila stres sangat, letih amat, maka tahap kesentapan pun high level la..dengan anak2 pun leh sentap..apala chekpah oi!
Aku ni kategori yang tak endurance kata orang, bila kena test yang gila-gila, aku tak leh nak handle punya. Start meraban, imagine yang bukan2, feelin2...aih wat malu ja!. Lately aka sebulan 2 ni darling aku bizi amat, life dia banyak kat opis, masuk keja 9am, balik time anakbini diulit mimpi atau sampai ke London Paris New York.
Time nak p amek depa kt rumah Babah depa, depa sure tanya " ari ni abah go to work ka umi?", bila aku jawap "yup", depa sure cakap "alaaaaa...". Boring kot coz kena ngadap mak tarzan ni tiap2 malam..hehehe.

Punya bizi nya darling aku sampai tak cuti2, weekend dengan anakbini dia angkut p opis dia..kata dia "dok rumah nanti anak2 buat onar, umi depa mentarzan lak"...aisey darling, macam tau2 ja..wakahkahkah!
Ko bayangkan dia keja 2 bulan tanpa cuti, tido pun 4-5jam ja sehari, ada sekali tu dia balik kul 7am, balik mandi p keja balik..hohoho....fenin aku tengok dia tak tido. Pekerja contoh darling aku ni. Keja dia pun ada deadline macam aku tapi lagi hebat dari aku, dia lg kena deal K.P.T @ Edu, sekali oder trainer beratus2 untuk semua cawangan, mana nak leh cuti cam ni. Tak leh deliver, soru mis la. Maka atas sifat keprihatinan aku ni, aku pun mem "part Time" kan diri aku kat opis dia. Tak dak gaji pun, cis! boss c.k darling ku itu, dia ingat aku buat charity kt opis dia kot?..LOL><

Tu yang aku tak sempat nak update belog ni. Ater dah weekend pun aku keja gak, mana nk dan, balik nk kena iron baju, kemas rumah bla bla bla semua tu. Aku ni memang ada habit yang suka iron baju untuk seminggu keja n sekolah. Dari baju aku, darling aku & anak2. Bayangkanlah sekali hadap berapa banyak n berapa lama iron tu kena tenyeh. Ni bagi aku habit yang baguih kot. Tu tak masuk kena basuh kasut2 yang bebudak dua orang tu pakai, kasut2 skool ngan kasut2 biasa termasuk selipar, tu pun aku cuci, so tiap2 new week, anak2 aku pakai kasut yg bersih ke rumah babah depa. Tak leh nak ubah dah habit ni, dah sebati sejak ada anak2. Termasuk la 2 toilet yang aku sental tiap2 minggu. Baju kasut kn bersih, tak kira la kasut pakai kat rumah, kasut jalan ka, n kasut skool of coz, semua tu kn bersih tiap2 minggu. Aku bukan tak tau anak2 aku macam mana klu pakai kasut, main redah ja, balik abes bercorak2 kasut depa. Tp ko, aku tetap setia membasuh..hehehe. Ada pro n cons gak habit ni. Pro nya (pro ka?), secara tak lansung anak-anak pun jd pengeli, nampak benda kotor depa mmg geli geleman, macam toilet kotor, depa memang tak lalu nak masuk. Si kakak siap "uuwek" lg, bila terbau yg pelik2 kt toilet. Dah nama budak kadang2 kita tak leh nak aspect time bila depa nak apply benda ni, kadang2 p rumah orang pun depa geli nak guna toilet klu toilet tu so so bab bersih ni.. Tu aku tak ajar la wei! Aku tak la ajar depa untuk buat mcam tu kat rumah orang, tapi depa memang agak sensitif bab2 kebersihan ni. Depa kan masih kanak-kanak, slow slow sure depa tau nk bezakan. Tapi logiknya, tak kira siapa kita aspek kebersihan tu memang penting, nak2 toilet coz kat situ segala jenis maknenek kumankumin ada. Kita tak perlu toilet cantik macam toilet hotel baru nak kena jaga, walau low mcm mana sekali pun deco toilet kita, kebersihan tu tetap penting. Macam orang gak, walau buruk mcm na pun klu pandai jaga, nampak gak vogue!

Cons nya....memakan diri sendiri, nak2 bila time letih amat, tapi since benda dah sebati so kena la buat, letih tak letih, uhukuhuk!. Kalau tak buat rasa tak complete lak weekend aku..adehdeh. Kalau ter'miss' aku rasa mcm kotor sgt rumah aku...haiya perasaanku ni, hover2 lak.

ni macam dah ter off topik dah ni tp tu la, dah nama entry pun cacamarba, sesuai la tu...hahaha.

Sat g plan nk p cari oven baru, nak try baking la, selama ni raya ja sebuk buat kuih tunjuk, so ini tahun Ana mau buat sendiri la...ahlanwahsahlan oven!

Aku dah nk sampai level meraban dah ni, dah la tu. Nanti dah stabil ckit aku sambung la.


Syukran!

Thursday, July 1, 2010

Mood down

Salam,

Aku masih dalam "mood down" mode, so xde idea nk update belog ni. Harap Maklum.
Semoga Allah S.W.T memberi aku kekuatan untuk mengharungi segala dugaanNya..
Aku bukan sorang wanita yang bertuah dalam segala hal, maka sebab itu moodku sentiasa berubah2...

Friday, June 4, 2010

Alkisah seorang kawan

Sms yg aku dapat dari sorang kawan ni yang bernama S, time ni aku kt opis lg. S ni bukan BFF aku, we just kawan. FYI, opis aku tak bagi mana2 staf guna handphone, so aku just silent kan hp tp still curi-curi baca n reply gak la..aku kn reply as short as possible la.

Date: 1 Jun 2010
Time: 5.34pm

SMS1
S: Sabtu ni hg krja ke x. Aku nk p umah hg.
aku: sabtu ni aku ada seminar la

SMS2
S: seminar ape? Elken ka? Xpe la aku nk jmpa hg ada hal. Jumpa br senang cakp. Ahad pula ada umah ka? Klu hg sibk lain kali la.
aku: aku bz weken lani, byk benda nk buat

SMS3
S: Ok la x pe la. Org lain pun busy jg. Kwn nk mai umah x kan x bg kot eh..bkn nk p mkn.
Aku: blurr???

apa korang rasakan bila kawan ko mulut xdak insurans cam ni? Dia patutnya respect la time or myb privacy orang. Tak semua leh nak fix time coz kita pun tak tau kan tiba-tiba ada hal lain, kang dah janji tapi time orang nk sampai kita keluar lagi la orang hangin kan? For me, Sunday memang hari untuk aku & famili, time aku bawa anak2 p jalan2. Dah nama aku 5 days working for sure masa aku memang limited la, so if ada time on weekend mmg aku spend dengan famili je. Yup, aku memang xdak pun so called BFF. Pasal pa? Coz most of them suka ambek kesempatan atas kebaikan aku specially bab dorang nk pinjam meminjam ni, aku la tempat dorang. SO now aku lebih aware la bab ni. Dah kena banyak kali kan..

Wat make me lagi hangin is, all tis while aku mana ada hal serius ke pe dengan dia, jumpa pun setahun 2-3 je. Tapi aku suspect minah ni nak pinjam duit la kot. Bila aku kata bizi tu yang dia hangin kot. Salah aku ke? Itu hal dia wat. Dia pun bukan tak dak adik bradik, belambak dah tentu.

Aku ni bukan la kisah sangat if ada yang nak datang rumah aku, tapi ko set la time bila tuan rumah tu betul2 free, bukan ikut time ko je. Minah ni dah tentu tak keja pun, dok rumah jaga anak laki je and for sure dia ada banyak masa for those housechores compare to aku yang just do those during weekend je. Paham2 la kan. Masa masing2 tak sama. Korang tau tak, housechores aku ni stat dari Jumaat malam. (aku sampai rumah pun dah magrib kan) Stat dengan cuci 2 bilik air, sambil basuh baju. Dah setel tu semua, dalam midnite aku stat lak keja melipat baju yang dibasuh dalam minggu tu, agak2 la kan baju untuk 4 orang. Biasa aku memang tido lambat la dalam kul 2-3am la.
Sabtu lak, after prepare breakfast, makan mandi semua tu aku, lepak tengok tv sat pas tu aku stat prepare lunch (if tak makan kt luar la), siap aku kn stat ironing lak, aku kn iron baju 4 orang untuk 1 wk, so uols bayang la kan berapa banyak aku kn iron.

Tat is why, Sunday are my REST & RELAX day dengan famili!