Syukur Alhamdulillah aku panjatkan padaNya yang Maha Agung & Maha Adil kerana menjadikan aku dan keluarga lebih sabar dan tabah untuk menerima segala ujian dariNya.
Setiap ada yang telah Dia tetapkan pasti ada sebab dan musabab. Lambat atau cepat, hikmah disebalik semua ujian atau dugaan ini pasti ada. Bersabar la umi.
Korang tau kan, arwah ba dah meninggal bulan februari baru ni. Tapi dah tertulis olehNya jodoh umi akan datang jugak. Qada dan Qadar pastinya kan? Makanya, umi bertemu jodohnya sekali lagi bulan lepas. Jodoh yang umi rasa amat sesuai dengannya, so kami sebagai anak-anak terima seadanya jodoh umi itu. Sekurang-kurangnya umi ada teman, ya la kan, kami semua kerja, balik pun dah malam, at least sakit demam umi ada gak teman yang boleh tolong jaga kan? Bukan material yang umi pentingkan tapi sekadar teman yang umi perlukan.
Sebenarnya, perkahwinan ni terpaksa umi rahsiakan dari pengetahuan sedara-mara sebab umi tau, ada yang takkan senang dengan tindakan umi, bagi umi, dari menjadi bahan buah mulut orang lebih baik diam, lagipun bagi umi selama arwah walid tak dak bukan ada siapa-siapa pun sedara yang datang atau kol tanya khabar umi, apa yang depa tau just mengata memfitnah umi. Bagi aku, depa-depa ni memang tak layak untuk tau segalanya kalau setakat nak dijadikan bahan umpat keji depa.
Makanya dirahsiakan la benda ni. Tup-tup takdak hujan, tak dak ribut, angin-angin hasad dengki bertiup ke KL. Orang KL dah tau yang umi kawen lain. Oh My! Sapa lak yang kepo ni? As expected, cousin loyerburuk aku yang empunya angkara, mengunakan kuasa dia sebagai pegua, syariah telah CSI kat Pejabat Agama check betul ka umi aku kawen, makanya tersebar la berita yang depa dok tunggu-tunggu tu ke KL. Korang nak tau, dia la anasir-anasir merangkap kuman yang harus dinyahkan dari dunia ni. Aku tau sebab apa dia lorat sangat hal umi aku padahal selama hari ni dia salam pun tak dengan umi aku yang jugak makcik dia.
26 November ni adik bongsu aku kawen, so ini loyerburuk yang sedari dulu dengki dengan famili aku ni takut kalau sedara-mara yang tak termakan hasutan dia attend wedding ni, so dia perlu la cari berita sensasi bagi orang benci kat kami ni. Deni memang dah sah-sah jadi pewaris arwah umi dia yang walaupun lumpuh sampai akhir hayat dia tapi tetap boleh menyampai fitnah pasal kami, telefon sentiasa tepi dia. Kejap-kejap ada saja berita orang tu orang ni datang tanya..
Kesian kan orang macam tu? Nak bagi orang suka kat dia sanggup buat fitnah kat orang lain..Wallahualam.
Pastu lak guna duit haram hasil menloyer dia beli sepupu tua dia, si kena beli ni, ko cakap la macam mana pun, dia tetap membela loyerburuk tu. Kesian pulak aku tengok dia, dah la umur dah veteran, tapi kn beli dengan sepupu yang setahun jagung tu..ish.
Tapi lepas semalam ada yang kol umi tanya "betul ke nda ton kawen lain?", umi yang tak pernah nak marah-marah terus minta kat Allah diberi petunjuk pada si penyampai ni, doa orang yang teraniaya kan selalu dimakbulkan. Mudah-mudahan sepupu aku ut insaf la coz dia sendiri ada anakbini, pusing-pusing nanti kena gak batang idung sendiri.
Kesimpulannya, lantak la apa orang nak cakap pasal kita coz yang pasti kita tau apa yang kita buat tak salah disisi agama.
Semoga orang tu mendapat hidayah dari apa yang dia dah buat pada kami...Amin
Click click My NuffnangX
Thursday, November 3, 2011
Saturday, October 29, 2011
I'm Back!!! boooboooo chak!

Salam uols!
Wah!!!! Last belog ni update adalah pada 24 Mac 2011...humak ai...lama tu. Macam la tuan punya belog ni p outstation round the world, padahal dekat idng je pun. Ai ni sibuk la sejak dari las update tu la, macam-macam kena handle mana dengan anak-anak exam blablabla....semua bersangkut paut. Tu yang drag sehari ke sehari nak update konon last2 ha kau berbulan baru nak mai sapu sawang.
Eh lupa pulak nak warwarkan yang aku ni dah ada hobi baru, ni pun salah satu sebab belog ni suram. Nak tau apa hobi baru tu? nak tau nak tau? meh rajin-rajinkan diri scroll...
I LOVE BAKING
Sejak terjebak dengan dunia baking kek ni semangat semakin berkobar-kobar. Asyik nak buat kek je tiap-tiap minggu. Samapai anak-anak aku pun dah tambah size gara-gara umi depa ni ha, asyik paksa anak jada tester...miaaahhaaaaa....ni bukan kejam tp kan orang cakap, budak-budak kan ikhlas tak pandai menipu so kalau tak sedap depa cakap ja tak sedap tapi kalau sedap depa makan tak ingat la pulak.
Sejak terjebak ni jugak la, rezeki aku makin bertambah, orang pun dah stat oder ngan aku, tak banyak sikit sure ada. Alhamdulillah kan? Rezeki yang stat dari suka-suka dah jadi side income aku lak.
Uols tau la kat Penang ni bukan senang nak dapt kek sedap yg Melayu buat, ada pun kureng (ni bukan ayat masuk bakul angkut sendiri ye tuan-tuan & puan-puan)dan lagi satu yang belum tentu status Halal belambak gak la. Sampai bila kita nak makan kek yg kat depan pintu kaca Bakeri tu tempek Halal padahal ntah betul ke idak, ye dak?
So ni kira titik tolak dari sebab-sebab tu la aku try test market buat kek kat Pulau kesayangan aku ni. Tapi yang bestnya, first customer aku bukan Melayu, walaupun dia bukan orang kita tapi dia percaya dengan hasil tangan aku. Katanya "U punya kek lagi sedap dari beli di bakeri". Mak kembang nak.....Syukur Alhamdulillah, siapa sangka tangan kejung macam aku ni mampu buat kek sedap kan? aku pun tak sangka, Mr Hubby lagi la unsakarebel.
Tu la kata orang kalau tak try kita takkan tau keupayaan kita kan? So lani aku tengah gigih try segala macam jenis kek, tu yang masa-masa santai agak terhad selain keja rumah melayan anak-anak dan bapaknyer...
Nanti aku dah bertambah rajin dan bertambah pandai manage time boleh la aku load gamba2 kek yang aku dah buat tu. Ni ha seketul gamba kek tu, nama dia Butterscotch, i kira femes gak. Eh eh terload kat atas lak...hantam sajer. Terliur tak?
So takat ni la entri tergempar ni, ada masa aku update lagi.
Las but not least, Semoga Kalian Semua Happy-Happy selalu..
Saturday, March 19, 2011
masa depan anak-anak
salam sabtu semua bloggers
Tajuk macam serius kan? Memang serius la kan kalau melibatkan anak-anak kita, anak-anak anda.
Macam aku ni, bukanlah lahir dalam periuk emas aka anak orang kaya raya tu atau kawen dengan anak orang berada. Secara tak langsung benda ni mengajar aku untuk lihat ke depan, rancang masa depan yang lebih baik untuk diri sendiri dulu. Sekarang bila dah ada famili sendiri, ada anak sendiri, aku mula pikir apa yang terbaik untuk anak-anak. Ya la kan, time anak-anak still kecik la kita boleh plan untuk dorang, esok-esok dorang dah boleh berdikari, dorang for sure ada plan dorang sendiri, selagi dorang masih dalam tanggungan selagi tu la aku akan make sure dorang dapat apa yang aku rasa terbaik untuk dorang. Bukan nak pampered anak-anak dari segi material tapi cukup sekadar ianya dapat menjadi bekalan masa depan untuk dorang......ILMU DUNIA & AKHIRAT. Bukan emas permata wang berjuta, tu aku tak mampu.
Aku pun bukan la belajar samapi ke U, bukan tak pandai tapi keadaan kewangan pada masa tak mengizinkan aku sambung belajar samapi ke U, ada offer tapi terpaksa ditolak. Tapi tu la kan, ALhamdulillah, aku masih diberi fikiran yang waras untuk berfikir, aku belajar sambil berkerja. Bukan di U tapi kolej. Syukur rasanya.
Tak kisah la kat mana kita belajar janji kita tahu hala tuju hidup kita. Putih yang kita pilih, putih la jadinya. So untuk anak-anak, aku akan terus lead dorang untuk jadi manusia yang berguna di masa depan nanti. Aku rasa as parent kita tak perlu meletakkan target kerjaya anak-anak kita. Biar la dorang sendiri yang pilih. Sebagai contoh, kalau kita terlalu mengharap anak kita jadi pilot sejak anak tu baby lagi, tup-tup bila dia besar dia pilih nak jadi lawyer, for sure hati kita sendiri yang akan tersentap. Kita kena ingat itu masa depan dia, bukan kita, as parent cukup la sekadar mendoakan yang baik-baik untuk dorang, bimbing dorang untuk membuat keputusan dan bukan kita yang buat keputusan untuk dorang. Bawa dorang ke jalan yang lurus, InsyaAllah lurus la jadinya.
Aku rasa kita tak perlu taksub dengan masa depan yang kita sendiri tak nampak, memang kita boleh merancang tapi jangan la sampai perancangan itu melampaui batas norma manusia yang juga hamba NYA. AKu suka quote ni "I've tried my best, let God do the rest"...
So aku harap aku sendiri dapat berfikiran rasional dalam membentuk anak-anak tanpa ada paksaan. Kehidupan dan masa depan dorang biar dorang yang tentukan, yang penting urusan kami suami isteri adalah membimbing mereka ke jalan yang lurus, sediakan mereka dengan ilmu dunia dan akhirat yang aku yakin mampu membawa dorang ke jalan yang diredhai Nya.....InsyaAllah
Urusan kami anak beranak mungkin tak semudah anda kerana kami terpaksa bekerja keras untuk hidup senang, kami sendiri tidak disalut emas permata@buka mata dah senang..banyak yang kami kena usahakan dan mudah-mudahan berkat doa kita sendiri segala urusan kita dipermudahkan.....amin

Tuesday, February 22, 2011
Kembali lagi dengan macam-macam ceritera.
Salam semua!
Sejak tahun baru ni macam2 la yg dh jadi pada kita kan? Macam aku ni, stat anak masuk sekolah memang very the busy bees (bees pun tak bizi macam aku). Januari stat macam biasa tapi Allah Maha Kuasa kan, 8/1/2011, ba@bapa tiri aku jatuh sakit, stat dengan demam terus dapat detect ada kindney and pnuemonia. Kidney satu side memang tak leh guna dah...day by day ummi aku la yg jadi nurse kat wad siang malam tak balik rumah.
Anak aku si kakak tu kan stay dengan umi aku skool time, dah jadi macam ni terpaksa la paksa adik aku tolong jaga, si kakak kena angkut p tempat keja dia la hari-hari, nak buat macam mana kan? Tu la orang cakap nasib@fate.. Aku pun redha la. Nak harap adik beradik tiri jaga bapak depa..hampeh, sekoq pun tak ciri2 anak mithali padahal ba tu bapak kandung depa. And aku adik beradik tak berani la nk cakap apa coz depa tu lebih tua dari kami bertahun-tahun. Ada otak pikir sendiri la ye dak?
Ok ok, pas 2 weeks ba admit, satu-satunya makcik aku kt Penang ni pulak meninggal. Keadaan Ba makin lama makin kritikal, sebak aku tengok dia, dengan ventilator dlm mulut, ba memang tak boleh nak napas sendiri due to lung dia yg dh teruk tu. Aku macam biasa la, rutin harian memang kat hospital ja la, p tengok ba dgn umi. Alhamdulillah sepanjang jadi nurse, umi sihat ja. Risau aku kalau umi sakit, dh nama hospital harus segala macam virus ada kan?
Doc pulak hari-hari dok cakap ba makin teruk, no improvement at all katanya due to age factors la sama kan. Tapi we all redha la if apa-apa terjadi, kalau dah ketentuanNya mcm ni..
Masuk Februari, keadaan makin teruk sangat-sangat, aku pun dapat rasa sumting akan jadi soon. Time ni aku pulak tak sihat, ya la kan p hospital hari-hari. So on 8th Februari, aku MC, demam punya pasal, apalagi keja aku membuta ja la, dalam kul 4 lebih masa tu pas makan ubat, tengah dok tingtong kepala ni, umi kol cakap "Ba dah tak dak", aku jawap "ha". Pas letak fon baru aku jadi normal sikit, terus aku kol umi balik tanya betui-betui.
Memang ba dah meninggal time tu, ngam-ngam masuk asar. Aku redha dan pasrah dengan ketentuan ni. Sedih memang sedih even ba kawen dengan umi baru 4tahun, tapi muka tu la yang kami dok tengok hari-hari. macam tak percaya pun ada, tapi tu la hakikatnya..
Tapi aku still ternampak-nampak muka Ba masa arwah di bawak balik ke rumah, Allah Maha Besar, Ba tersenyum & muka dia nampak macam muda sangat-sangat. Orang baik yang meninggal memang macam tu kan? Amani pun tanya "umi, tok ba dah meninggal tapi pasal pa dia senyum?"...Hanya Dia yang Maha Mengetahui
Genap sebulan sakit ba pergi tinggal kan kami semua..Al-Fatihah
So now, macam-macam yang aku adik beradik kena buat termasuk la support umi. Adik beradik tiri yang lain, sorang pun dah tak kol tanya kabar umi, even sijil mati yang original tu pun umi tak tengok, semua depa pegang n arrange tukar nama segala aset ba tanpa bagi tau umi apa pun..
Its ok, Allah Maha Adil umi cakap, orang tamak selalu ada balasan...
For second time, I've lost a father
Al-Fatihah untuk Arwah Walid & Ba...

Thursday, December 23, 2010
menjenguk
Salam semua,
I'm back nk menyapu sawang di belog ni...sori la, busy sangat-sangat sampai tak sempat nak blogkeeping...harap ada masa lagi..
just nak wish semua, Selamat Tahun Baru 2011, Semoga Impian Anda Semua DiRahmatiNya...amin

Labels:
deep inside my heart...
Thursday, August 19, 2010
interrupted....
keadaan agak terganggu lani...due to lack of sleep n rest. Masa puasa ni aku just dpt tido xsampai 5jam sehari, Tido midnite, Sahur 4.30am, pas subuh tido jap dlm 30min pas tu dh kena siap to work. Letihnya tuhan saja yg tau....so idea pun yilekkk! Nk tukar backround blog ni pun aku malaih! aisey me!
hope nx week leh recover la...
chowchinchow!
hope nx week leh recover la...
chowchinchow!
Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Doa Malaikat Jibrail menjelang Ramadhan; "Ya Allah Tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal berikut;
1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang sekelilingya
Maka Rasulullah pun mengatakan "Amin" sebanyak tiga kali. Dapatkah kita bayangkan yang berdo'a adalah Maliakat dan yang meng-aminkan adalah Rasulullah S.A.W dan para Sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada melakukan kesalahan yang disengajakan atau tidak sengaja pada kalian semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)