Click click My NuffnangX

Monday, July 8, 2013

Diam bersebab: Projek terbaru masa depan

As salam/helo

Lama naa belog ni sunyi sepi bersawang jangan tanya la kan...

Diam saya diam bersebab, diam mencari rezeki untuk famili. Diam untuk merencana masa depan. Jadi dengan ini saya umumkan kedai kek online saya yang baru saja didaftarkan dengan SSM, Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah S.W.T. Saya mendaftarkan enterprise saya ini dengan nama "Cakes Deal", registered uols bukan illegal. Syukur bila impian menjadi kenyataan, bukan senang nak senang chek!

Kami menawarkan perkhidmatan penghantaran kek yang bertopping dengan courier ber "chiller" ke seluruh:
Penang, Sg Petani-Alor Star, Perak (poskod sehingga 3300), seluruh Kuala Lumpur, Selangor (kecuali pekan-pekan kecil) termasuk Putrajaya, Seri Kembangan, Cyberjaya, Shah Alam, Subang etc. Johor Bahru.
JANGAN RISAU, kek anda akan selamat sampai dalam keadaan seperti yang anda order. Kek anda akan sampai tepat pada waktu yang anda inginkan.
Kami baru saja menghantar RedVelvet (surprise birthday's cake seorang customer buat temannya) ke Sg Besi dan Alhamdulillah ia selamat sampai dalam keadaan yang sempurna.

Kami sedia menerima tempahan untuk bulan Ramadhan dan Syawal akan datang. 

Ni la official online bakery saya. Rajin-rajinlah buat lawatan yer. Thank You



https://www.facebook.com/CakesDeal

Thursday, April 4, 2013

Lama menyepi bukan ada apa-apa...

Salam All

Lama tak kecoh-kecoh dalam dunia virtual ni. Ai sibuk u. Keja banyak, biznes lagi, Alhamdulillah. Bukan dah lupa blog sendiri tapi takda bahan yang best la nak share, bahan gempak kebaboom nan ado. Tuan punya blog ni kan orang biasa-biasa saja.
Start tis year rutin harian saya dah berubah, bangun jam 5 pagi, prepare breakfast si kakak & masak untuk lunch anak-anak kat daycare. Balik keje pun sama gak la, tup tap tup tap dah tengah malam, macam tu la hari-hari. Biasa la kan bila merangkap isteri, ummi & kuli..isk. Tapi kan saya tak rasa penat pun just takda masa je la. Masa pun memamg cun-cun je la untuk aktiviti sendiri mcm mandi tu la. Weekend pun bizi la berbisnes kek ni. Syukur Alhamdulillah oder tak putus every week. Sy dh jarang amek oder weekdays coz tak sempat sangat2 kecuali oder tertentu je la.
Weekend adalah hari "Iron Baju Sekolah/baju ofis sedunia saya" Imagine la bila kena iron baju sekolah anak dah 10pasang, baju ofis saya ngan En Somi utk stok 1 week, hazabedah gak la. Tapi
momantai, lah bisa tegal biasa maaa.
Entri ni pun pulun taip kat ofis (shooooosssssssssshhhhhhh jangan pecah rahsia cek naa) sori boss!

Nak kena cut off this bebels, ada time ada entri baru okay?

Wasalm

Friday, January 25, 2013

Hari ini birthday saya!

As salam & Hi All

ALhamdulillah harini hari lahir saya yag ke.....belum masuk 4 series okay...
Syukur masih diberi nafas, dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki dan hidup bahagia bersama mereka yang saya sayangi & sentiasa bersama saya susah dan senang.....


Syukur Ya Rabb'!

Monday, December 31, 2012

Year End entry...

Salam 2013 untuk semua tak kira siapa anda atau di mana saja anda berada yang penting setiap tahun  yang telah/bakal kita lalui mendapat keberkatan Allah S.W.T & diredhaiNya..InsyaAllah

Yang singkat kita labuh-labuhkan yang bukak kita tutup-tutupkan ye?..Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya, mudah-mudahan. Doakan yang terbaik untuk siapa saja pasti anda juga akan didoakan yang baik-baik saja...


As-salam

Friday, October 19, 2012

Cacamarba kata orang Penang naaa

Iklan dulu naaa, ni Moist Choc Cake with Choc Mousse&Choc Ganache topping, orang oder. Alhamdulillah feedback sangat la motivate.....nak oder?

Okay okay, sure ada yang tertanya-tanya apsal minah ni dok meroyan lagai dalam belog ni padahal dah cakap "merajuk" konon kan kan? Well, sebab dan musababnya setelah difikir masak-masak berserta dengan semangat yang silent reader bagi (bujet glemer la tuh...weeee) saya bernekad untuk terus berblog selagi panjang umur ni dan selagi ada masa terluang...InsyaAllah. 

So doa-doakan yang baik-baik untuk saya ya!

Thank You All

Thursday, September 20, 2012

Projek kek saya

Salam sekali lagi

Ini mungkin post-post terakhir saya, mungkin terakhir untuk tahun ini atau mungkin....

Sebelum tu saya nk share sikit hasil kerja tangan saya dalam bisnes kek yang baru saya ceburi ni. Saya masaih "part time baker" yang masih belajar tanpa bantuan sesiapa, belajar melalui You Tube, banyak bertanya pada yang mahir dan banyak jugak Trial & Error. Tapi biasa la kan, bila bab ilmu dunia ni masih ada yang kedekut untuk berkongsi rahsia, malah ada jugak yang minta bayaran jika mahukan ilmu mereka...haiz..manusia. Jadinya sebagai hamba yang kurang mampu macam saya ni maka terpaksa la saya belajar sendiri kerana "Practice Makes Perfect" kan?

Pernah sekali saya masuk kelas, kelas deco kek saja, di mana bayarannya bagi saya agak mahal bagi satu kelas deco kek. Itulah saja kelas yang saja join, dan tak mungkin saya join lagi dek kerna bayarannya sangat mahal. Lain la kalau saya ada sumber-sumber yang dapat membantu, so buat masa ni biarlah saya belajar sendiri. 

Ini antara tempahan yang saya terima baru-baru ni, Alhamdulillah biar tak banyak tapi dah tertulis itu rezeki saya, saya redha & terima seadanya. (AMARAN!!! nak tiru boleh but pleas credit to me ya tapi tolong jangan cilok foto-foto ni tau, tak baik nanti Allah potong tangan)

 Birthday cake: Butterscotch with Buttercream deco
 Wedding Cake: Butterscotch with Snow ice, tema Hijau&Putih

  Wedding Cake: Butterscotch with Fondant, tema Merah&Putih 

  Birthday cake: Butterscotch with Fresh Cream
  Birthday cake: Carrot cake with walnut & raisin, topping: Lemon Cream Cheese

  Choc cuppies with cream cheese

    ChocChips cuppies for Marhaban

 Birthday cake: Eggless Moist Choc Cake with Choc Ganache, for my sis's birthday

 Birthday cake: Moist Choc Cake with Choc Ganache for Duo Celebrations

Ini kek paling special, dibuat khas untuk birthday puteri-puteri saya baru-baru ni
3 Tier Butterscotch with Snow Ice 


 Birthday cake: Orange Buttercake with Fondant, kek ni ada featured in The Star North Region (18 September 2012)

 Red Velvet Cuppies with fresh cream

 Birthday cake: Red Velvet Cake with Lemon Cream Cheese

  Birthday cake: Rainbow Cake with Buttercream

  Birthday cake: Strawberry cheese cake with strawberries & nuts

   Vanilla Muffins



  Birthday cake: Moist Choc Cake with Choc Ganache & chocs

 Moist Choc Cake with Choc Ganache & Strawberries
Selamat menjamu mata yer dan doakan yang terbaik untuk perniagaan kecil saya ni jugak..

(Ampun, tak reti pulak nk tukar kaler background text tu..aisey!)
 
Love
 

Monday, April 30, 2012

Salam

Tuan Blog tengah bizi bees, dengan biznya. Bisnes keknya, Alhamdulillah, rezeki datang tak putus-putus. Dan memandangkan dia masih amatur dalam baking mem"baking" ni so dia agak kelam-kabut nak bahagi masa antara, karier kat ofis, kat rumah dan bisnesnya. Dia memang tengah dok belajaq "Time Management"

So pada yang sudi jenguk-jenguk di blog ni Tuan Blog nak ucap Terima Kasih la sebab sudi singgah ke blog yg tak vouge lagi simple ni..Domo Arigato!