Click click My NuffnangX

Friday, April 2, 2010

Sport's day si kakak

1April2010;
Location: SKCGL

Sport's day sekolah kakak. Budak primary 1, just ada telematch. Tp rumah merah si kakak kalah sebab, al kisah time budak tu (classmate kakak gak la tu), dia punya la lembap nk mampus. Aku yg tgk ni pun rasa macam nk masuk p angkat dia kuar dr situ, adoi la anak sapa la tu...very t slow kalah kekura. Ko bayangkan, turn budak tu, grup yang lain dh lps 2 orang, macam na tak kalah...nasib2. Si kakak apa lagi, sedih la dia, bergenang air mata coz tak dapat medal..
Even depa ni baru 7yr n ada yg tak sampai 7yr lg, tp bila tengok si kawan ni sadis, depa ramai2 mai pujuk dia sambil usap2 belakang si kakak...aku just tengok dari jauh la coz si kakak ni satu macam sikit, kalau aku p soalsiasat lagi kuat dia melalak. SO baik aku perati dr jauh je..

Si kakak ni mmg glemer kt skool , myb sebab dia friendly, mana-mana dia p ada saja yg dok panggil "aleesa...aleesa"

(Amaran! kualiti gambar tak secanggih kamera DSLR atau yg berpixels2 tu coz aku just guna kamera fon cap ayam je)

haa...kat bawah ni gambar dia dgn BF dia, apa ntah nama amoi ni susah aku nk ingat.

ni BF si kakak

yg ni pulak, sesuai dengan slogan kerajaan; 1MALAYSIA, 3 bangsa bersatu dan mesra tak kira warna apa, kata kakak 2 orang ni BF dia..


ni pulak, aksi gedix 2 princess aku, ko suruh je redi ada saja nk melentuk sana sini


ni kt dlm khemah depa, dh nama budak2 std1, harus xdak yg dok melekat kt dlm tu, bersepah2 depa p review


ada pun gambar budak yg lembap tu, tu ha yg pakai tudung putih tu...budak ni mmg xdak kawan pun, even time makan kt kantin pun dia sesorang "Lone ranger", kesian gak tp dia la penyebab anak aku kalah..hahaha


malam before tu, aku n darlingku ada attend our 1st Crown Nite event. Aku up 1 level lg dalam MLM biz aku tu, Alhamdulillah. Aku dh load foto2 tu tp mana ntah, nanti la aku check balik mana ilang.....tungguuuuu..

nak buat entry pasal biz ni kena feelin sikit baru korang terpukau, mana la tau kot korang pun nk join aku, betui dak?

aku chow dulu la, bebudak 2 ni dah nk start kungfu fighting, nama ja pompuan tp bab2 kuntau ni nombor 1....

Monday, March 29, 2010

pesanan si kakak@aleesa buat abahnya...

korang  leh nampak ke gambar tu? ni si kakak@aleesa yg buat. Masa tu dia dok main online game n ada lak game yg deco2 cake ni. So mula la dia mendeco cake ni. Dah abis semua dia start la taip message tu semua sampai yg second last part "you bring me here and there" baru dia tanya aku cam na nak eja "there". Baru la aku perasan dia deco cake for her daddy (even bukan besday lagipun..heheh). Pas tu dia suruh aku emel kat abah dia, maka dengan gigihnya ake convert ke P.D.F (ringan la sikit file tu..), dah siap emel kelam kabut si budak ni suruh abah dia check mel..heheh...

Abah dia tanya dia, "kalau abah tak bawa kakak here and there, kakak tak sayang abah la ye?"..terus dia senyum2 malu..hahaha..lawakla kakak ni..

tu la orang kata kanak-kanak kan, very transparent yet entertaining...

Monday, February 8, 2010

Dialog si adik dgn jiran sebelah...

Lokasi: Rumahku syurgaku
Waktu: 9pm
Tarikh: 6Feb 2010

Pelakon utama, si amani@adik
Pelakon Tambahan: jiran sebelah 

Masa tu aku n hubby kt dlm rmh la, tgk tv.  FYI, rumah aku ni apartment je, so our main door attach tp ada grill in between la, takat nk mengepo apa org buat boleh la jugak..ngeh3

Alkisah, malam tu jiran aku ni Chinese so nk dekat CNY ni depa sibuk la nak cuci rumah kasi bersih kan. Arakian, si adik ni dah dengar jiran sebelah dok membasuh entrance rumah dia. So dengan keponya adik buka pintu dan terus keluar. 
Dengan politenya dia greet jiran tu.."Hi Aunty" maka bermulanya dailog antara adik dan jiran tersebut.

Adik: Aunty buat apa?
Jiran: cuci rumah..kamu sudah makan?
Adik: dah...

kebetulan si jiran ni pakai short pant..ye la dia kan non muslim, paham paham la kan..

Adik: (sambil memegang seluar tido yg dipakainya).... Aunty xdak seluar panjang ka?
Jiran: (senyum kambeng yang blurr...)

aku n hubby kat dalam dok kehkehkeh dah bila dengar soalan power si adik ni..lepas tu diam sejenak

shrottshreehhh si jiran dok memberus entrance dia...

Adik: aunty boleh ckap cina ka? (ayo adik, kawan tu kan cina...lagi mau tanya)
Jiran: boleh la, pasal apa leh?
Adik: aunty cakap la cina...(kihkih...adaik adik..over tau)
Jiran: ni hao ma?
Adik: apa tu aunty?
Jiran: apa kabar...
Adik: lagi aunty...
Jiran: &**((^%$$#.. (part ni aku pun tak tau nk sebut daa...)
Jiran: tunggu arr..mau masuk dalam sekijap
Adik: aunty aunty aunty..(kena sound dgn aku lak "adikkkkkkk masuk!".)
 
ada part yang aku tak dengar sangat...tapi..part ni paling best. After few minutes, jiran ni pun kuar balik. Kebetulan kt entrance aku ada la babycot yg aku nk let go.

Jiran: ini apa?
Adik: ni baby punya...
Jiran: ooooo..
Adik: aunty ada baby?
Jiran: Belum ada
Adik: bila?
Jiran: tak tau lagi..
Adik: cobaan...

masa ni aku n hubby dah nak pecah perut dok gelak soalan maut tu...waahhhkahkahkah! Adoi la adik, ntah sapa yg ajaq dia dok kepo macam tu..ish ish...

dah penat gelak...
last last hubby aku take over "adikkkkkk masuk cepat kalau tak abah lock door!"

Adik: ok, bye aunty.
Jiran: bye

aduh...bijak sungguh si kenit ni soal ala ala mami jarum..
aku n hubby pun tak sangka dia boleh tanya soalan yg bersambung macam tu...

adik adik...

Monday, January 18, 2010

lamanya menghilang...

Salam semua!

pasal pa aku lama tak update bolg ni? aku bz yang amat lani. Dgn si kakak dh stat primary, byk benda dah berubah dan aku tengah dok adapt la dgn semua ni..sabar ye. Akanku hupdate besar-besaran nant...on fine day.


oops before tu, si kakak dh masuk primary kt Convent Green Lane, skool yg kena reject ari tu, Alhamdulillah dh approved. Dia gak selected for BCSK (Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan) So from std 1 onwards, dia akan blajar mandarin till std 6. Syukran Jazilan!
Dia gak selected jd class's monitor..rezeki berganda..Syukur amat.

So to all my beloved followers...I'll be back again!

N tak lupa to my new followers eynda..thanks!

Thank You so much

Thursday, November 12, 2009

LD VENUS UMPAMA HADIAH DARI ISTERI KEPADA SUAMI!



To All my dear female bloggers!

LD VENUS: Wanita atau isteri yang sihat memberikan kehidupan yang bahagia

Produk ini di rumus dengan menggunakan herba asli bermutu tinggi, yang di kenal pasti berkesan untuk memulihkan keadaan uterus serta mengawal fungsi fisiologikal kaum wanita selepas haid. Ramuan utamayna termasuklah Radix Angelicae Sinensies, Radix Codonopsis Pilosulae, Radix Galviae Miltiorrhizae, Herba Partriniae, Herba Leonuri and Radic Astragali Seu Hedysari.  

Keistimewaan : Di rumus melalui teknologi yang maju dengan menggunakan herba asli, tidak mengandungi hormone dan bebas daripada segala kesan sampingan.
Di uji secara klinikal oleh hospital yang terkemuka di China dengan keberkesanannya mencapai 98% atau lebih. 
Di anugerahi Gold Medal oleh National Medicine and HealthCare of China pada tahun 1992.
Cecair minuman di simpan dalam botol rekaan khas yang memenuhi semua ciri-ciri kebersihan dan mudah di bawa.
Cara pengambilan yang termaju dan menjimatkan masa dan senang di makan untuk menyuburkan tubuh dan menyerikan wajah 
Berbau wangi dan sedap di ambil  

Kebaikan : 
Memulihkan serta mencergaskan kaum wanita selepas bersalin, membantu pengecutan otot faraj selepas bersalin dan meningkatkan pengecutan uterin. 
Melegakan sakit haid, menyelaraskan sistem endokrin untuk memulihkan kedatangan haid yang normal serta mengurangkan sakit haid dan keputihan. 
Merawat kedinginan seks dan mencergaskan keinginan fizikal dan meningkatkan nafsu syahwat.
Memulihkan keadaan tisu kulit supaya kelihatan lebih berseri dan cerah, membantu mengurangkan kedutan akibat kehamilan,masalah kulit,bebayang mata, jeragat dan jerawat. Mengurangkan gangguan putus haid (menopause)

Price: RM156.50 (20Botol)

Wednesday, November 4, 2009

9th Anniversary

Alhamdulillah dan Syukur tak terhingga pada Allah S.W.T atas kurniaan, rahmat dan kesempatan ini. 

Hari ni 4 Nov 2009, genap 9 tahun aku dan Darling Hubby kawen. Alhamdulillah. 
Aku bersyukur kerana di kurniakan seorang suami yang baik hati, bertanggunjawap dan menyayangi aku seadanya. Walaupun Darling Hubbyku bukan seorang yg romantik tapi dia ada cara dia sendiri untuk tunjuk kasih sayang dia pada aku. Sembilan tahun kami menjalani hidup sebagai suami isteri memberi aku banyak pengalaman, suka duka, pahit dan manis.
Aku bersyukur kerna kesabaran kami memberi kami satu pengalaman indah dalam kehidupan berumah tangga. Kami juga tidak lari dari salah faham, namun kami tangani dengan rasional. 
Semoga Allah S.W.T memberi kami peluang melayari bahtera perkahwinan ini hingga ke akhir hayat kami....Amin

Syukur juga, kerna kami dikurniakan anak-anak yang comel dan bijak. Mereka lah lambang kasih sayang kami berdua. Hidup kami lengkap dengan kehadiran mereka, our princesses. Syukur.

Pada suamiku, Terima Kasih kerna menjadi suami yang hebat dimataku! Suamiku, seorang insan yang selama ini begitu sabar melayan kerenahku, kekusutanku dan kecerewetanku. Thanx Darling! No words best describe how much I appreciate this, dear Hubby. 

Kalau dikira dari zaman bercinta dulu, hari ni masuk 16 tahun kami kenal. Kami bercinta selama 7 tahun sebelum berkahwin. Kami kenal sedari kami muda remaja, kami gaduh sama-sama, kami mencari kejayaan dalam hidup juga bersama. Alhamdulillah, memang kami ditakdirkan bersama.

Ku akui, aku bukanlah seorang isteri yang sempurna segala galanya, namun aku terus berusaha untuk menjadi seorang  isteri yang hebat di mata suamiku. Aku isteri yang juga seperti orang lain, yang ada perasaan cemburu, takut dan sedih. 
Aku cemburu aka hangin bila ada yang mengada ngada dgn suamiku
Aku takut bila manusia lain datang menganggu hidup kami
Aku sedih bila sesuatu terjadi di depan mataku tapi aku tak mampu buat apa apa
Itu adalah perasaan aku yang aku yakin semua orang juga berperasaan begitu. Kenapa? Kerana kita sebagai isteri begitu menyanyangi suami dan rumahtangga kita.

To my Darling Hubby, I Love You with All my heart! Only death can tear us apart. Harapan aku, semoga ikatan suci ini menjadi kekuatan untuk kami terus bersama.

PadaMu Ya Allah, Engkau Teguhkanlah kesetiaan kami berdua walau di mana saja kami berada, jauhkan kami dari hasad dengki dan khianat manusia dan lindungilah kami dari syaitan yang direjam...Amin

Tuesday, November 3, 2009

My wishlist

hihihi..to all frenz!

hari demi hari, aku punya banyak keinginan, ntah kenapa tapi itulah kenyataannya. Kata orang, setiap keinginan tu mesti di sertakan dengan semangat dan azam untuk mencapainya. Aku? Aku tengah mencari semangat yang hilang itu, aku ada azam tapi belum cukup semangat. Semangat aku on off, ada masa aku begitu bersemangat, ada masa aku tercari-cari semangat itu. Ya, aku admit, aku masih kurang kenyakinan diri. Tapi uols tau tak, ada masa masa tertentu kita jadi manusia yang lemah dek kerna keadaan sekeliling? Aku salah sorang dari mangsa keadaan gak. Tanya la sapa2 pun sure ada yg jawap, pernah kan?

Korang nak tau apa wishlist aku?. uishhh..banyak bangat. Tapi let put first thing first, by priority la.
1) aku nk jadi fulltime housewife, pasal pa? of coz aku nak spend more time dengan anak2 aku, tengok depa membesar, belajar benda baru depan mata aku dan bukan dengar dari orang lain. Aku nak jadi wife yg rajin memasak utk hubby n anak2. Selama ni aku jarang masak atas sebab2 tertentu yg juga sebab keadaan. Aku nak bila hubby n anak2 balik, aku ada depan pintu untuk sambut depa balik.

2) aku nak jadi wife yang sentiasa cantik, sihat untuk Darling Hubby aku, so aku nak make over macam2 kat diri aku ni..tunggu fulus jer

3) aku nak keta baru 4WD, aku suka sgt CRV, dari kecik sampai lani, CRV tetap dihatiku. pasal pa CRV? of coz la sebab itu dah mmg aku suka dari dulu lagi, lebih besar utk anak2 aku nk buat havoc n dah tak payah nak gado2 bila nk travel psl berebut tempat nak tido.

4) aku nak rumah baru, sebab? rumah lani bukan tak selesa, mmg cukup selesa utk kami 4 beranak, tapi environment mcam dah tak best coz xdak jiran n ada pun balik tengah malam, keluar subuh sapie, mcm mana nk berkawan. Aku still minat rumah atas awan coz comey n senang nak menten.

5) aku nak jadi WMAH (working mother at home), nak tau pasal pa? ya la, takkan aku nak dok saja, aku pun nak la ada income sendiri bukan takat tunggu hubby bagi ja. Bak kata ahli politik, "menjana Ekonomi Keluarga". Aku nak jadi isteri dan ibu yang berwawasan yg dapat jadi contoh kat anak2 aku bila depa dewasa nanti. InsyaAllah

tak banyak kan wishlist aku? Memang tak banyak coz aku tak mau jadi manusia tamak. Jangan nanti orang kata, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Aku mesti motivate diri sendiri utk mencapai semua wishlist aku. Doakan untuk aku frenz! Kata orang, kalau ramai yang mendoakan kita plus dengan doa dari diri sendiri InsyaAllah, akan dimakbulkan...Amin

aku mesti berjaya!